KALAM YANG DI-PERTUA BKASM sesi 2014/2015 SEMPENA 50 TAHUN BKASM


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW serta para keluarga dan sahabat baginda. 

Pada tanggal 25 Jun 2015, maka telah genap 50 tahun penubuhan sebuah badan yang menaungi anak-anak Selangor di Perlembahan Nil ini. Nama yang berdiri gah di bawah naungan bahtera besar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ini secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1965. Berkat kesatuan dan dokongan seluruh ahlinya, maka nama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) kekal terpahat dalam sejarah anak-anak Selangor sehingga kini.

Pelbagai sejarah dan tribulasi telah mematangkan kesatuan ini. Ianya kekal sebagai satu sejarah yang akan diwarisi generasi zaman berzaman. Maka beruntunglah bgi mereka yang pernah mendokongi kesatuan ini dan amatlah malang bagi mereka yang sebaliknya. 

Namun perkiraan umur bukanlah menjadi kayu ukur dalam menentukan hala tuju dan kejayaan sesuatu perkara. Ianya dijadikan sebagai pedoman dan ibrah bagi mereka yang merupakan penerus rantai perjuangan ini di masa hadapan kelak. 

Selaku Yang Di-Pertua BKASM sesi 2014/2014, saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli mngucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan penghargaan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sempena sambutan jubli emas ini. 

Jutaan doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar kesatuan ini terus berkekalan dan berkhidmat menabur bakti buat warga selangor di perlembahan Nil khususnya dan Malaysia amnya. Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga.

" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "

Anas Bin Mohd Bhukhari Yang Di-Pertua,
BKASM sesi 2014/2015.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]