MEREKA MENYANGKA MEREKA BERIMAN?? - Tinta Jumaat Siri ke - 21
MEREKA MENYANGKA MEREKA BERIMAN??
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد،
Sebahagian manusia menyangka mereka adalah orang yang beriman dengan Allah SWT. Dengan erti kata lain, mereka menyangka mereka berada pada jalan kebenaran. Sedangkan pada hakikatnya, Allah SWT telah menimpakan kepada mereka penyakit hati. Tindakan mereka bukan sahaja mengundang malapetaka buat diri sendiri bahkan buat seluruh masyarakat yang bersama mereka.
1. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka hidup senang bermewah tanpa diuji dengan tentangan musuh-musuh Islam. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 214.
“أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب.”
2. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka seringkali melakukan perpecahan dan merobohkan kesatuan yang sedia ada berlawanan dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 103.
“واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم آياته لعلكم تهتدون”.
3. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka langsung tidak ambil peduli perihal saudara seislam dengan mereka. Sedangkan Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahasanya Nabi SAW telah bersabda:
“مثل المؤمنين في توادهم وتعاطفهم وتراحمهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الأعضاء بالسهر والحمى.”
4. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka mengikut akal dan nafsu serta secara terang-terangan menolak undang-undang ketetapan Allah SWT. Sedangkan Allah SWT telah menegaskan dalam firman-Nya pada surah Al-Jathiyah ayat 18.
“ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها ولا تتبع أهواء الذين لا يعلمون. ”
Siapakah mereka itu? Berwaspadalah wahai manusia! Allah SWT memberi kita akal supaya kita menggunakan akal selari dengan wahyu yang dibawa oleh baginda Rasul SAW. Mohonlah perlindungan dengan Allah SWT agar ditetapkan kaki kita di atas jalan perjuangan ini.
Merekalah yang hidup di atas muka bumi Allah dengan mendakwa mereka berada pada kebenaran. Sedangkan hakikatnya mereka hanya tenggalam di dalam lamunan dan sesat bahkan menyesatkan manusia yang lain. Allah sebaik-baik penjaga kita. Wallahu a’lam.
“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”
Disediakan oleh :
Anas Bin Mohd Bhukhari
Yang Di Pertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan