TARBIAH : CINTA DARI TUHAN - Tinta Jumaat Siri Pertama

TARBIAH : CINTA DARI TUHAN

          Tarbiah merupakan didikan dan sentuhan dari Tuhan. Dari hati yang kasar menjadi lembut. Dari rasa diri yang bongkak kepada tawaduk. Dari jiwa yang lupa akhirnya ingin kembali semula kepada Sang Pencipta.
         
          Ketahuilah bahawa tarbiyah sifatnya mengubah . Mengubah dari buruk kepada baik dan mengubah dari baik kepada yang lebih baik, bahkan dengan tarbiah boleh mengubah manusia kepada seseorang meskipun mengambil masa yang lama.

          Sungguh tarbiah inilah yang akan melahirkan insan yang hebat, para mujahid yang sentiasa tegar berjuang tanpa kenal erti perit, mengkaderkan daie yang berjiwa besar untuk melihat kegemilangan Islam kerana hatinya menyedari , cuma di sana nanti tempat rehat yang abadi.


Syed Qutb berkata :

“Kemenangan berupa syurga itu disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tidak wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga ke akhirnya. Mereka teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai.’’

          Allah tidak pernah menjanjikan bahawa jalan tarbiyah ini ditaburi dengan kelopak bunga indah.
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa jalan dakwah ini akan sunyi tanpa mehnah malah tak menjanjikan kehidupan mewah melimpah ruah.

          Namun, andai dilihat dengan mata hati dan dididik dengan iman yang sejati kalian akan temui dijalan ini keindahan beribadah kepada Allah. Memaknakan nikmat ukhuwah fillah. Rasa gembira itu akan tetap ada walau dunia terasa sempit susah payah.


  قل هذه سبيلي أدعوا الى الله على بصيرة أنا ومن اتبعنى وسبحن الله وما أنا من المشركين

“Katakanlah (Muhammad) , “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (Yusuf : 108)


          Untuk akhirnya, bila mana Allah telah memilih kita untuk ditarbiah dengan cinta, maka bersyukurlah kerana kita telah terpilih untuk berada dalam golongan orang-orang yang dicintai disisiNya. Semoga dapat mendidik hati dan jiwa kita dalam meraih cinta Agung Sang Pencipta.


“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”


Disediakan oleh :
Ustazah Ummi Aqilah bt Norlizam
Timbalan Lajnah Kesenian & Sukan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014/2015






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]