Ahad, Januari 25, 2015

RISALAH DAKWAH TERBITAN JANUARI - EXAM SUDAH HABIS

EXAM SUDAH HABIS



ALHAMDULILLAH !!
Selepas hampir sebulan berhempas-pulas belajar dan mengulangkaji, memerah otak dan keringat akhirnya imtihan kita berakhir juga. Bolehlah kita sambung layan movie-movie baru, sambung Runningman, layan balik game, keluarkan balik laptop yang dah kita tahan nafsu selama hampir sebulan semata-mata nak tumpu pada imtihan. Semua kita qadha balik. Kunci pintu. Pasang earphone. PRESS ENTER.
“ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!!”. Software azan terpacul tiba-tiba. ISHH! Tengah best tadi nih!
“EH, DAH AZAN LAH.”, terdetik di hati kita. Serba salah. DO YOU WISH TO CONTINUE ?_
< NO > < YES >

NAH.. Di sinilah kita diuji. Kerana siapa semua solat malam kita? Kenapa kita jaga sungguh-sungguh solat jemaah kita sampai sebulan dalam fatrah imtihan baru-baru ini? Doa tak putus-putus. Siang malam, tengahari. Semata-mata kerana Allah atau untuk imtihan semata?
Firman Allah dalam Al-quran ada menyebut perihal mereka yang apabila Allah uji, mereka kembali memohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh, akan tetapi apabila Allah najahkan mereka, mereka kembali lalai. Antaranya, firman Allah Taala dalam Surah Luqman ayat 32: 

  


Maksudnya : “Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepada-Nya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakannya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji lagi amat tidak mengenang budi” 

Oleh itu, hendaklah kita manfaatkan masa lapang yang kita ada selepas imtihan ini dengan sebaiknya. Bukan semata-mata menghadap laptop dan smartphone sepanjang hari akan tetapi penuhilah masa kita dengan aktiviti yang lebih produktif dan bermanfaat untuk umat. Kita kan Azhari? Kitab yang kita beli itu bila lagi nak dibaca?


Hasil nukilan :
Abdullah Azam Nor Halim


" Pemikiran Wasatiyyah Membentuk Tunjang Ummah "

| Lajnah Dakwah & Tarbiah |
| BKASM Sesi 2014/2015 |

0 comments:

Catat Ulasan