SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Khamis, Februari 27, 2014

DIREKTORI UNIT BAWAH JABATAN YANG DIPERTUA |BKASM 2014|


Berikut merupakan Direktori Unit bawah Jabatan Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.

"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"

|BKASM 2014|




Khamis, Februari 20, 2014

MAT-38 : Mendidik generasi berfikir

 SABTU, 15 JANUARI 2014- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2012/2013 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 (MAT ’38) yang bertempat di Kompleks Asrama Rumah Selangor,Hayyu ‘Asyir,Kaherah. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini bertemakan ‘Musyawarah Injeksi Wehdah Ummah’. Objektif MAT pada kali ini antaranya ialah memupuk sifat keterbukaan,memberi kritikan dan berlapang dada menerimanya. Selain itu MAT pada tahun ini diadakan juga bertujuan untuk melahirkan pelapis baru BKASM yang amanah dalam membawa pentadbiran generasi akan datang.Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini memberangsangkan.

                Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 bermula seawal jam 8 pagi  dengan alunan bacaan ayat Al –Quran daripada Saudara Abdul Najih dan ucapan daripada Ustaz Muhamad Nazif Shaari selaku Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 3, seterusnya ucapan daripada Ustaz Muhammad Syazwan bin Hamzah selaku Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Selangor, dan telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zainal , Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir.Mesyuarat Agung Tahunan diteruskan dengan pembentangan gerak kerja daripada setiap lajnah dan jabatan.Pembentangan dan perbahasan usul juga telah dibuka dan ahli mesyuarat telah bersetuju dan bersepakat untuk membawa dua usul baru yang perlu dijayakan bersama samada pimpinan BKASM 2014 mahupun ahli iaitu “Kebersamaan dalam memastikan kelangsungan penghantaran mahasiswa ke Mesir” dan “Memperkasa fikrah Islamiah menuju wehdatul amal”.

                Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini membawa sedikit kelainan dengan menggabungkan Majlis Ucaptama Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  sesi 2014 di slot terakhir program.Tema pembawaan BKASM pada kali ini ialah ‘Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan’ dan pembawaan BKASM yang perlu djayakan bersama  pada sesi 2014 ialah:
1.       Keseimbangan Thaqafah dan Akademik Membentuk Generasi Ulul Albab.
2.       Kestabilan Ekonomi Islam Tunjang Keutuhan Organisasi.
3.       Mahasiswa Berintegriti Mendepani Arus Globalisasi.
4.       Pemuda Tarbawi  Cerminan Generasi Azhari.
5.       Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan.

           Alhamdulillah mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis berakhir dengan jamuan. Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh,
 Siti Nur Ain Binti Roslee,
 Timbalan Setiausaha,
 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 (MAT ’38),

 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2012/2013.

Selasa, Februari 18, 2014

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM 2014




"TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN"

"KITA PMRAM"

BKASM 2014

Selasa, Februari 11, 2014

BORANG KAJI SELIDIK AKADEMIK & PENDIDIKAN LAJNAH PENDIDIKAN BKASM

Makluman kepada seluruh ahli PMRAM Cawangan Selangor

Link di bawah adalah Borang Kaji Selidik Akademik & Pendidikan di bawah Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013

Borang kaji selidik ini khas kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Selangor Mesir bertujuan meninjau dan mengkaji tahap pendidikan ahli BKASM dan Mahasiswa Selangor di Mesir.

Borang ini hendaklah di hantar sebelum tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 13 Februari 2014 bagi memudahkan pengurusan.

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"KITA PMRAM"

Sila rujuk link di bawah untuk mengisi borang Kaji Selidik Akademi & Pendidikan Lajnah Pendidikan BKASM

BORANG KAJI SELIDIK AKADEMIK & LAJNAH PENDIDIKAN BKASM


Sabtu, Februari 01, 2014

Kebajikan (TREMCO) sempena IMTIHAN fasa 1



24 Januari 2014– Badan kebajikan Anak Selangor (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor  Mesir  telah menyediakan kemudahan pengangkutan para mahasiswa dan mahasiswi sempena peperiksaan fasa 1 .Tujuan disediakan pengangkutan ini bagi memudahkan dan memeberi keselesaan  perjalanan kepada para mahasiswa/wi  ke tempat peperiksaan. BKASM dengan ini amat menghargai segala jasa baik pihak pejabat HEP Selangor di atas keprihatinan dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor yang berada di bumi anbiya ini.
                 
             Pihak BKASM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Selangor yang memberikan kerjasama yang cukup baik dalam membantu menjayakan usaha ini.


Disediakan Oleh :

(MUHAMAD NAZIF BIN SHAARI )
Ketua Lajnah Sambutan Dan Rehlah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013