BKASM TURUN KE MUHAFAZAH :JALINAN UKHUWAH TERUS DIERATKAN, KEBAJIKAN TERUS DIBERIKAN.

1 APRIL 2015, Badan Kebajikan Anak Selangor mesir ( BKASM ) sesi 2014/2015 telah mengadakan ziarah mahabbah ke muhafazah. Ziarah mahabbah ini diadakan bertujuan mengeratkan ukhuwah antara pimpinan BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir dengan ahli Selangor yang
berada di Muhafazah. Selain itu, kedatangan pimpinan BKASM ke Muhafazah adalah untuk memperkenalkan BKASM, usul serta pembawaan sesi ini kepada seluruh anak-anak Selangor yang berada di luar Kaherah sekaligus mengambil cadangan dan masalah yang dihadapi ahli BKASM yang berada di muhafazah.

Muhafazah yang telah dikunjungi oleh pimpinan BKASM dan Ustaz Muhammad Farid bin Muhammad Zainal,Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir ialah Mansurah. Perjalanan dari Kaherah ke Mansurah yang mengambil masa sekitar 3 jam amat berbaloi pihak BKASM rasai setelah singgah sebentar di 2 buah rumah ahli Selangor di Mansurah sebelum bergerak menuju ke tempat program Dewan Ibnu Sina.

Program rasmi di dewan bermula sekitar setengah jam selepas asar bersama pelajar Selangor di Mansurah. Majlis dimulakan dengan kalam pembukaan dari Dr Asyraf bin Zubir Al-Bakri selaku Pengerusi Perubatan cawangan Mansurah(PCM) dan diteruskan dengan slot bersama Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari, Yang Dipertua BKASM sesi 2014/2015 bersama Ustaz Muhammad Farid Bin Muhammad Zainal, Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir. Sebelum program berakhir, slot perlantikan mandub dan mandubah Selangor telah diadakan, penyerahan surat kepada Dr Ridhwan Rashid dan Dr Fatimah binti Zahren sebagai simbolik perlantikan wakil rasmi BKASM di Mansurah.

Turut bersama menjayakan ziarah mahabbah ini, En Shamsul Andri, Pegawai Kewangan dan Ustaz Yazid bin Ahmad, pembantu pegawai dan Puan Noorziana binti Mohammad, isteri Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir. Pihak BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perubatan cawangan Mansurah (PCM) di atas kesudian menjadi tuan rumah sepanjang kunjungan pimpinan BKASM dan Pegawai Atase di sana. Tidak dilupakan juga sahabat-sahabat di Mansurah yang sudi menerima kehadiran pihak BKASM dan Pegawai Atase di rumah sebelum bergerak ke tempat program. Juga kepada semua pelajar Selangor yang turut sama menjayakan program ini.

Semoga dengan kehadiran pihak BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir di Mansurah dapat meneruskan hubungan baik antara kita sekaligus mampu bekerjasama dalam pelbagai perkara lebih-lebih dari sudut kebajikan dan akademik pelajar Selangor.

Disediakan oleh,
NURUL AIN BT RAHMAT
Timbalan Setiusaha Agung II,
BKASM sesi 2014/2015

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]