SENAT FAKULTI BERSAMA BKAN TAAKHI

Program
senat ini telah menampilkan pengisi dari PMRAM cawangan Selangor sendiri. Tidak
dilupakan, terdapat juga tenaga pengisi yang didatangkan khas dari Bkan Taakhi
Selangor untuk sama-sama berkongsi tips pendedahan madah serta manhaj ulangkaji
setiap kuliah. Antara objektif yang ditekankan dalam senat fakulti ini adalah
untuk memberi pendedahan dan pengenalan madah fasa satu kepada mahasiswa dan
mahasiswi tahun satu. Mereka juga telah didedahkan dengan teknik-teknik untuk
membuat nota yang berkesan serta kaedah yang betul menjawab soalan dalam
peperiksaan. Di samping itu, program senat ini juga bertujuan untuk merapatkan
ukhuwah sesama Bkan Taakhi PMRAM cawangan Selangor sesuai dengan usul yang di
bawa oleh BKASM pada sesi 2014/2015 iaitu “Mempertahankan Survival Taakhi
PMRAM cawangan Selangor”. Program ini telah diakhiri dengan sedikit
motivasi dan kata-kata semangat daripada pengisi.
Sehubungan
dengan itu, peringkat Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2014/2015 berharap program
seperti ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang
kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh sistem al-azhar di Mesir.
Akhir
kalam, diharapkan program senat fakulti ini dapat memberi suntikan semangat
kepada seluruh mahasiswa dan mahasisiwi BKASM untuk terus berjuang menuntut
ilmu di Perlembahan Nil. BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang
menghadiri program senat ini. Semoga dapat memanfaatkan pengisian yang telah
disampaikan oleh tenaga pengisi senat selari dengan pembawaan BKASM pada sesi
ini “Aplikasi Ilmu Menyumbang Integriti Ummah”.
Sekian, wallahua’lam.
“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”
Disediakan oleh,
NURUL NAZUWA BINTI ZAZAMUDIN
Timbalan Lajnah Pendidikan,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan