SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Januari 24, 2014

Tinta Jumaat Edisi ke-36:KESATUAN TUNGGAK KEKUATAN ORGANISASI


Bismillahiwalhamdulillah. Segalapuji-pujian dirafa’kan hanya kepada Allah SWT seterusnya selawat serta salam buat junjungan kekasihNya penghulu segala nabi dan rasul, Muhammad SAW,para ahlul bait,sahabat baginda,tabi’in,tabi’ tabi’in,seterusnya sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Firman ALLAH SWT:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah At Taubah : Ayat 71)

Di dalam surah As-Saff ayat ke-61 Allah berfirman,maksudnya:

 “Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan berbaris rapi seperti sebuah bangunan yang kukuh.“

Di dalam sebuah hadis dari Abi Musa Al-Asy’ari,Rasulullah SAW bersabda:

"المؤمن للمؤمن كالبنيان يَشُدُّ بعضُه بعضاً – وشبك بين أصابعه"
Maksudnya: Orang mukmin bagi mukmin yang lainnya umpama sebuah bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain.Kemudian baginda mengisyaratkan dengan merapatkan jari jemarinya.

Berdasarkan  nas Al-Quran dan hadis yang dinyatakan,jelaslah bahawa konsep kesatuan adalah satu tuntutan di dalam Islam.Lelaki beriman dan wanita yang beriman wajib menjadi penolong sebahagian yang lain di dalam urusan amar ma’ruf dan nahi mungkar,melaksanakan solat,menunaikan zakat dan melabuhkan  ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

Ibarat sebuah bangunan yang tersusun kukuh tidak rapuh.Batu batanya saling membentengi tiang bangunan.Tiang pula tetap teguh membawa beban atap,atap pula berkorban panas dan hujan melindungi insan dan apa sahaja di dalamnya.Ya itulah gambaran yang cantik mengenai silah mukmin dengan mukmin yang lain.

Orang beriman adalah bersaudara.Tidak ada lebih dan kurangnya seseorang mukmin melainkan taqwa menjadi nilainya.Peristiwa hijrah baginda SAW jelas menjadi bukti bahawa perkara pertama yang dilakukan oleh baginda adalah mempersaudarakan antara muhajirin dan ansar.Perkara tersebut adalah salah satu konsep kesatuan yang dianjurkan oleh Islam bermula dengan qudwah baginda SAW.

FirmanNYA lagi:

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Seorang tokoh gerakan Islam ada menyebut di dalam kitab karangannya menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beliau, umat Islam apabila sibuk dengan amali,maka perdebatan akan berkurangan.Hal ini kerana apabila umat Islam itu ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli akan berlaku sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.Oleh kerana itulah,kesatuan merupakan tunjang kepada Amal Islami terutamanya kesatuan dari segi fikrah dan amal.

Natijah daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam organisasi kearah matlamat yang satu. Aspek penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada pimpinan pada perkara kebenaran.

Di dalam sebuah hadith dari Auf bin Malik,Rasulullah SAW bersabda:

افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقةً، فواحدةٌ في الجنة وسبعون في النار، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقةً، فإحدى وسبعون في النار وواحدة في الجنة، والذي نَفْسُ محمَّدٍ بيده لَتَفْتَرِقَنَّ أمتي على ثلاث وسبعين فرقة، فواحدة في الجنة، واثنتان وسبعون في النار.قيل يا رسول الله.من هم؟
قال:الجماعة

Maksud sabda Rasulullah SAW:”Orang-orang Yahudi berpecah kepada 71 puak,maka satu puak ke syurga dan 70 puak ke neraka,Orang-orang Nasrani berpecah kepada 72 puak,71 puak ke neraka,satu puak ke syurga.Demi tuhan yang diri Muhammad berada di dalam tanganNYA demi sesungguhnya umatku berpecah 73 puak,satu puak ke syurga dan 72 puak ke neraka.Lalu ditanya Ya Rasulullah siapakah mereka itu?.Maka baginda menjawab: “Mereka adalah yang berada di dalam Jamaah (iaitu yang berada di dalam kumpulan Islam)”
(HR Abu Daud & Ibnu Majah)

Semoga kita semua terlorong untuk berada di dalam kesatuan Jamaah seperti mana yang disebut di dalam hadis di atas.Segala keputusan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.Sesuai dengan moto PMRAM yang sering kita sebutkan “Satu Fikrah Satu Amal”.

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“KITA PMRAM”

Hasil Nukilan:
Ustazah Siti Nurliana Binti Zainudin
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan

BKASM 2012/2013

Isnin, Januari 20, 2014

Muhadharah Ammah : Menyemai Cinta kepada Rasulullah SAW




SABTU, 18 JANUARI 2014-  Lajnah Pendidikan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2012/2013 telah mengadakan muhadharah ‘ammah yang bertajuk الخصائص الكبرى على خير الأنام    bertempat di Musolla Darul Ehsan, Imarah Asrama Selangor, Hayyu Asyir. Muhadharah ini merupakan satu inisiatif dari Lajnah Pendidikan sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW.

Antara objektif yang diketengahkan adalah untuk meningkatkan pemahaman ahli dalam menghayati ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW disamping menggalakkan ahli untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Selain itu, muhadharah ini diadakan bertujuan untuk menerapkan rasa cinta pada alim ulama’ dan majlis ilmu sekaligus meningkatkan penguasaan bahasa arab dalam kalangan ahli. Muhadharah ini telah disampaikan oleh Al- Fadhil Syeikh Dr Hisyam Kamil Hamid yang mana beliau menceritakan mengenai keistimewaan Rasulullah SAW yang merupakan sebaik-baik manusia.

Baginda SAW diutuskan sebagai rahmat bagi seluruh alam. Alam disini bermaksud keseluruhan ciptaanNya melainkan ALLAH. Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama tentang perintah IQRA’ di Jabal Nur dan di sana terletaknya Gua Hira’. Pelbagai mehnah dan cabaran yang telah dihadapi oleh Rasulullah SAW sepanjang penyebaran dakwah baginda SAW. Namun begitu, baginda tetap utuh meneruskan perjuangan menegakkan Islam kerana Islam itu sendiri adalah agama yang sangat mulia disisi ALLAH.

Alhamdulillah, muhadharah berakhir sekitar jam 9 malam. Sebelum berakhir, Al-Fadil Syeikh juga berpesan: “Bacalah kitab mengikut peringkat, jika tidak mengikut peringkat boleh diibaratkan seperti bayi beumur sebulan atau dua bulan tetapi sudah diberi makan nasi zabadi. Ia sememangnya makanan tetapi tidak sesuai baginya dan akan menyebabkan kematian”.

Lajnah Pendidikan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir berharap agar muhadharah ini dapat menggalakkan mahasiswa/wi untuk mendekati para alim ulama’ disamping mencintai ilmu dan menjadikan ilmu sebagai satu kewajipan dalam diri selari dengan pembawaaan BKASM pada sesi ini iaitu “Pengukuhan Thaqafah dan Akademik”.

Sekian, wallahua’lam.

Disediakan Oleh,

Nurul Nazuwa Binti Zazamudin
Timbalan Setiausaha
Lajnah Pendidikan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013


Jumaat, Januari 17, 2014

Tinta Jumaat Edisi ke-35 : Rabi'ul Awwal ( Semai CINTA, Tanam CITA-CITA)

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Pemurah.

Pena kali ini, terlalu indah, ingin mengajak sekalian i’badillah, mencintai Rasulullah, seiring terus menggapai makrifat cinta Allah, di samping bergerak melakukan amanah sebagai Khalifatullah dan mencapai cita-cita lillahitaala yang tiada sudah.

Rabi’ul Awal. Bulan menyemai cinta. Bulan menanam cita-cita.

Keindahan bulan Rabi’ul Awal bagaikan bebunga pagi hari yang menyinari hati-hati insan yang menanti cahaya dalam gelap kehidupan. Ungkapan ini, sama sekali memberi  maksud sebenar erti bulan Rabi’ul Awal, bulan permulaan musim bunga ,tumbuh-tumbuhan dan  buah-buahan sejak sekian lamanya bagi penduduk kota Jazirah Arab.

Pastinya, bulan ini bukan sahaja memberi maksud hissi yang mengindahi pancaindera  bahkan disana pasti tersirat unsur maknawi yang membawa inspirasi sanubari. Artikel kali ini, ingin membawa para pembaca bersama-sama menikmati keindahan kedatangan bulan ini disusuri dengan cita-cita yang membara disulami cinta yang mengulit rasa.

Mari kita selusuri lembaran tinta-tinta sirah dahulukala, sinonimnya Rabi’ul ‘Awal sebagai bulan meraikan cinta terhadap baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kelahiran baginda yang membawa cahaya kepada seluruh kota dan alam buana, dilantik menjadi Rasul sebagai penutup segala akhir.Baginda tiba di kota Yathrib menjadi titik tolak kepada kebangkitan tamadun ilmu dan manusia. Akhirnya, kewafatan baginda yang menguatkan lagi cinta para perindu syurga dan akhirat. Kesemua peristiwa ini dicoretkan dan sejarah tersebut berlaku dalam bulan Rabi’ul Awal, oleh itu, tiada sebab lagi untuk kita kurangi selawat dan salam buat baginda dalam titipan bibir dan zikir.

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a].

Atas seruan, “Amr Ma’ruf Nahi Munkar”,para pejuang gerombolan jihad tentera Islam suatu ketika dahulu menggagahi ekspedisi ekspansi futuhat merentasi hiruk piruk kota, gelora ombak laut, merentangi gunung-ganang belukar bagi membuka kota-kota Islam seperti Kota Iraq, juga Baitul Muqaddis .  Namun, dibulan yang mulia ini, kejatuhan kota Andalus selama hampir 800 tahun dibawah ketamadunan keilmuan dan kemegahan kesenian Islam oleh orang Sepanyol benar-benar menggugah serta merampas kegemilangan dan meruntuhkan jiwa umat Islam.

Koreksi kembali, adakah kejatuhan ini menjadikan umat Islam terus-terusan lemah atau kembali mengorak langkah menjadi sebaik-baik umat yang menjadikan dunia landasan akhirat. Ingatlah Firman Allah, (s.w.t) yang bermaksud Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.(Ali-Imran:110)

Hadirkan, semangat Rabiul Awal sebagai pemangkin cita-cita, seperti kekuatan tentera muslimin di dalam bulan ini yang memerangi kuffar dalam perang Ghatafan,  Safwan (Badar pertama),  Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal, serta peperangan Bani Lahyan. Masakan kekuatan fizikal tentera muslimin terdahulu dijadikan  alasan lemahnya spiritual ummah masakini. 

Rabi’ul Awal, bersilih ganti, namun cinta dan cita-cita masih lagi mencari para pemegang yang akan merialisasikan kedua-dua elemen ini sebagai semangat yang bukan sekadar retorik bahkan realistik, seperti Rabi’ul Awal yang awalnya biji benih yang akhirnya menjadi debunga indah hadiah dari Tuhan buat hambanya yang lemah.

Salam Imtihan, cita-citakan kejayaan kerana cintakan kepayahan dan kesabaran  Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wa Barik Wa Sallim..

 -MendambaRedhaMu-

"Generasi Rabbani Pelapis Tarbawi Transformasi Ummah Berkualiti"
"KITA PMRAM"

Nukilan:
Ustazah Nor Baity Emy Binti Mohd Yusof
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM 2012/2013


Rabu, Januari 15, 2014

Kebajikan dan Keselamatan Anak Selangor Agenda Utama

15 Jan 2014, Sayyidah Zainab: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir bersama Pejabat HEP Selangor Mesir menziarahi rumah 2 orang pelajar perubatan Selangor iaitu saudara Abdul Muhaimin b. Nazaruddin dan saudara Amir Fathi b. Adnan yang telah menjadi mangsa kes pecah rumah. 

Kejadian tersebut berlaku pada 14 Jan 2014 sekitar jam 8 pagi sehingga 12 tengahari ketika mangsa sedang menduduki peperiksaan di Universiti Kaherah. Pihak Pejabat HEP Selangor dan BKASM juga turut membantu mangsa membuat laporan polis di balai yang berdekatan. Kerugian dianggarkan bernilai sekitar le 7000.
BKASM selaku badan kebajikan khususnya untuk anak-anak Selangor di Mesir sentiasa prihatin terhadap para ahli terutamanya isu kebajikan.Sedikit sumbangan telah diberikan bagi meringankan bebanan mangsa.

Disediakan Oleh : Lajnah Kebajikan,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013



Ahad, Januari 12, 2014

MAULIDUR RASUL 1435H : Rasulullah saw & Perjuangan

MAULIDUR RASUL 1435H

Cinta Nabi, Saranan Al-Quran Yang Ditinggalkan Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku di kalangan umat Islam.Cuma terkadang, kita tercari-cari metodologi yang tepat bagaimana mencintai Rasulullah S.A.W. Sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung.
MANHAJ AL-QURAN
Di dalam surah Ali Imran, Allah Ta'ala telah menyatakan kriteria golongan-golongan yang layak bersama dengan Rasulullah S.A.W;
“Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertaqwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar” (Ali Imran:146)
Secara jelas Allah SWT menyatakan sifat utama pencinta-pencinta Nabi SAW seperti berikut :
Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang sangat sensitif terhadap maruah Islam. Mereka tidak akan membiarkan Nabi SAW berjihad seorang diri, sedangkan mereka duduk sebagai pemerhati. Sebaliknya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap cinta Nabi SAW sebagaimana ikrar para sahabat, "Pergilah Engkau S.A.W bersama Tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami bersama-sama denganmu turun berjuang." Mereka mestilah di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Iman mereka dibuktikan dengan gigih berjuang menegakkan agama Allah. Kembali kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu ‘Mendirikan Islam, Memelihara Islam dan Mentadbir Dunia Dengan Islam’.
Jatidiri mereka gagah perkasa, kalis tekanan. Apabila mengisytiharkan diri mereka untuk menyertai jihad perjuangan Islam, mereka bersedia berhadapan dengan risiko serta bersungguh-sungguh menongkah arus kejahilan manusia. Manakala golongan yang bacul dan penakut, Nabi S.A.W tidak sudi mengaku sebagai ummatnya (maksudnya),
“Apabila kamu melihat ummatku kecut untuk menyatakan kepada sang zalim “Wahai Si Zalim”. Sesungguhnya diucap selamat tinggal kepada mereka” HR Tabarani.
Bahkan di dalam ayat 142 sebelumnya, Allah SWT mencabar pendukung-pendukung agama Nabi SAW agar jangan mudah perasan masuk syurga selagi mana tidak berjihad. Ingatan itu disertakan isyarat dari Allah bahawa pencinta-pencinta Nabi SAW mestilah meletakkan misi mati syahid sebagai cita-cita yang tertinggi di dalam ayat 143.
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?” (Ali-Imran:142)
“Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).” (Ali-Imran:143)
Golongan pencinta Nabi SAW mempunyai daya tahan yang kuat. Sedikit pun tidak menyerahkan kalah berhadapan dengan musuh. Dalam konteks realiti Malaysia sekarang yang ujiannya adalah perang pemikiran, mereka mestilah tidak menyerahkan kepercayaan mereka kepada ideologi-ideologi lain selain Islam.
Cinta Nabi S.A.W Gaya Sahabat
Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi S.A.W. Ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh dari air tangan Nabi SAW. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi SAW dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu dari Baginda S.A.W.
Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda SAW, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad S.A.W, suara Bilal tersekat dan menangis. Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda SAW. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Sham bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah S.A.W.
Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi S.A.W. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin ‘Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi S.A.W. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi S.A.W.
Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah S.A.W sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi SAW dengan penegasannya “Demi ALLAH,aku benci bersama bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah SAW ditinggalkan diseksa oleh kamu semua..” al-Bukhari
Disini kita lihat,cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi SAW adalah dengan perlaksaan.Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata.Lebih dari itu ,mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda SAW
Muhasabah
Berdasarkan potongan ayat al-Quran surah ali-Imran ayat 142 hingga 146,kita perlu meneliti dengan penuh insaf di mana .Bahkan kita perlu tanya pada diri kita sepanjang Cinta Nabi SAW,adakah kita telah menjalankan beberapa kempen berikut:
1)Syurga tidak diperolehi semata-mata dengan memuja memuji Nabi SAW sahaja.Sebaliknya syurga hanya boleh dicapai apabila seseorang terlibat dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai aqidah dan syariat.
2)Umat Nabi saw mesti bercita-cita untuk mati syahid sebagai tanda benar-benar cinta kepada Nabi saw.Barulah cita-cita tersebut memotivasi umat Baginda saw supaya gagah mendepani cabaran mendatang.
3)Tidak ada guna jika setelah kewafatan Nabi saw,kita hanya merintih dan mengadu nasib bersedih akan pemergian Baginda saw sedangkan tugas-tugas Baginda saw kita tinggalkan.Lihat di dalam al-Quran ,Allah menegur umat Islam agar jangan berpaling meninggalkan kerja Nabi saw setelah kewafatannya.Begitu juga Bilal,bukti rindu dan cinta beliau adalah dengan jihad.Ingat,umat Islam sifatnya membina dan maju bukan statik dan mandom.
Sekiranya tidak dijumpai kempen-kempen tersebut sepanjang menyambut program Maulid al-Rasul atau seumpamanya,maka sedarlah bahawasanya kita masih gagal memenuhi piawaian ALLAH swt dalam menyintai Rasulullah saw dalam erti kata yang sebenar.Apakah cukup dengan mengingati tanpa melaksana ?Cinta adalah tanggungjawab.

Abdul Muizz Bin Muhammad
Mantan Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
PMRAM 2009

“With Tarbiah We Lead Ummah”

“KITA PMRAM”

Jumaat, Januari 10, 2014

Tinta Jumaat Edisi ke 34 :Kesyumulan Islam


Islam adalah agama yang berisfat syumul kerana ia merangkumi aspek rohani,akidah dan wacana kehidupan yang lain.Pendek kata,para ulama’ telah mencerakinkan perspektif islam itu ke dalam berbagai bidang keidupan.Rasulullah S.A.W telah berpesan: “Agama islam ini sangat kukuh dan terokalah ia untuk mendalami ajarannya secara perlahan-lahan,lemah lembut dan bijaksana.”

Asas penghayatan islam secara kafilah ataupun Syumul ini telah dirakamkan oleh ALLAH SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 208:

يّا أيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا ادْخُلُوْا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Wahai orang-orang yang beriman!masuklah agama islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu memang musuh kamu yang nyata.”

Golongan-golongan yang mengikut langkah-langkah syaitan ataupun tagut ini adalah golongan yang apabila memegang tampuk pemerintahan lalu mereka ini merosakkan asas-asas kehidupan beragama  dan melemahkan komitmen umat islam.

Bahkan golongan ini tidak boleh ditegur dan dinasihati ,malah mereka ini berterusan melakukan penyimpangan dan kezaliman terhadap umat islam kerana hati mereka ini telah tertutup rapat dengan noda dan dosa perbuatan mereka.

Persoalannya bagaimanakah cara untuk kita menentang golongan yang dikatakan seperti di atas?Antara langkah-langkah ialah perlunya wujud golongan yang bersedia berkorban untuk kepentingan agama dan masyarakat.Sehubungan itu,golongan ini perlu dibantu dan diperkasakan demi kebaikan umat dan negara,kerana mereka ini adalah golongan yang istiqamah berpegang teguh dengan islam yang bersifat syumul dan mereka ini melaksanakan gerak kerja islam dengan penghayatan islam yang menyeluruh.

Gerak kerja ini bertemakan kepada firman ALLAH swt di dalam surah ali-Imran ayat 103:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kalian degan agama ALLAH dan janganlah bercerai-berai  dan ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-mushan,lalu ALLAH mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurniaNYA kamu menjadi bersaudara,sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka,lalu ALLAH menyelamatkan kamu darinya.Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”

ALLA swt mengeaskan tentang keperluan berjihad melawan penderhakaan kepada ALLAH dan kemungkaran serta kezaliman  yang dilakukan oleh golongan Taghut,ALLAH swt mengingatkan kepada kita bahawa tidak mungkin masuk syurg tanpa usaha dan jihad melawan kejahatan dan kebatilan.Kita sebagai amilin perlu besedia menanggung kegetiran hidup dan ujian yang perit dan pedi dalam memperjuangkan islam kerana ALLAH.

ALLAH swt berfirman di dalam sura al-Baqarah ayat 214:


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya -orang terdahulusebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?” Ingatlah,sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat.”

Kesimpulannya penerimaan islam secara “kaffah” dan syumul ini suatu kemestian.Orang-orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan  oleh ALLAH dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh ALLAH mereka ini adalah pengikut syaitan.Kita berdoa kepada ALLAH swt semoga kita terhindar daripada terpengaruh dengan golongan-golongan taghut ini.

Wallahua’lam 

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"KITA PMRAM"

Hasil Nukilan:
Ustaz Muhammad Hafiz Naim Bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM 2012/2013

Khamis, Januari 09, 2014

Kebajikan BKASM : Sumbangan kepada ahli yang mengalami musibah

Rabu 8 Januari 2014-Badan Kebajikan Anak Selangor mesir BKASM diwakili Ustaz Muhamad Hafiz Naim bin Raduan (Ketua Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2012/2013) dengan wakil Badan Pengurus PMRAM 2013 Ustaz Muhammad Salihin Abdullah  kerjasama pejabat HEP Selangor mesir   , telah menziarahi dan memberi sumbangan kepada saudara Mohd Zahed B M.Naser Graduan Universiti Al-azhar, Fakulti Usuluddin.

Mangsa ditimpa musibah dan mangsa tercedera akibat terkena serpihan objek ketika berlaku demonstrasi di Hayyu Asyir, Madinah Nasr.

Sebagai tanda keperihatinan terhadap kebajikan ahli BKASM telah memberi sumbangan kepada mangsa. BKASM mengharapkan kepada semua ahli agar sama-sama kita pertingkatkan keselamatan diri apabila berada di luar rumah dan sama-sama kita patuhi pekeliling keselamatan yang keluarkan oleh PMRAM dan KBMK.

Sekian,

"BERSATU BERKEBAJIKAN"
"KITA PMRAM"

Disediakan oleh :

Ustaz Muhamad Hafiz Naim bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM sesi 2012/2013


Jumaat, Januari 03, 2014

Tinta Jumaat Edisi 33:Formula Kejayaan Umat Islam


"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh ALLAH dengan Islam,maka apabila kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam,nescaya kita akan dihinakan oleh ALLAH."

Jadi kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kejayaan dengan Islam,maka jika kita mencari kejayaan dengan selain Islam,ALLAH akan memberikan kehinaan kepada kita.

Pada saat kita mencari kejayaan dengan pakaian dan penampilan,bukan dengan agama,maka ALLAH akan memberikan kehinaan kepada kita.

Pada saat kita merasa bangga dengan pelbagai kenderaan,kekayaan dan pangkat maka ALLAH akan memberikan kehinaan kepada kita.Kerana kita adalah umat yang telah berikan kejayaan dengan Islam,maka kalau kita mencari kemuliaan dengan selain Islam,ALLAH akan memberi kehinaan kepada kita.

"Sejarah telah membuktikan kepada kita."

Umat Islam tidak berjaya kerana harta yang banyak
Umat Islam tidak berjaya kerana kuasa dan pangkat
Umat Islam tidak berjaya kerana kecanggihan teknologi

Tetapi,
Umat Islam pernah BERJAYA sehingga dapat menawan 2/3 dunia kerana.

"Mereka telah bawa ketaatan yang sempurna pada perintah ALLAH dan RasulNYA dalam kehidupan mereka."

Hakikatnya KEJAYAAN umat Islam adalah dalam AGAMA

Kegagalan umat Islam pada hari ini berlaku kerana mereka membelakangkan agama sehingga ALLAH swt murka dan tidak mahu menurunkan pertolonganNYA kepada kita.

Ayuh!
Ceritakan lagi dan lagi kisah kejayaan Rasulullah SAW & para Sahabat R.A kepada sahabat-sahabat kita dan ceritakan juga mengapa mereka boleh berjaya.InsyaAllah

Mengapa kita tidak merasa bangga!

Wahai para pemuda,adakah kita merasa bangga dengan Islam?

Muhasabah Bersama
Dimanakah KITA??

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"KITA PMRAM"

Hasil Nukilan:
Ustaz Muhammad Farhan Bin Ajiyan
Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM 2012/2013