Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

Imej
Mahkamah akan bersidang pada 24 Januari ini bagi membincangkan hukuman yang bakal dikenakan pada si pembela diri, saudara Zulkifli kerana mempertahankan diri beliau dan keluarga daripada ancaman perompak. Adakah ia salah? Dari sudut pandangan Islam, pencuri yang telah disabitkan kesalahan, wajib dilaksanakan hukuman memotong tangan seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat ke-38. Akan tetapi apabila dilihat pada realiti hari ini, pelaksanaan tersebut menjadi sebaliknya apabila si pembela mempertahankan diri daripada perompak, si pembela dikenakan tindakan undang-undang. Jika ditakdirkan, seseorang mampu menyekat perompak dengan melawan dan didapati tidak ada jalan lain, melainkan dengan membunuhnya maka membunuh perompak pada waktu tersebut adalah harus di sisi syariat. Selain itu juga, Islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak seperti mana hadis dibawah : من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه

G25 - PATUHI SYARIAT HIDUP TERPELIHARA - Tinta Jumaat Siri 7

Imej
Mutakhir ini, semakin banyak isu umat dan masyarakat Islam yang semakin parah dan kian meruncing yang diperdengarkan kepada kita saban hari. Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan sebuah kumpulan yang dinamakan sebagai G25 agar menggesa tindakan hukuman khalwat terhadap orang Islam dimansuhkan. Hal ini jelas bertentangan dan membelakangkan hak Allah yang agung. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: “ Celupan Allah. Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah. Dan hanya kepadaNya kami menyembah “ ( Al-Baqarah : 138 ) Ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan hukum-hakam di dalam Islam adalah yang terbaik. Kalam Allah mengatasi segala-galanya. Malah, ia lebih tinggi tarafnya daripada apa yang termaktub dalam mana-mana perlembagaan sesebuah institusi mahupun negara sekalipun. Antara perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan G25 ini adalah tidak mengganggu hak kebebasan seseorang. Tegas mereka lagi,  perbuatan khalwat di tempat peribadi merupakan kesalahan yan

HAYATI SIRAH RASULULLAH - Tinta Jumaat Siri 6

Imej
Bismillahi walhamdulillah, Setinggi-setinggi kita merafakkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, dengan limpah kurnia dan inayahNya, kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan lagi kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini dan menjadi ummat Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah Taala: “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,” . (Surah Al-Ahzab :21 ) Rasulullah S.A.W adalah utusan yang terakhir dan penutup bagi sekalian Nabi-Nabi ( Khatimul Anbiaya’). Keperibadian baginda S.A.W cukup sempurna meliputi segala aspek kehidupan. Nabi S.A.W adalah seorang ketua keluarga yang terbaik, seorang pemimpin yang adil, seorang pentadbir yang terulung, seorang daie yang paling berjaya dalam dakwahnya, dan kesemuanya itu dilandasi dengan keagungan akhlak baginda S.A.W. Firman Allah S.W.T :  “ Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia.” (Surah Al-Qalam :4) Keperibadian baginda juga merupakan petunjuk yang jelas dan muda

Makluman : Tarikh Muzakarah Berkelompok Amali Peringkat BKASM sesi 2015/2016

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan syakhsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 4 Disember 2015. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba. BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "

ISU SEMASA : SYRIA; ANTARA KONFLIK DAN MAINAN POLITIK

Imej
Dua isu besar yang sedang melanda bumi Syria ini sangat memedihkan hati. Konflik yang tercetus dan belum berkesudahan ini terus memangsakan bumi Syria dan rakyatnya untuk menjadi sasaran pihak tertentu. Dilaporkan lebih 19,000 kanak-kanak Syria terbunuh semenjak Mac 2011 seperti yang dilaporkan oleh kumpulan hak asasi manusia. Tambah mengejutkan,92% dari bilangan kanak-kanak tersebut dibunuh oleh rejim negara itu dan seramai 12,000 diberitakan gagal dikesan. Pertubuhan Jaringan Hak Asasi Manusia Syria melaporkan sejumlah 18,858 kanak-kanak dibunuh oleh rejim tentera Al-Assad. Mangsa pembunuhan adalah termasuk 582 kanak-kanak yang ditembak menggunakan sniper dan 101 bilangan kanak-kanak dilaporkan terbunuh kerana penyeksaan dalam tahanan. Laporan itu juga menyebutkan bilangan kanak-kanak yang ditahan di bawah rejim Al-Assad adalah seramai 10,413 orang. Kanak-kanak Syria yang menjadi mangsa kekejaman di seluruh Syria adalah 7% dari keseluruhan bilangan rakyat Syria. Jumlah

HAKIKAT SEORANG DAIE - RISALAH DAKWAH SIRI PERTAMA

Imej
Dakwah adalah tugas yang sangat mulia kerana merupakan tugas para Nabi dan Rasul. Amalan ini sangat penting untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apakah Kelengkapan Para Daie? Seorang Daie sekurang-kurangnya mestilah melengkapkan dirinya dengan perkara-perkara berikut: Pertama:  Kefahaman Yang Terperinci Seorang Daie wajib mempunyai kefahaman yang terperinci dan menyeluruh kepada tajuk dakwah iaitu Islam. Ulama meletakkan satu kaedah yang sangat menarik: “Seseorang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain.” Kedua:  Keimanan Yang Mendalam Seorang Daie mestilah meyakini bahawa Islam yang diserunya adalah petunjuk Allah yang benar yang tidak ada selain daripadanya. Dia mestilah meyakini bahawa Islamlah satu-satunya agama yang boleh menyelamat dan menyelesaikan segala masalah yang berlaku. Ketiga:  Hubungan Yang Erat Seorang Daie mestilah mempunyai hubungan yang erat dengan Allah S.W.T. kerana Dia-lah sahaja tempat bergantung dan me

Pengumuman : Penangguhan Program di Peringkat BKASM

Imej
Sesi pengajian fasa pertama bagi sesi 2015/2016 kini semakin rancak dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sehubungan itu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 15 Safar 1437 bersamaan 27 November 2015 sebagai tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan semangat kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, BKASM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran. peringkat BKASM juga mendoakan agar semua mahasiswa/wi meraih kejayaan dalam peperiksaan seterusnya berbakti kepada ummah. "Ilmuwan Berkualiti Mencurah Bakti" "Me

LGBT MENYANGGAH FITRAH MANUSIA - Tinta Jumaat Siri 3

Imej
  Allah berfirman di dalam Al-Quran:  “ Sungguh kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas “ ( Al A’raf: 81 ) Ayat ini menunjukkan bahawasanya Allah S.W.T. mengutuk hambaNYA yang berkelakuan songsang iaitu melakukan hubungan sejenis. Ini menunjukkan bahawasanya Islam amat mementingkan tingkah laku umatnya agar sentiasa mengikut syarak dan tidak lari dari fitrah kita sebagai manusia. L esbian, Gay, Biseksual, dan Transgender   atau akronimnya sebagai LGBT, ia juga dianggap sebagai satu penyakit mental, kerana telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-pasangan sebagaimana telah diciptakan oleh Allah. Lelaki pasangannya adalah perempuan,begitu juga dengan haiwan.Melalui perkara berikut dapat kita simpulkan setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini berpasang-pasangan. Ini adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa . Isu LGBT ini bukanlah

SEGAGAH MUSA SEBIJAK SAFURA

Imej
21 NOVEMBER 2015 –Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Kebajikan dengan kejasama Unit Hisbah BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan satu program yang dinamakan “SEGAGAH MUSA SEBIJAK SAFURA”.  Objektif dilaksanakan program tersebut adalah memberi pendedahan kepada ahli BKASM cara bermuamalat menepati syarak dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan musyrif. Program tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Nazim bin Sahaimi, selaku ketua lajnah kebajikan BKASM sesi 2015/2016. Kemudian diteruskan dengan talkshow “BICARA DARI HATI UNTUK HATI” yang dikendalikan oleh Ustazah Fatin Nadzira Binti Mahadzir, Timbalan Pengarah Kalab Daie.  Antara ahli panelnya adalah Ustaz Meor Muhammad Syazwan Bin Meor Hairudin, Ketua Unit Bait Muslim BKASM sesi 2015/2016, Ustazah Hanis Madihah Binti Meor Hamdan, Fasilitator BKASM sesi 2015/2016 dan Ustaz Muhamad Nazif Bin Shaari, Ketua Unit Hisbah BKASM sesi 2015/2016. Program diteruskan lagi dengan tayangan video pengenalan mu

[ISU ANTARABANGSA] PILIHAN RAYA MYANMAR: MENANTI PERUBAHAN MUSLIM ROHINGYA

Imej
Perjalanan proses pilihan raya umum Myanmar mendapat pelbagai liputan berita antarabangsa berikutan beberapa analisis yang dikira ramai menuju ke arah perubahan negara itu yang lebih demokratik.Sejumlah 30 juta warga Myanmar menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya umum negara itu baru-baru ini. Badan rasmi pilihan raya Myanmar telah mengumumkan,parti pembangkang terbesar di Myanmar,National League for Democracy(NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi kerusi yang ditandingnya di Kawhmu, Yangon dengan meraih 54,676 undi.Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar juga mengumumkan bahawa seramai 61 calon memenangi kerusi Dewan Rakyat yang ditandingi mereka, di mana 56 daripadanya dimenangi NLD.Indikator menunjukkan 80% warga Myanmar keluar mengundi,satu jumlah yang dilihat besar dan menarik dalam senario pilihan raya negara itu. Bagaimanapun, keputusan semasa menunjukkan bahawa parti pembangkang pimpinan Suu Kyi menang besar, mengalahkan parti pemerintah yang disokong tentera,iaitu

DI SEBALIK SAFAR - Tinta Jumaat Siri 2

Imej
                  Alhamdulillah tanpa kita sedari kini sudah berlalunya bulan Muharram. Kita telah pun memasuki bulan Safar.  Bertepatan dengan itu, marilah kita bersama-sama mengingati sirah yang berlaku pada bulan ini. Bulan Safar adalah bulan ke-2 dalam kalendar Islam yang bermaksud kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini kebiasaannya orang-orang Arab akan meninggalkan rumah untuk melaksanakan tugasan penting seperti menyerang musuh, menuntut bela kematian dan berdagang.                   Umum mengetahui telah menjadi kepercayaan sebahagian masyarakat apabila disebut bulan Safar pasti akan ada yang mengaitkan dengan  bulan bencana atau bulan sial. Walaupun pada hakikatnya mitos ini ternyata salah. Hal ini berdasarkan   hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda , “Tiada penyakit menular ( yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu, dan tidak ada bala (bencana) pada

ISU NEGARA : Bajet 2016

Imej
Pada 16 NOVEMBER 2015 yang lalu, telah berlangsungnya undian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2016 selepas kira-kira tiga minggu Ahli-Ahli Parlimen berhempas pulas diberi masa untuk memberi idea, mengkritik, serta membahaskan butiran Bajet Negara bagi tahun 2016. Seramai 128 orang mengundi untuk bersetuju manakala yang menolak adalah seramai 74 orang. Keputusan ini menandakan bahawa butiran bajet ini akan dibacakan buat kali kedua seterusnya akan disahkan melalui parlimen sebagai lambang demokrasi negara. Bajet 2016 kali ini merupakan bajet defisit kali ke-19 berturut-turut sejak tahun 1998. Defisit juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM7 billion daripada RM260 billion kepada RM267.2 billion pada tahun ini. Bajet ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Bagi tahun 2016, kerajaan dijangka akan membelanjakan 80.5% untuk perbelanjaan mengurus dan hanya 19.5% untuk perbelanjaan pembangunan. Jumlah ini adalah tid

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG

Imej
Tanggal 13 November 2015, Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan kejadian tembak menembak, letupan bom serta tawanan tebusan oleh pengganas di bandar Paris, yang mengorbankan kira-kira 129 orang, 325 orang cedera dan 99 orang cedera parah. Serangan ini disasarkan ke tempat umum antaranya di Dewan Konsert Bataclan, Restoran Jepun Rue de Charonne, Restoran Kemboja Petit Cambodge, Boulevard Voltaire dan Restoran Pizza Casa Nostra. Serangan ini juga disasarkan di luar Stadium Nasional Stade de France, lokasi dimana sedang berlangsungnya perlawanan bolasepak antarabangsa antara pasukan kebangsaan Perancis menentang Jerman yang turut dihadiri Presiden Perancis, François Hollande serta kira-kira  80 000 orang penonton.  Serangan ini menyebabkan Presiden Perancis, François Hollande mengisytiharkan perintah darurat serta mengarahkan semua pintu masuk ke negara itu ditutup. Beliau juga mengumumkan agar diadakan sidang parlimen Isnin ini bagi membincangkan isu ini. Belia

BKASM Meraikan Kejayaan Para Graduan dan Mahasiwa Cemerlang

Imej
12 NOVEMBER 2015, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016, dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan. Majlis yang diadakan di Asrama Rumah Selangor ini tidak lain adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada mahasiswa dan  mahasiswi BKASM atas kejayaan yang telah mereka perolehi pada imtihan sesi lepas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menaikkan semangat ahli-ahli BKASM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik. Majlis yang julung-julung kali dijalankan di peringkat BKASM ini disusun berdasarkan dua kategori, iaitu kategori graduan dan juga kategori kecemerlangan.Graduan adalah kategori yang dikhaskan bagi mahasiswa dan mahasiswi yang telah selesai menamatkan pengajian mereka di bumi Mesir ini. Manakala kategori kecemerlangan pula adalah untuk semua ahli BKASM yang mendapat pangkat yang terbaik berdasarkan imtihan pada sesi yang lalu. Ber

PERTEMUAN YDP-YDP BKAN BERSAMA PIHAK MARKAZ BAHASA UNIVERSITI AL-AZHAR

Imej
11 NOVEMBER 2015 - KAHERAH, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bersama Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dan Yang di Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah membuat pertemuan bersama pihak Markaz Bahasa Universiti Al-Azhar bagi mendapatkan penjelasan dan membincangkan perubahan tempoh waktu pembelajaran untuk pelajar peringkat (mutaqaddim awal) dipanjangkan selama tiga bulan berbanding sebulan. Pekara ini telah menimbulkan keresahan di peringkat pelajar dan pihak kami mengambil tindakan segera untuk berjumpa dengan pihak Markaz Bahasa. Justeru itu, kunjungan YDP-YDP Badan Kebajikan Anak Negeri adalah untuk memanjangkan perkara ini serta mengambil keterangan berkaitan dengan perubahan sistem waktu pembelajaran di Markaz Bahasa. Pihak Markaz Bahasa telah memberi respon yang amat baik terhadap perkara ini serta memberi peluang kepada pelajar untuk membuat bantahan terhadap keputusan ini. Pihak Markaz m

ISU ANTARABANGSA - ANALISIS PILIHANRAYA TURKI NOVEMBER 2015

Imej
Pada 1 November 2015 yang lalu, negara Republik Turki telah mengadakan pilihanraya parlimen kali kedua untuk tahun ini.Pilihanraya ini dilaksanakan berikutan keadaan politik yang tidak menentu pasca pilihanraya parlimen Jun 2015 apabila parti kerajaan,AKP tidak mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 276 kerusi,mereka hanya mendapat 258 kerusi (iaitu kurang 13 kerusi bagi membentuk kerajaan). Banyak usaha telah dilaksanakan oleh Presiden AKP yang juga Perdana Menteri,Dr Ahmed Davutoglu bagi mewujudkan kerjasama politik iaitu dengan menggabungkan beberapa parti kecil untuk mencukupkan bilangan majoriti mudah berkenaan.Namun demikian,banyak parti lain tidak mahu bersama menjayakan misi ini sehinggalah Presiden Turki,Recep Tayyip Erdogan memberi cadangan agar dikembalikan semula mandat itu kepada rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan Turki iaitu pilihanraya semula perlu diadakan selepas 5 bulan tarikh pilihanraya yang lalu. Maka hasilnya,pada 1 November lalu,AKP pimpinan

Ucaptama YDP BKASM sesi 2015/2016

Imej
Sabtu, 7 November 2015 – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan majlis Ucaptama Yang Dipertua  di Musolla Darul Ehsan. Program tahunan ini bertujuan untuk pimpinan yang baru membentangkan pembawaan yang akan ditekankan sepanjang sesi ini. Tambahan pula, program ini membuka ruang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan tentang pembawaan yang dibawa selain merapatkan ukhuwah antara ahli. Majlis Ucaptama Yang Dipertua bermula pada 7.30 malam dengan perasmian program Ucaptama Yang Dipertua dan pelancaran usrah daripada penasihat BKASM sesi 2015/2016, Ustaz Salihin bin Abdullah. Seterusnya, majlis diserahkan kepada Ustaz Asraf bin Alias,Yang Dipertua BKASM sesi 2015/2016 bagi mengendalikan slot taaruf Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) sesi 2015/2016, slot ucaptama, dan slot perbahasan dan cadangan. Antara pembawaan yang terkandung di dalam ucaptama adalah:- 1) Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan 2) Ilmuan Berkualiti Mencurah Bakti 3)