Jumaat, Januari 30, 2015

MUSUH ISLAM YANG TIDAK PERNAH REDHA - Tinta Jumaat Siri ke -9

MUSUH ISLAM YANG TIDAK PERNAH REDHA

                Umat Islam pada hari ini mudah terkesan dengan eleman-eleman barat yang cuba merosakkan sistem umat Islam itu sendiri. Ini dapat dibuktikan apabila banyaknya budaya barat yang sering masuk dalam sistem pentadbiran umat Islam sama ada secara terang-terangan mahupun secara halus. Umat Islam sudah mengetahui agenda kotor barat ini sejak sekian lama tapi mengapa kita masih terus terjerumus ke dalam perangkap mereka?  
Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al Baqarah ayat 120 :

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
 Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali- kali senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.

Maka, benarlah kalam Allah bahawasanya musuh Islam iaitu yahudi dan nasrani tidak akan aman dengan Islam. Seperti mana yang kita dapat lihat pada akhir zaman ini, banyaknya isu-isu yang sengaja ditayangkan kepada dunia seolah-olah menunjukkan Islam itu agama yang ganas, primitif, dan tidak menerima kemajuan. Bahkan lagi teruk, dunia memandang umat Islam sebagai ektremis dan pengganas.

                Isu yang berlaku di negara Perancis baru-baru ni cukup menunjukkan kita betapa liciknya permainan musuh-musuh Islam. Isu pembunuhan 12 orang termasuk pengarah akbar Charlie Hebdo seolah-olah cuba membangkitkan kembali islamofobia di kalangan penduduk bukan Islam di Perancis dan di dunia. Seluruh dunia termasuk negara haram Israel bangkit mempertahankan mangsa serangan bersenjata tersebut. Nisbah 12 mangsa serangan bersenjata di Perancis adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah mangsa pembunuhan di negara Palestin sejak pencerobohan Israel. 

               Selain itu, musuh-musuh Islam telah berjaya mengasingkan agama Islam dari pemerintahan sesebuah negara Islam. Ini terbukti apabila undang –undang dan syariat Islam semakin dilupakan. Al-Quran hanya menjadi bahan bacaan tanpa penghayatan. Syariat Islam hanya digunakan di sesetengah hal kehidupan sahaja. Undang-undang barat ditinggikan dan sunnah-sunnah nabi ditinggalkan kerana dikatakan aneh dan tidak rasional. Ini adalah gambaran keadaan umat akhir zaman yang Nabi Muhammad katakan dalam hadis yang sering kita dengar.

قال رسول الله : ﺑَﺪَﺃَ ﺍﻟْﺈِﺳْﻠَﺎﻡُ ﻏَﺮِﻳﺒًﺎ ﻭَﺳَﻴَﻌُﻮﺩُ ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺪَﺃَ ﻏَﺮِﻳﺒًﺎ ﻓَﻄُﻮﺑَﻰ ﻟِﻠْﻐُﺮَﺑَﺎﺀِ
Nabi bersabda: Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.

              Jelaslah betapa banyaknya fitnah pada akhir zaman ini. Isu-isu ditimbulkan untuk menguji tahap persaudaraan kita. Umat Islam seakan hanya mampu melihat saudara mereka ditindas tanpa cuba membantu menyelesaikan masalah mereka. Isu yang dimainkan Yahudi dan Nasrani serta organisasi yang menyokong mereka akan cuba sedaya upaya mengaburi minda umat Islam dengan isu-isu seolah kesalahan itu akhirnya terletak kepada Islam. Natijahnya, orang Islam berperang sesama sendiri disebabkan fitnah yang dicipta oleh mereka

            Kesimpulannya, umat Islam haruslah kembali berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah di samping bergerak dalam satu kesatuan Islam supaya dapat mengembalikan keagungan Islam itu sendiri dengan tertegaknya Khilafah Islamiyah yang telah lama jatuh sejak 3 mac 1924.



" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "

Disediakan oleh:
Ustaz Mohd Azrollnaim bin Rashid 
Ketua Lajnah Kesenian & Sukan
BKASM sesi 2014/2015

0 comments:

Catat Ulasan