SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Ogos 29, 2014

Tinta Jumaat Kali ke 23

Khamis, Ogos 28, 2014

Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor Ditubuhkan Untuk Perjuangkan Hak Pelajar



     Rentetan daripada masalah sistem pembayaran zakat dermasiswa yang dihadapi oleh sebahagian pelajar pengajian Islam Selangor di Mesir,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah  mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor.Penubuhan jawatankuasa khas itu  telah dilancarkan oleh Ustaz Fikhry Hakim Bin Fadzilullah selaku Yang Di Pertua BKASM sesi 2014  dalam program Yaum At Thaqafi anjuran Unit Thaqafah pada 25 Ogos 2014 yang lepas. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ust Ahmad Bin Jaafar dan timbalannya iaitu Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail.

       Beberapa gerak kerja awal di pihak Jawatankuasa khas telah dilaksanakan, antaranya usaha  pengumpulan data maklumat  dan aduan berkaitan para pelajar yang mempunyai masalah pembayaran zakat dermasiswa.Di samping itu pengerusi jawatankuasa khas yang kini berada di Malaysia juga telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir iaitu Ust Mohd Farid Bin Mohd Zainal dan mantan Pegawai HEP Selangor Mesir iaitu Ust Mohd Faryzan Bin Subkhi bagi mengutarakan masalah dan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini.

       Perancangan dan langkah-langkah telah disusun dan akan digerakkan oleh pihak jawatankuasa khas pada masa akan datang demi memastikan hak pelajar Selangor terbela.BKASM mengharapkan agar seluruh ahli dapat bersama berganding tenaga membantu pihak jawatankuasa dalam memperjuangkan isu ini untuk kepentingan bersama.Di sini dilampirkan senarai  ahli Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor:

Pengerusi: Ust Ahmad Bin Jaafar
Timbalan Pengerusi: Ustazah  Siti Aisyah Binti Ismail
Setiausaha: Ustazah Norul Syamimi Binti Misroni

Tenaga  Penggerak:
Ust Fikhry Hakim Bin Fadzilullah
Ust Abdul Mun’im Bin Abd Sukor
Ust Mohd Nadzir Bin Jamaluddin
Ust Mohd Nazim Bin Bahnan
Ustazah Rozana Binti Masnan
Ustazah Siti Hawa Husna Binti Rosman



Disediakan Oleh:
Setiausaha Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014

Sabtu, Ogos 16, 2014

TINTA JUMAAT KALI KE 22


Jumaat, Ogos 08, 2014

TINTA JUMAAT KALI KE 21


Selasa, Ogos 05, 2014

KENYATAAN RASMI: BKASM SOKONG TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR





KENYATAAN RASMI: BKASM SOKONG TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR

Baru-baru ini negeri Selangor digemparkan dengan cadangan  menukar jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang disandang oleh  Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim sehingga mencetuskan kemelut yang kurang menyenangkan dalam kalangan rakyat Selangor.

Maka Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) selaku badan rasmi yang mewakili suara anak Selangor di Mesir terpanggil untuk menyatakan pendirian dengan menyokong penuh  kedudukan  Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim  selaku Menteri Besar negeri Selangor yang bertuah ini.

Pastinya dengan pelbagai hasil mahsul ekonomi untuk kebajikan  rakyat Selangor  dan rekod urustadbir negeri  yang sangat cemerlang selama dua penggal ini, dibuktikan dengan peningkatan sokongan rakyat kepada kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 yang lepas, rakyat Selangor sendiri telah menyaksikan kredibiliti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam memikul amanah sebagai menteri besar. Mungkin kedapatan beberapa kelemahan yang berlaku tetapi ia masih boleh diuruskan dengan saluran yang sebaiknya  tanpa perlu menukar  kepimpinan yang bersifat tergesa-gesa.

Allah swt  berfirman dalam Surah Saad ayat 26:



Maksudnya:

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu”.

 Berdasarkan firman Allah swt tersebut  BKASM melihat bahawa kepimpinan  adalah satu amanah yang amat besar tanpa didasari oleh nafsu yang tamakkan pangkat dan jawatan. Justeru, masyarakat haruslah menyedari bahawa polemik isu MB Selangor yang timbul ini tidak hanya berkaitan dengan survival agenda sesebuah parti politik akan tetapi ia melibatkan kepercayaan,kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor. Ini kerana Islam mengajar kepentingan umum hendaklah sentiasa diutamakan berbanding kepentingan peribadi atau pihak tertentu.Seperti yang disebut di dalam kaedah fiqh muwazanat:

تقدم المصلحة العامة على المصلحة الخاصة

“Diutamakan kepentingan umum berbandingan kepentingan tertentu”

Alasan yang dikemukan bagi menukar kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga dilihat meragukan oleh BKASM sedangkan rekod pentadbiran beliau yang bersih tanpa terlibat dengan isu penyalahgunaan kuasa. Seharusnya dalam polemik ini,pandangan daripada rakyat Selangor perlu dijadikan rujukan utama.

Justeru itu, BKASM mengharapkan  agar polemik ini dapat ditangani secepat mungkin dengan terus memberi ruang kepada menteri besar yang sedia ada bagi melaksanakan tanggungjawab beliau sekali gus tidak mengabaikan kepentingan rakyat supaya setiap agenda yang telah dirancang oleh kerajaan negeri dapat dijayakan dengan berkesan.


“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”

Fikhry Hakim Bin Fadzilullah
Yang Di Pertua
Badan Kebajikan Anak Selangor 2014