SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Sabtu, Mac 22, 2014

Iftor Mahabbah: Wasilah Mengeratkan Ukhuwah.



20 Mac , KAHERAH – Unit Biah Solehah di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Unit Islamic Home di bawah Lajnah Penempatan dan Perumahan telah menganjurkan Iftor Mahabbah iaitu rumah luar berkunjung ke asrama Selangor dan berbuka puasa bersama ahli asrama. Antara tetamu yang hadir adalah daripada KORUS,pelajar perubatan dari Abbasiah,ahli dari ARMA,para mutazawwijin, dan beberapa ahli daripada muhafazah.Tidak dilupakan juga tetamu khas iaitu isteri-isteri pegawai dan eksekutif pejabat serta HEWI angkat  PMRAM Cawangan Selangor.  Aktiviti ini bermula dengan berbuka puasa iaitu ahli menjamah makanan ringan sebelum solat maghrib berjemaah di Musolla Asrama Haiyu ‘Asyir.

Seusai solat maghrib,ahli dihidangkan pengisian rohani berbentuk tazkirah khas daripada pimpinan BKASM iaitu Ustazah Nurul Farah Huda Jamani,Timbalan Lajnah Penempatan dan Perumahan. Antara isi tazkirah beliau adalah berkaitan pentingnya kesatuan dalam jemaah dan berkaitan syura sempena muktamar PMRAM yang akan diadakan tidak lama lagi. Selesai tazkirah semua ahli ke rumah masing-masing dan menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.

Antara objektif diadakan Iftor Mahabbah bukanlah semata-mata dengan berbuka puasa bersama-sama, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli dengan lebih mendalam lagi. Selepas menjamu selera,tetamu dan tuan rumah masing-masing bertaaruf dan mengadakan sedikit tazkirah ringkas. Selesai bertaaruf ahli mengerjakan solat isyak dan seterusnya BKASM mengadakan kelas Tafaqquh Fiddin anjuran Unit Thaqafah bawah jabatan Yang DiPertua.

Alhamdulillah Iftor Mahabbah kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKASM dan mudah-mudahan aktiviti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh:
Ustazah Mardhiah Ibrahim
Timbalan Unit Biah Solehah
Lajnah Dakwah & Tarbiah

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014

Kelas Multimedia: Memupuk Kemahiran Ahli

KELAS MULTIMEDIA: MEMUPUK KEMAHIRAN AHLI


19 MAC 2014, RABU – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014  di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP) telah mengadakan Kelas Multimedia untuk semua AJKT dan AJK Promosi setiap Lajnah.  

Antara objektif Kelas Multimedia ini diadakan adalah untuk memudahkan semua AJKT ataupun AJK setiap lajnah untuk membuat sebarang iklan atau maklumat yang menggunakan Adobe Photoshop disamping menambah kemahiran tentang ilmu multimedia dalam diri masing-masing.

            Kelas multimedia ini dilaksanakan di Sutuh Selangor Darul Ehsan tetapi berasingan tempat antara ikhwah dan akhawat.

            Kelas multimedia ikhwah bermula pada jam 7.30 malam. Pengisi ikhwah yang dijemput khas ialah Ustaz Wan Mohd Zaim bin Wan Sapiansori. Kehadiran ikhwah yang hadir adalah seramai 11 orang. Kelas berakhir pada jam 10.00 malam.

            Seterusnya kelas multimedia akhawat pula bermula pada jam 8.30 malam yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan iaitu Ustazah Hanis Madihah binti Meor Hamdan. Pengisi yang dijemput ialah Ustazah Suryatie binti Kamal. Beliau telah mengajar serba sedikit mengenai Adobe Photoshop ,cara penghasilan dan etika untuk membuat iklan,wallpaper dan sebagainya. Seramai 20 orang akhawat yang hadir bagi menjayakan kelas multimedia ini. Kelas ditamatkan pada jam 10.30 malam.

            Dengan kerjasama semua pihak dan terutamanya daripada pengisi yang berpengalaman, kelas ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga kelas ini bermanfaat untuk semua dan ilmu yang diperolehi dapat memudahkan lagi untuk melaksanakan kerja pada masa akan datang.


Timbalan Setiausaha,
Lajnah Penerangan dan Penerbitan,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM),
Sesi 2014



Jumaat, Mac 21, 2014

YAUM AL-THAQAFI : MEMBACA PANDUAN KEHIDUPAN.




15 Mac 2014 , Kaherah – Unit Thaqafah bawah jabatan Yang Di-Pertua BKASM telah menganjurkan satu program sulungnya yang bertempat di musolla Darul Ehsan pada jam 6.30 malam. Program yang dinamakan Yaum Al-Thaqafi ini adalah program yang bertujuan menambah thaqafah ahli melalui ilmu-ilmu kontemporari dan sekitar isu semasa yang berkaitan.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya menjemput ustaz Muhammad  Nadzir Jamaluddin selaku  ketua Unit Thaqafah bagi memberi penerangan dan memperkenalkan Unit Thaqafah  bawah jabatan YDP memandangkan unit ini baru ditubuhkan pada sesi kali ini.
Majlis seterusnya menjemput ustaz Fikry Hakim B. Fadzilullah,YDP BKASM sesi 2014 selaku pembentang kitab dan memberi seluas-luasnya ruang kepada beliau  bagi membentangkan kitab yang bertajuk ‘Membaca Panduan Hidup’.
Pelbagai input bermanfaat dan berguna yang telah disampaikan oleh pembentang antaranya menanamkan kepentingan membaca sebagai satu keperluan bukannya hobi,cara untuk memupuk minat membaca seperti menentukan masa yang terbaik dan mengambilnya dari ulama’,serta bidang ilmu yang perlu dibaca sepertiAl- Quran, Sunnah dan buku-buku sejarah. Majlis bertambah rancak dengan adanya sesi soalan serta ahli berpeluang untuk menjawab sendiri soalan yang dikemukakan kepada  pembentang kitab.Semua ahli memberi komitmen dan respon yang terbaik sepanjang program berlangsung.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ustaz Fikhry Hakim dan mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau menerima jemputan dan memberi perkongsian bersama ahli BKASM yang lain.
Justeru, BKASM amat mengharapkan program-program seperti ini dapat memberi manfaat kepada ahli dan dapat menambah thaqafah ahli sehingga mampu mengkaderkan ahli-ahli sebagai tenaga pengisi untuk program-program yang dianjurkan di bawah BKASM pada masa akan datang.
Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
Yang  menjalankan tugas,

NABIELAH BINTI RAMLAN,
Setiusaha Yaum al-Thaqafi,
Unit Thaqafah,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014.



Isnin, Mac 17, 2014

JAULAH (SMART) MENGERATKAN LAGI UKHWAH ANTARA AHLI DAN PIMPINAN


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 bawah Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan jaulah santai ke Ain Sukhnah pada 11 Mac 2014 bersamaan 13 Jamadilawal bagi siswa dan  12 Mac 2014 bersamaan 14 Jamadilawal 1435H bagi siswi.
Antara objektif yang dibawa pada jaulah Ain Sukhnah kali ini adalah memperkasakan tautan ukhuwah antara ahli selain meneliti kebesaran Illahi dan mengambil ibrah kesan dari berkelana di bumiNya. Di samping itu juga, jaulah kali ini bertujuan untuk menambahkan thaqafah dalam kalangan ahli.
Seramai 43 orang siswa dan 65 orang siswi serta 3 orang barisan musyrif daripada kalangan mutazawwijin dan musyrif BKASM bersama menjayakan jaulah ke Ain Sukhnah ini. Pendaftaran dibuka kepada peserta di maktabah dan seterusnya dibahagikan tempat duduk di dalam bas berdasarkan senarai kumpulan yang telah ditetapkan. Permusafiran ke Ain Sukhnah dimulakan dengan bacaan doa oleh musyrif dan perjalanan mengambil masa 2 jam.
Peserta diberikan sedikit taklimat tentang tentatif program setiibanya di Ain Sukhnah, seterusnya mendengar kalam perasmian daripada Yang Dipertua, Ustaz Fikhry Hakim bin Fadzilullah bagi siswa dan Yang Dipertua II, Ustazah Aina Nadzirah binti Mohd Yunus bagi siswi. Aktiviti diteruskan dengan senamrobik dan sukan pantai yang bertemakan One Family One Unity seperti chicken

dance, semut api, larian berhalangan dan Water Confident untuk siswa. Aktiviti siswi ialah golekan mesra, fill in the blank, panorama (team building) dan aktiviti ITQAN’S TALENT. Sebahagian siswa dan siswi membakar ayam BBQ untuk santapan tengahari buat seluruh peserta jaulah santai Ain Sukhnah. Tepat jam 12.00 tengahari peserta diberi santapan tengahari dan diteruskan dengan aktiviti santai. Para peserta menunaikan solat Jama’ Taqdim Zohor dan Asar.


Program diteruskan dengan ucapan penutupan dan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan. Tepat jam 5.00 petang peserta jaulah santai Ain Sukhnah memulakan perjalanan pulang ke Kaherah dan selamat tiba di Kaherah tepat jam 8.00 malam.
Pihak pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh siswa dan siswi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang menyertai jaulah santai ke Ain Sukhnah atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan jaulah tahunan kali ini.Semoga objektif untuk merapatkan ukhuwah antara kita tercapai dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah.     

Khamis, Mac 06, 2014

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR PMRAM CAWANGAN SELANGOR 2014

Berikut merupakan Struktur Organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir PMRAM Cawangan Selangor
2014.


"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"

"KITA PMRAM"



Rabu, Mac 05, 2014

DIREKTORI LEMBAGA PENASIHAT BKASM 2014



Berikut merupakan Direktori Lembaga Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014.

"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"



Isnin, Mac 03, 2014

Ucapan Tahniah Kepada Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim di atas beberapa tindakan bijak dan cemerlang dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Negeri Selangor.

Antara tindakan cemerlang kerajaan negeri berbentuk  penyelesaian  berkaitan isu industri air di Selangor yang telah menjadi bualan pelbagai pihak dan ia sekaligus telah mengembalikan dan menjamin hak rakyat Selangor.

Perjanjian persefahaman  yang melibatkan tujuh projek usahasama juga telah dimeterai antara agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor di Kediaman Rasmi MB Kelantan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kerajaan negeri begitu optimis dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti negeri masing-masing. Antara 7 projek usahasama tersebut termasuklah halal hub, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam Ar-Rahn, pembangunan rangkaian fiber dan mewujudkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.

BKASM sentiasa mengalukan-alukan sebarang usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terpelihara. Semoga usaha ini beroleh kejayaan dan mendapat ganjaran baik di sisi Allah taala.

“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Fikhry Hakim bin Fadzilullah
Yang DiPertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2014