IJTIMAK DUAT SIRI 2&3 (MUKHAYYAM TARBAWI) KELAB DAIE BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR sesi 2014/2015
Pada 16 dan 17 Jun 2015 , Kelab Daie telah menganjurkan
Ijtimak Duat yang menggabungkan siri 2 & 3 buat julung kalinya pada sesi ini.
Ijtimak kali ini berkonsepkan Mukhayyam Tarbawi bagi mencipta satu kelainan. Program
selama dua hari ini adalah kesinambungan dari Ijtimak Duat siri 1 yang telah diadakan
sebelum ini.
Ijtimak kali ini mengkhususkan lima objektif perlaksanaan.
Pertama adalah mendedahkan keperluan berdakwah secara berkelompok. Kedua adalah
mengasah pemikiran Daie untuk mengaitkan ilmu dan isu serta suasana semasa
sekaligus member ilmu kesenian berdakwah
sebagai persediaan menjadi Daie. Selain itu, menerapkan kefahaman menabur bakti
melalui wasilah BKASM. Objetif yang
terakhir adalah menanam nilai tarbiah dalam diri seorang Daie.
Satu Kelainan yang dibawa oleh pihak penganjur pada
Ijtimak kali ini adalah sistem panggilan ujtuk menghadiri je Ijtimak Duat kali
ini. Para peserta dikehendaki membawa barang yang dipertanggungjawabkan melalui
mentor masing-masing.
Program dibuka dengan aktiviti luar yang menarik iaitu "Project
Runway" yang memberikan
pengalaman baru buat semua peserta. Para peserta dikehendaki melakukan tiga
tugasan iaitu mengisi perut sebagai santapan pagi, "Street Dakwah, dan bukti
barangan hasil aktiviti. Rakaman video dakwah jalanan juga menjadi bahan utama
yang menarik.
Program diteruskan
dengan gerakkerja berkumpulan, GKB 1 iaitu pengucapan awam. Para peserta dikehendaki
melakukan beberapa jenis pengucapan awam mengikut kumpulan. Mereka dibimbing oleh
Dr.Ilman Razak dan Ustazah Hajar Aishah binti Sakdon dalam slot khas yang
menampilkan kaedah pengucapan awam yang betul dan berkesan.
Selain itu, para peserta diberi kesempatan untuk mengimbas
kembali tugasan yang mereka lakukan sebelumnya
melalui slot "REFRESH" yang
dibimbing oleh mentor setiap kumpulan sebagai
medan ulangkaji hasil tugasan sebelum ini.
Program bersambung
pada petangnya dengan GKB 2, iaitu "Kaitan Isu Semasa dengan Fiqh Waqie dan Fiqh Nusus" yang menampilkan Ustaz
Abdul Mun'im bin Sukor. Para perserta diberi tugasan mengikut kumpulan bagi membincangkan
beberapa isu yang berlaku di tanah air dan mengaitkan dengan Fiqh Waqie serta Fiqh Nusus. Beberapa komentar dan pengisian
disebut oleh pengisi sebagai satu ukuran sesuatu isu.
Seterusnya Slot Bersama Mentor diadakan dengan aktiviti tadarus
dan “refresh’” tugasan berkumpulan yang dilakukan pada Ijtimak siri 1 sebelum diteruskan
dengan Slot 1 iaitu Islam dan Organisasi. Pengisi adalah Ustaz HanifulFuad bin
Husin. Beliau menerangkan kepentingan Islam dan organisasi dalam menjalankan misi
dakwah yang bersifat kolektif dan berkesan.
Hari kedua diteruskan dengan aktiviti Qiamullail sebagai satu
aktiviti rohani. Wakil peserta diberi peluang memimpin solatTahajjud, Taubah dan
Hajat serta member tazkirah selepas subuh. Peserta ikhwah dan akhawat dipisahkan
tempat. Ikhwah berada di Musolla Darul Ehsan manakala akhawat di berada di
Sutuh Selangor.
Aktiviti selepas itu adalah bersama Pengarah, Timbalan Pengarah
dan Unit Pengisian melalui aktiviti "REFRESH" untuk mereka mengimbas
kembali pengisian hari pertama. Para peserta diberi pelbagai soalan berbentuk kuiz
bagi menguji ingatan mereka terhadap pengisian yang diberi.
Slot 2 pula tampil
menarik dengan konsep Talkshow: "Cabaran Dakwah Islam dan Serangan Pemikiran"
yang disampaikan oleh Ustaz Shafiq Sahimi bin Jaafar dan Ustaz Muhammad Yahya
bin Shamsul . Antara yang dikupas ialah tuntutan
dakwah dan cara menanganinya. Serangan atau ghuzwah pada hakikatnya ada dua iaitu
serangan bersenjata yang jelas dan terang dan kedua adalah serangan pemikiran yang lebih halus dan beragenda.
Kedua-dua pengisi menjentik pemikiran para peserta dengan
tuntutan ilmu yang sangat diperlukan bagi mematahkan hujah musuh-musuh Islam. Ucapan
penggulungan disertakan dengan tuntutan perlunya ilmu dan kesatuan yang mapan bagi
menghimpunkan kekuatan umat Islam. Serangan pemikiran hendaklah ditangani dengankefahaman
Islam yang syumul.
Aktiviti diteruskan dengan tayangan video mengenai serangan
pemikiran terbitan MANHAL PMRAM dan video yang menggambarkan situasi dunia kapitalis
dan diberi penerangan secara ringkas dan padat oleh wakil mentor, Ustaz Abdul Hakim
Khairuddin.
Ijtimak Duat siri 2 & 3 kali ini diakhiri dengan Slot
"Sejarah BKASM dan Kaitan dengan PMRAM" atau 3G yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Noor Afzan Abd
Wahab. Banyak sejarah yang disingkap semula agar kita tidak lupa pada asal kita. Banyak ujian
dan cabaran sepanjang tempoh keberadaan
BKASM di Mesir. Video sejarah BKASM turut ditayangkan. Pengisi juga menerangkan sejarah
berkenaan PMRAM dan susur galurnya.
Ijtimak Duat diakhiri dengan kalam penutup daripada Pengarah
Kelab Daie, Ustaz Ahmad Lutfi bin Azizi. Harapan beliau agarsegala pengisian sepanjang program ini dapat dimanfaatkan untuk masa akan
datang. Semoga ahli kelab yang menyertai ijtimak Duat sehingga sesi yang
terakhir ini dapat istiqamah dalam melaksanakan dakwah.
DisediakanOleh:
Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Zabar
Setiausaha Kelab Daie
Ulasan
Catat Ulasan