Rabu, Jun 17, 2015

HEART ’15 : HIMPUNAN RABITAH HATI MUHASABAH SEPARUH PENGGAL



HEART ’15 : HIMPUNAN RABITAH HATI MUHASABAH SEPARUH PENGGAL “Diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah. Pimpinan juga manusia seperti ahli yang tidak lari dari membuat kesilapan..”kalam penutup Yang Di-Pertua BKASM, Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari.

 “BKASM tidak akan mampu bergerak dengan baik tanpa bantuan ahli ibarat sebuah kapal yang lengkap dalamnya 
perlu ada nahkoda dan ahlinya..”kalam penutup Timbalan Yang Di-Pertua II BKASM, Ustazah Siti Nurliana binti 
Zainudin.

15 JUN 2015,KAHERAH: Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 telah melepasi sesi separuh penggal pentadbiran. Bertepatan dengan itu, BKASM telah menganjurkan satu majlis Himpunan Rabitah Hati (HEART ’15). Majlis ini lebih berfokuskan kepada muhasabah dan cadangan antara pimpinan dan ahli untuk memperbaiki gerak kerja pentadbiran sekaligus meribat ukhuwah antara pimpinan dan ahli melalui sikap terbuka dalam menerima kritikan dan berlapang dada menerimanya.

Majlis HEART ’15 ini dijalankan secara berasingan antara ikhwah dan akhawat. Untuk ikhwah bermula dengan jamuan mahabbah dan diteruskan dengan sesi muhasabah dan cadangan di musolla. Dan majlis diakhiri dengan kalam penutup dari Yang Di-Pertua BKASM, Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari. Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir ahli BKASM dan penyampaian hadiah dari unit Islamic Home.


 Manakala di peringkat akhawat bermula dengan solat maghrib berjemaah di sutuh. Majlis diserikan dengan tayangan video dan diteruskan dengan slot muhasabah dan cadangan. Sebelum majlis berakhir, turut diadakan satu slot istimewa bersama penasihat BKASM, Ustazah Siti Aisyah binti Ismail dan Ustazah Ulfatun Nadzirah Tugiman Razaq. Dan, majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dari unit Islami Home dan kalam penutup dari Timbalan yang Di-Pertua II, Ustazah Siti Nurliana binti Zainudin.

Alhamdulillah, majlis HEART’15 berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran ahli baik ikhwah mahupun akhawat amat memberansangkan. Malahan, komitmen dan kerjasama dari ahli dalam memberi muhasabah dan cadangan juga amat baik. Sekaligus, banyak membantu peringkat pimpinan dan juga penggerak dari kalangan ahli dalam memperbaiki gerak kerja lebih bermutu.

Justeru itu, dikesempatan ini BKASM mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan bermula kenaikan kepimpinan baru sesi ini sehingga kini khususnya dan sepanjang 50 tahun penubuhan BKASM yang menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir sehingga kini umumnya. Mari bersama terus mendokong kesatuan ini.


"TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN"

 "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh:

 NURUL AIN BINTI RAHMAT
 Setiausaha HEART ‘15
  BKASM sesi 2014/2015

0 comments:

Catat Ulasan