Jumaat, Januari 09, 2015

MAGNET KE NERAKA - Tinta Jumaat Siri ke -6

MAGNET KE NERAKA

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu".. (Surah At-Tahrim Ayat 6)


Empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita :-



























BIL

GOLONGAN

SEBAB-SEBAB


1)

AYAH

- Tidak mempedulikan anak-anak perempuannya
- Membiarkan anak-anak perempuannya bergaul bebas dan pergi ke tempat-tempat yang bercanggah dengan syara’
 - Tidak diberikan didikan agama yang sempurna dan hanya memberi kemewa-
   han dunia sahaja.



2)


SUAMI


- Tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
- Membiarkan isteri bergaul bebas dengn bukan mahram di luar rumah.
- Membiarkan isteri memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.


3)


ABANG

- Tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya dan saudara lelakinya apabila ayahnya meninggal.


4)

ANAK LELAKI


- Seorang anak yang tidak menasihati ibunya bilamana ibunya terang-terang melakukan perkara yang diharamkan dan ditegah oleh syara’.


Peranan dan tanggungjawab golongan lelaki dalam sebuah keluarga amat besar sekali. Disebabkan tidak mainkan peranan yang penting dalam keluarga, maka golongan lelaki ini akan diheret ke neraka sekali bersama wanita tersebut.

وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

“Seorang suami adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawab keatas keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dipertanggungjawab keatas urusan rumah tangga tersebut”

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar,dan beriman kepada Allah”.  (Surah  Ali Imran Ayat 110)

Jesteru itu, wajib keatas kita lebih-lebih lagi seorang pemimpin menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran yang berlaku. Dan wajib juga kita memelihara ahli keluarga dari azab neraka Allah. Moga kita semua dipelihara dan dijauhkan daripada seksaan dan azabnya. Sungguh azab Allah amat perit pedihnya.

“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”

Disediakan Oleh :
Mohamad Badrul Annuar Bin Mahbob
Lajnah Penerangan & Penerbitan
BKASM sesi 2014/2015

0 comments:

Catat Ulasan