RISALAH ILMIAH SIRI KETIGA - IBADAH DALAM DARURAT
Islam adalah satu-satunya agama yang mudah. Mudah dalam erti kata ada kelonggaran dan tolak ansur dalam mengamal dan menunaikan ibadah di dalamnya. Umpamanya dalam perkara bersuci dan pilihan untuk menggunakan selain daripada air ketika ketiadaannya. Demikian juga sembahyang dan puasa, ada kelonggaran cara melaksanakan kedua-duanya.
Ini ditegaskan
sendiri oleh Allah s.w.t di dalam ayat (286) surah Al-Baqarah :
لا
يكلف الله نفسا إلا وسعها
Maksudnya : “Allah
s.w.t tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.
Dan ditegaskan lagi di
dalam ayat (185) surah Al-Baqarah :
يريد الله بكم اليسر ولا
يريد بكم العسر
Maksudnya : “Allah
s.w.t menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”.
Rasulullah s.a.w pula
bersabda di dalam hadisnya :
إن الدين يسر ولن يشاد
الدين أحد إلا غلبه
Maksudnya : “Agama
Islam adalah mudah, tidak akan sanggup seseorang mempersusah-susahkan sesuatu amalan melainkan dia pasti kalah”.
Dengan demikian, setiap individu muslim hendaklah beriktikad bahawa tiap-tiap ibadat yang diwajibkan
dalam Islam tidak boleh tidak, mesti ditunaikan dengan berpandukan cara dan
pengajaran dalam ilmu Feqah.
Oleh sebab itulah dosa
dan seksaan ditimpakan ke atas seseorang yang mengingkarinya.
Pengertian ibadat dalam darurat :
Menunaikan dan
melaksanakan sesuatu amal ibadat fardhu
dalam keadaan kesusahan, kekurangan, ketakutan atau keuzuran.
Sebagai contoh, darurat dalam
puasa Ramadan.
-Orang sakit tenat
tidak berupaya puasa dibolehkan berbuka dan wajib menggantinya apabila sembuh nanti.
-Orang yang musafir
sejauh dua marhalah tidak berupaya meneruskan puasa, haruslah dia berbuka dan
wajib menggantinya apabila dia tidak musafir lagi.
-Orang yang terlalu tua dan uzur tidak berupaya puasa dibolehkan berbuka
dan jika meninggal dunia hendaklah dibayar fidyah oleh warisnya.
Oleh yang demikian, dianjurkan kepada kita agar tidak culas dalam
menunaikan ibadat seperti solat, puasa dan lain-lain kerana tujuan kita selaku
hamba Allah dijadikan di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepadaNya. Sekali
kita cuai dan melengah-lengahkan sesuatu ibadat ianya akan terasa semakin lalai
dan mungkin terus meninggalkannya tetapi sebaliknya jika kita menitikberatkannya
maka kita mesti melakukannya.
Firman Allah dalam
surah Az-Zariyat ayat (56) :
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
Maksudnya : “Tidak
aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.
“APLIKASI ILMU
MENYUMBANG INTEGRITI UMMAH”
Disediakan oleh,
Nurul Nazuwa binti
Zazamudin,
Timb. Lajnah
Pendidikan,
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan