Rabu, November 26, 2014
Selasa, November 25, 2014
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KALI KE-39 BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2014

Program
ini bertujuan untuk melakukan pemilihan ketua dan barisan kepimpinan yang baru dalam
sesebuah organisasi, mendekatkan ahli dan pimpinan sekaligus mewujudkan
keharmonian dalam sesebuah organisasi, menegakkan dan menyebarkan keindahan
Islam melalui penekanan konsep syura, melontarkan cadangan dan juga sesi
muhasabah untuk menjadikan BKASM ke arah yang lebih baik seterusnya menjadi
sebuah organisasi yang syumul dalam melaksanakan tuntutan dakwah kepada seluruh
ahli amnya dan masyarakat Islam khususnya.
Seawal
jam 6.30 pagi ahli mesyuarat dan para hadirin telah mula menghadirkan diri bagi
sesi pendaftaran dan memenuhi dewan persidangan. Majlis ucapan perasmian telah
disampaikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor sendiri iaitu Ustaz
Mohd Farid Bin Mohd Zainal. Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat
berkenaan sepanjang program sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) BKASM
Kali Ke-39 pada jam 9 pagi.
Seramai
empat orang Setiausaha Sidang telah dilantik dalam mesyuarat tersebut. Dua
daripada kalangan ikhwah iaitu Ustaz Abdul Hadi Bin Hidzan dan Ustaz Muhammad
Nurhilmi Bin Rostam. Dua berbaki lagi daripada kalangan akhawat iaitu Ustazah Nurul
Adnin Binti Halin dan Ustazah Siti Nur Mahmudah Binti Adnan. Manakala Pengerusi
Sidang dikelolai oleh Ustaz Abdul Mun'im Bin Abdul Syukur.
Perjalanan
mesyuarat diteruskan lagi dengan sesi Pengesahan
Minit Mesyuarat Agung (MAT) Tahunan BKASM Kali Ke-38 dan juga perkara-perkara
berbangkit yang berkaitan. Seterusnya dibentangkan pula kepada para hadirin
berkenaan Laporan Tahunan Lajnah dan Jabatan BKASM sesi 2014. Kemudian
Pengerusi Sidang memberi laluan kepada ahli mesyuarat dan juga hadirin untuk
menunaikan solat fardu Zohor dan makan tengahari. Selepas itu, mesyuarat
disambung semula bagi sesi Pembentangan Laporan Kewangan BKASM sesi 2014 dan
juga Pembentangan dan Perbahasan Usul.
Selepas
itu, para hadirin dan ahli mesyuarat diberi masa untuk berehat bagi menunaikan
solat fardu Asar. Mesyuarat diteruskan lagi kepada sesi Muhasabah dan Cadangan
Umum dan seterusnya melantik dua orang juruaudit bagi sesi 2014/2015.
Pada
belah malamnya pula telah diadakan sesi penyampaian sijil kepada Pengarah
Program Mega sepanjang tahun 2014 dan juga penyampaian sijil kepada barisan
AJKT BKASM sesi 2014. Malam itu juga disampaikan beberapa kategori anugerah.
Antaranya anugerah Tunas Harapan, Aktivis BKASM 2014, Imuwan Muda dan Srikandi
Itqan. Sejurus selepas itu majlis diserahkan pula kepada Pengarah SPR bagi
mengumumkan dan mengisytiharkan senarai barisan AJKT BKASM yang baru bagi sesi
2014/2015.
Kemudian,
penghormatan telah diberikan kepada Yang Di-Pertua BKASM sesi 2014/2015 untuk
memberikan sedikit ucapan alu-aluan dan ucaptama pada malam tersebut. Program di
akhiri dengan nyanyian lagu rasmi BKASM, bacaan doa selamat dan sedikit jamuan
makan beserta dengan tayangan video program sepanjang tahun 2014.
Akhirnya,
seperti yang dipersetujui dalam MAT Kali Ke-39 pembawaan dan usul BKASM bagi
sesi 2014/2015 adalah seperti berikut.
Pembawaan BKASM untuk sesi 2014/2015
:
·
Pemikiran
Wasatiyyah Membentuk Tunjang Ummah
·
Aplikasi
Ilmu Menyumbang Integriti Ummah
·
Keutuhan
Ekonomi Islam Tanggungjawab Bersama
·
Generasi
Harapan Aset Kesatuan
Usul BKASM untuk sesi 2014/2015 :
·
Bersama
dalam menuntut agihan zakat yang lebih profesional dan adil kepada anak-anak
Selangor di Mesir.
·
Memperkukuh
kesatuan BKASM dan PMRAM melalui kesinambungan ilmu dan amal.
·
Mempertahankan
survival taakhi PMRAM cawangan Selangor.
Disediakan Oleh :
(AHMAD LUTFI BIN JAMALUDIN)
Setiausaha MAT Kali Ke-39
BKASM 2014
Ahad, November 23, 2014
PEMENANG ARTIKEL TERBAIK BERSEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 39
Berikut adalah pemenang-pemenag artikel bersempena menuju Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014 kali ke 39. Artikel terbaik telah dimenangi oleh saudara Muhammad Sufi bin Mohd Yusof di sebelah ikhwah, manakala di sebelah akhawat telah dimenangi oleh saudari Adilah bt Mohd Safiuddin.
ARTIKEL TERBAIK IKHWAH
SYURA DIAPLIKASI MEMATANGKAN ORGANISASI
Syura adalah suatu barangan berharga bagi manusia. Barang yang
smakin menghilang ini memberi manfaat dan matlamat yang besar kepada tujuan
penciptaan manusia itu sendiri.
Permulaan sejarah syura boleh dilihat ketika
mana di awal fatrah penciptaan manusia. Sebagaimana firman Allah S.W.T :
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ
خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ
الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي
أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
(Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu
orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.")
-al Baqarah : 30-
Perbualan yang direkodkan ini adalah contoh salah satu cabang
daripada cabang mesyuarat atau syura. Kalau kita amati rekod ini, ia adalah
hadiah khusus daripada Allah kepada Bani Adam sejak awal penciptaan
manusia lagi. Allah S.W.T meminta pandangan daripada para malaikat
perihal penciptaan manusia dan keturunannya, walaupun hakikat kebenaran
pengetahuan Allah Taala sememangnya mengetahui natijah dan hasil bagi tiap-tiap
suatu perkara.
Begitu juga catatan sejarah yang menunjukkan bahawa konsep syura
ini tetap berjalan berterusan pada zaman Nabi Muhammad, para sahabat, tabi
tabiin, sehinggalah ke hari ini. Kisah peperangan badar mencatatkan perihal
cadangan untuk keluar berperang dan perihal hasil tawanan perang. Tidak dilupa
sejarah peperangan Uhud, perjanjian Hudaibiyah, peperangan Ahzab, peperangan
Tabuk, perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama orang mukmin, keputusan di
dalam menjalankan hukuman bunuh kepada golongan yang murtad serta golongan yang
enggan membayar zakat, perihal perletakan tarikh hijriah dan lain-lain turut
merekodkan sejarah berkenaan syura yang boleh kita rujuk kembali sejarah ini. Maka,
konsep syura ini adalah sunnah bermasyarakat bagi kita sebagai hamba Allah untuk
diguna pakai dan memanfaatkannya.
Di dalam al-Quran, Allah S.W.T secara khusus menyebut berkenaan syura pada 2 ayat di dalam surah As-Syura dan Ali-Imran. Sebagaimana yang difirmankan :
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُون
(Dan
bagi orang-orang yang mematuhi seruan Allah dan melaksanakan solat dan urusan
mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka, dan mereka menginfaqkan
sebahagian daripada rezeki yang kami berikan
kepada mereka) - As syura:38 -
وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى
اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِين
(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, maka apabila kamu telah berazam bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal) – Ali Imran: 159 -
Pada ayat pertama menjelaskan perihal
sifat-sifat syura sebagai jaminan bagi jemaah Islam apabila beramal dengan
wasilah ini. Antara ciri-ciri yang disebutkan antaranya beriman dan bertawakal
kepada Allah, menjauhi dosa-dosa besar dan kemungkaran, sentiasa berusaha dalam
menunaikan suruhan-Nya, mendirikan solat, bermusyawarah, menunaikan zakat,
menginfaqkan harta di jalan Allah S.W.T. Kalau kita perhatikan, ayat
ini adalah ayat makkiyah, menunjukkan bahawa syura dan konsep musyawarah telah
diamal dan dipraktikkan dalam masyarakat Islam sebelum wujudnya negara Islam. Maka,
tidak dapat dinafikan rekod Allah Taala memuliakan dan merahmati musyawarah
daripada kalangan orang Islam yang menepati sifat dan kelayakannya.
Pada ayat kedua, khusus menjelaskan tugas
dan peranan pemimpin dan seorang ketua di dalam menggerakkan organisasi, jemaah
mahupun negara. Turunnya ia sebagai arahan kepada Nabi Muhammad untuk bermusyawarah
dengan para sahabat di dalam urusan. Bermaksud kesinambungan perjalanan urusan
kepimpinan tidak boleh lari daripada pengamalan syura dalam menghasilkan
keputusan dan mewujudkan rahmat sesama kepimpinan dan ahli.
Oleh yang demikian, Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir sebagai organisasi penggerak kepada amal islami sekian lama ini,
yang juga bergerak berpaksikan sumber rujukan utama umat Islam, juga
bermatlamat mewujudkan kesatuan dalam mahasiswa-mahasiswi Selangor di Mesir
ini, maka tidak dapat tidak turut bertanggungjawab dalam beramal dan
menjalankan amanah ini. Oleh itu, kehilangan amal kepada wasilah ini adalah
suatu dosa dan pecah amanah yang mesti dipertanggungjawabkan kepada ahli dan
kepimpinan organisasi.
Justeru, peri pentingnya konsep syura ini
adalah tanggungjawab bersama antara kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir serta
ahli di dalam memberi kefahaman dan penekanan kepada semua berkenaan agenda
agama ini. Hilangnya kefahaman dan semangat ahli sebagai contoh, malasnya dalam
menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan perbincangan-perbincangan adalah suatu kayu
ukur bahawa kita semakin lari daripada matlamat penciptaan manusia itu sendiri,
sebagaimana yang disebutkan hadis Nabi s.a.w :
لئن يمشي أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن
يعتكف في مسجدي هذا شهرا
(Sekiranya seseorang di kalangan kamu berjalan menunaikan urusan
(permasalahan) sahabatnya adalah lebih baik daripada duduk beriktikaf di masjid
aku (masjid nabawi) selama sebulan)
Jelas pada kita, agenda musyawarah dan
konsep syura ini adalah suatu kewajiban yang mesti dilaksanakan oleh para muslimin.
Agenda ini adalah suatu keputusan yang telah disepakati oleh para ulama dalam
mewajibkannya. Moga kita sama-sama beringat dan menggunakan wasilah ini dengan
sebaiknya. Semoga kita sebagai ahli BKASM dapat memahami kewajiban ini
seterusnya yakin dan beramal dengan amal islami yang dibawa oleh kesatuan ini.
“Syura Diaplikasi Mematangkan Organisasi”
Siru ala Barakatillah
Muhammad Sufi Bin Mohd
Yusof
_________________________________________________________________________
ARTIKEL TERBAIK AKHAWAT
SYURA DIAPLIKASI MEMATANGKAN ORGANISASI
Organisasi
yang baik merupakan cerminan dari pentadbiran yang baik. Pentadbiran yang baik hanya mampu
diterjemahkan oleh barisan kepimpinan yang baik. Maka, dalam sesebuah
organisasi,aspek kepimpinan merupakan aspek utama yang perlu diberi penekanan bagi menentukan halatuju jangka masa
panjang organisasi tersebut.
Kepimpinan
yang baik mampu menghasilkan produktiviti yang bermanfaat dan mampu
dimanfaatkan sebaiknya. Dalam Islam,kepimpinan merupakan tunjang bagi sesebuah
organisasi yang memandu sekalian manusia mencapai kesejaheraan dan kejayaan
dalam menuju redha Allah. Gerak kerja yang dilakukan sentiasa meletakkan
kepentingan organisasi melebih kepentingan diri sendiri. Semuanya dilakukan
hanya untuk mendapat redha Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya
( Surah Al-Baqarah ayat 207)
Mendepani ragam dan kerenah semasa yang pelbagai,kepimpinan perlu
bertindak lebih profesional dan matang dalam usaha meraikan kepelbagaian. Dalam
masa yang sama,langkah meraikan ini sama sekali tidak berganjak dari prinsip
organisasi yang digariskan. Untuk terus memastikan keterikatan antara kepimpinan
dan ahli,setiap perkara yang dilakukan perlu meletakkan perbincangan atau syura
sebagai pendekatan. Syura tidak hanya diaplikasikan sesama kepimpinan bahkan ia
boleh digarapkan kepada ahli dalam usaha memberi kefahaman kesatuan dan
kerjasama.
Kebanyakan organisasi hari ini,berdepan dengan permasalahan,apabila
kuasa kepimpinan dilihat
mendominasi serta kurangnya penghayatan ahli terhadap kebersamaan menjaga organisasi. Syura dilihat mampu menjadi manual paling ideal bagi mewujudkan persefahaman dan merapatkan jurang yang timbul antara kepimpinan dan ahli. Syura bermaksud mesyuarat yang diadakan dalam rangka membuka peluang kepada setiap anggota mesyuarat melontar idea dan pandangan terhadap hal yang diperbincangkan. Allah S.W.T mencipta manusia dalam keadaan yang sangat unik. Setiap seseorang itu berbeza dengan yang lainnya dari semua sudut. Hal ini termasuk juga dalam aspek pemikiran,kefahaman dan pandangan. Maka melalui medan syura,permasalahan yang sama mampu diolah dengan sudut pandang yang berbeza. Perbezaan ini harus dilihat dari sudut positif agar ianya mampu disimpulkan menjadi keputusan yang sederhana,mampu diikuti dan dilaksanakan oleh semua peringkat.
mendominasi serta kurangnya penghayatan ahli terhadap kebersamaan menjaga organisasi. Syura dilihat mampu menjadi manual paling ideal bagi mewujudkan persefahaman dan merapatkan jurang yang timbul antara kepimpinan dan ahli. Syura bermaksud mesyuarat yang diadakan dalam rangka membuka peluang kepada setiap anggota mesyuarat melontar idea dan pandangan terhadap hal yang diperbincangkan. Allah S.W.T mencipta manusia dalam keadaan yang sangat unik. Setiap seseorang itu berbeza dengan yang lainnya dari semua sudut. Hal ini termasuk juga dalam aspek pemikiran,kefahaman dan pandangan. Maka melalui medan syura,permasalahan yang sama mampu diolah dengan sudut pandang yang berbeza. Perbezaan ini harus dilihat dari sudut positif agar ianya mampu disimpulkan menjadi keputusan yang sederhana,mampu diikuti dan dilaksanakan oleh semua peringkat.
Islam amat menitikberatkan tentang keadilan. Maka dengan itu Islam
mengiktiraf konsep syura dilaksanakan dalam sesebuah sistem pentadbiran. Konsep
Syura ini telah dipraktikkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W sewaktu
membentuk kerajaan Islam yang pertama. Contohnya ketika mana Nabi S.A.W meminta
pandangan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab A.S dalam menguruskan
tawanan peperangan Badar.
Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan konsep syura dalam setiap perkara dari
hal kenegaraan sehingglah kepada hal-hal kekeluargaan. Ketelitian Nabi Muhammad
S.A.W dalam memegang konsep syura sebagai tunjang pentadbiran dapat dilihat
menerusi mafhum Baginda S.A.W:
“ Tidaklah sesuatu
kaum itu bermesyuarat di antara mereka dalam urusan mereka melainkan Allah akan
menunjukkan kepada mereka yang terbaik terhadap permasalahan mereka” dalam
riwayat yang lain “ melainkan Allah kurniakan kepada mereka keazaman kepada
petunjuk atau yang terbaik”.
Natijahnya,pembentukan
Negara Islam Madinah merupakan cetusan sejarah yang terhebat pernah dimiliki
dunia.Islam jatuh apabila timbul perasaan ingin mendominasi kekuasaan dan
harta. Hal yang sedemikian telah mengakibatkan,pentadbiran diuruskan oleh mereka
yang berkuasa tanpa mempedulikan lontaran suara dan pandangan dari setiap
peringkat masyarakat.
Organisasi yang
matang adalah organisasi yang mampu mendepani segala permasalahan melalui
kesatuan dan kebersamaan antara kepimpinan dan ahli. Kepimpinan membuat
keputusan dalam keadaan memikirkan hal-ehwal ahli. Manakala ahli bertindak
mengikut keputusan yang telah dikeluarkan kepimpinan sesuai dengan
permuafakatan yang telah dilaksanakan melalui syura. Syura yang memberi kesan
adalah syura yang melahirkan rasa kasih sayang,saling menghormati dan
menghargai perbezaan pendapat dan pandangan. Tidak mengangkat sesuatu pandangan
kerana ikut-ikutan mahupun penggabungan yang melibatkan kepentingan tertentu. Keputusan
dibuat dengan keazaman dan penggantungan yang tinggi kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
فَبِمَا
رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ
الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ
لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا
عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى
اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka,
mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam
urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang bertawakkal kepada-Nya
(Al-Imran ayat 159)
Justeru itu,aplikasi
syura dilihat sebagai manual utama untuk sesebuah organsasi dalam menjamin kelangsungan dan keberjayaan
matlamat yang dibawa di setiap peringkat. Selain itu, ianya juga membawa kepada
terbina sebuah kesatuan yang harmoni dan aman dari perselisihan.
" TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN"
ADILAH BT MOHD SAFIUDDIN
Selasa, November 11, 2014
PIMPINAN DAN MUSYAWARAH
Kepimpinan merupakan satu taklifan yang telah Allah berikan kepada makhlukNya, taklifan yang mana kita semua tidak terlepas dari memikulnya sebagaimana dlm ayat 72 surah Al- Ahzab yang bermaksud :

Disamping
kita juga telah diberikan inzar yang jelas tentang risiko jika
menyalahgunakannya, ibarat sebelah kaki di syurga dan sebelah lagi di neraka jahanam. Merupakan pedang
dua mata yang akan menikam tuannya jika salah digunakan.
Kepimpinan merupakan antara perkara yang wajib
dipelajari, difahami dan diamalkan dalam Islam, perkara yang memerlukan kepada penghayatan dan kefahaman yang jelas, perkara yang
lazimnya menentukan hala tuju sesebuah masyarakat dan
negara, bahkan menentukan antara syurga dan neraka.
Muhammad Bin Al-Mubarrak berpendapat :
“Al-Quran mengandungi hukum-hukum
yang mustahil dapat diterapkan tanpa adanya pemerintahan dan negara yang
mengambil dan menerapkan hukum-hukum tersebut.”
Pemimpin yang terbaik
adalah pemimpin yang mahir menggunakan seni kepimpinan, tahu akan selok belok
pentadbiran, melazimi diri dengan arus perjuangan, membiasakan diri dengan
sepak terajang dunia kepimpinan. Tindakannya penuh berhikmah dan bijaksana.
Sistem
musyawarah merupakan sistem terbaik dalam seni kepimpinan , kerana tanpa sistem
ini, nescaya satu kepimpinan itu akan tempang dan cacat, tidak mampu menyerlah
bahkan kepimpinan itu akan jatuh merudum ke tanah. Islam mengajar umatnya agar
sentiasa bermusyawarah dan tetap dengan keputusannya dalam segala hal, dari
sekecil-kecil perkara sehingga mentadbir dunia, sebagaimana ayat 38 surah
As-Syura tang bermaksud :
((Dan juga (lebih
baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah
Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.))
Kita juga telah dibuktikan dalam sirah
sendiri bahawa Nabi Muhammad saw dan para sahabat itu sendiri bermusyawarah dan
tetap berpegang dengan keputusan musyawarah walaupun mendapat bantahan daripada
sahabat seperjuangan sendiri.
Perlunya kepimpinan dalam Islam kerana Islam itu tidak tertegak dengan kata- kata sahaja, bahkan disulami dengan tindakan, tidak juga tertegak dengan caci maki, namun ditegakkan dengan hujah dan hikmah, dan tidak didirikan dengan sifat mahabbah sahaja, namun didirikan dengan penuh kefahaman yang jitu.
Dan sebagai peringatan jika manusia
mengabaikan perkara ini mengikut acuan syara’, boleh dilihat dalam sejarah umat
Islam itu sendiri dalam peristiwa Tatar dimana Islam diruntuhkan dengan
sehina-hinanya dek manusia ketika itu lalai daripada melaksanakannya mengikut
acuan syara’.
Disediakan oleh,
Abdul Hakim Bin Khairuddin
Timbalan Yang Di-Pertua
BKASM 2014
Jumaat, November 07, 2014
Sabtu, November 01, 2014
Anjuran Puasa Muharam
Anjuran Puasa Muharam
Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita melakukan puasa pada bulan Muharam sebagaimana sabdanya,
ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻼَﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ
“ Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadan adalah puasa pada bulan Allah – Muharam. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam .” (HR. Muslim,dari Abu Hurairah).
Imam Nawawi - rahimahullah - menjelaskan, “Hadis ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharam.”
Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharam) iaitu Saidina Umar, Saidatina Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Basri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram (Latha-if Al Ma’arif).Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Hari di bulan Muharam, yang lebih afdhal adalah puasa hari ‘Asyura, iaitu pada 10 Muharam.
Abu Qatadah Al Ansari berkata,
ﻭَﺳُﺌِﻞَ ﻋَﻦْ ﺻَﻮْﻡِ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺮَﻓَﺔَ ﻓَﻘَﺎﻝَ « ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ ﻭَﺍﻟْﺒَﺎﻗِﻴَﺔَ » . ﻗَﺎﻝَ ﻭَﺳُﺌِﻞَ ﻋَﻦْ ﺻَﻮْﻡِ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَﺍﺀَ ﻓَﻘَﺎﻝَ « ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ
“ Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Beliau menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Beliau juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Beliau menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu .” (HR.Muslim)
Membezakan Yahudi dengan Menambah Puasa Tasu’a (9 Muharam).
Dalam rangka membezakan dengan Yahudi, kita diperintahkan berpuasa pada hari sebelumnya, iaitu berpuasa pada hari kesembilan (tasu’a).
Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,
ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻧَّﻪُ ﻳَﻮْﻡٌ ﺗُﻌَﻈِّﻤُﻪُ ﺍﻟْﻴَﻬُﻮﺩُ ﻭَﺍﻟﻨَّﺼَﺎﺭَﻯ
“ Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani .” Lantas beliau mengatakan,
ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻛَﺎﻥَ ﺍﻟْﻌَﺎﻡُ ﺍﻟْﻤُﻘْﺒِﻞُ – ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪُ – ﺻُﻤْﻨَﺎ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡَ ﺍﻟﺘَّﺎﺳِﻊَ
“ Apabila tiba tahun hadapan–insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan .”Ibnu Abbas mengatakan,
ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺄْﺕِ ﺍﻟْﻌَﺎﻡُ ﺍﻟْﻤُﻘْﺒِﻞُ ﺣَﺘَّﻰ ﺗُﻮُﻓِّﻰَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ -ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
“ Belum sampai tahun depan, Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia .” (HR. Muslim)
Ibnu Rajab mengatakan, ”Antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharam sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja.” (Lathaif Al Ma’arif)
Apa Hikmah Menambah Puasa pada Hari Kesembilan?
Sebagian ulama mengatakan bahawa sebab Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh serta kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadis Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ’Asyura’ (tanggal 10 Muharam).
Pendapat yang menyatakan bahwa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam ....
Semoga Allah memudahkan kita untuk terus beramal soleh.
Muhammad Ezzani Bin Ismail
Ketua Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM 2014
"Pemuda Tarbawi Cerminan Generasi Azhari"
BKASM 2014
Langgan:
Catatan (Atom)