JANGAN MINTA HIDUP YANG MUDAH, MINTALAH HATI YANG TABAH! - Tinta Jumaat Siri Ke-22

Firman Allah SWT: 
“ Manusia tidak jemu memohon kebaikan & jika ditimpa malapetaka,mereka berputus asa dan
hilang harapannya” (Surah Fussilat : 49)
 
Firman Allah SWT:

“ Dan apabila kami berikan nikmat kepada manusia,dia berpaling dan menjauhkan diri(dengan sombong),tetapi apabila ditimpa malapetaka, dia banyak berdoa” 
(Surah Fussilat : 51)

     Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan sifat manusia itu mudah lupa diri.Fitrah manusia itu tidak berasa bosan dan jemu dalam meminta mahupun memohon kebaikan daripada Al- Khaliq untuk dirinya.Apabila Allah memberikan nikmatNya kepada hambaNya, maka manusia itu dengan sombong berpaling dari perintah Allah, takbur. malah lebih daripada itu. Ada yang merasakan setiap nikmat yang datang untuk dirinya adalah hasil daripada usahanya sendiri. Nauzubillah!

    Namun, apabila Allah menjentik sedikit hati hamba-hambaNYA dengan menimpakan ujian mahupun musibah, maka amat mudah manusia itu berputus asa dari rahmat Allah.Mereka merasakan bahawa kehidupan mereka tiada makna lagi andai hidup sering diuji, sehingga ada segelintir dari kalangan mereka menimbulkan persoalan dalam diri mereka,”Mengapa aku perlu hidup andai hidup ini sentiasa diuji dengan kesusahan?” “Allah tak perkenankan pun doa aku?” “Mati lagi baik,selesai masalah!”

    Wahai manusia, sedarlah! Allah itu selalu ada untuk hambaNYa, tetapi di mana kita untukNYA? Pernahkah kita terfikir bahawa setiap ujian yang diberi buat kita itu adalah salah satu wasilah dalam menghapus dosa-dosa kecil kita? Bukankah itu yang kita selalu mohon kepadaNY setiap kali selesai solat, diampunkan segala dosa-dosa kita?

    Jangan terlalu mudah meletakkan diri kita selalu berada di atas,kerana hidup ini tidak selamanya indah. Setiap yang diberikan Allah buat kita, dalam keadaan kita tidak suka,yakinlah itu adalah keindahan dalam kehidupan. Analoginya, bagaimana dalam sebuah bekas pensel warna,hanya mempunyai satu warna sahaja? sudah pasti kita merasa bosan dengan menggunakan satu warna sahaja untuk mewarna sekuntum bunga yang mempunyai banyak kelopak.Begitu juga dengan kehidupan,jika hidup tidak diselangi dengan mehnah dan cabaran,bagaimana kita akan tahu kekuatan dan ketabahan diri kita pada tahap yang mana. Jadikan segala ujian yang diberikan Allah kepada kita,membuatkan kita semakin dekat kepadaNya.Yakinlah pada kalamNya: 

“Tidak ada sesuatu musibah menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah,dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"  (Surah At-Taghabun : 11)

    Akhirnya,jauhilah daripada sifat bersangka buruk kepada Allah dan jangan meletakkan diri kita sebagai seorang hamba yang tidak mengenang budi,mengenal Allah dalam keadaan susah dan melupakanNya ketika kita di dalam kesenangan.Sentiasalah meletakkan Allah yang pertama  dalam setiap urusan kita.Ingatlah,hidup tidak selalu seperti yang kita inginkan,kerana segala perkara yang berlaku sama ada baik atau tidak,semuanya telah diatur oleh Allah kepada hambanya. Maka yakinlah, pengakhirannya pasti indah.

“ Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan “

Disediakan oleh :
Nur Hidayah binti Mohd Ariff
Timbalan Ketua Lajnah Sambutan & Rehlah
BKASM Sesi 2014/2015


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]