Selasa, Jun 23, 2015

KURSUS TEKNIKAL (ASAS AUDIO & VISUAL)


Pada 20 Jun 2015 bersamaan hari Sabtu yang lepas, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Penerangan dan Penerbitan telah menganjurkan program Kursus Teknikal (Asas Audio dan Visual) aktiviti di bawah Kelab LPP. Kursus ini telah dilaksanakan terbuka kepada seluruh ahli BKASM dan khusus kepada semua Unit Promosi dan Penerbitan setiap Lajnah. Kursus ini telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Asrama Selangor, Hayyu Asyir.

 Kursus ini dilaksanakan bertujuan memberi ilmu baru seterusnya dapat melatih mahasiswa/wi khususnya pelajar baru dalam menyelenggara alatan teknikal sama ada audio mahupun visual disamping mengasah bakat terpendam dalam kalangan mahasiswa/wi sekaligus melahirkan pelapis baru bagi peringkat PMRAM pusat dan cawangan. Aktiviti ini telah disertai oleh 9 orang mahasiswa dan seramai 26 orang mahasiswi. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Waliuddin Bin Analis (Timbalan Pengarah PMC 1) dan dibantu oleh Ustaz Fadhlillah Bin Ma’ruf.

 Kursus teknikal ini bermula seawal 8 pagi dan berakhir tepat jam 12 tengah hari.Tambahan pula, peserta telah diberi pendedahan awal mengenai asas-asas teknikal audio dan visual. Pada awalnya pengisi menerangkan secara teori dan disusuli dengan praktikal untuk audio dan diteruskan dengan visual.

 Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik terutamanya dalam kalangan mahasiswa/wi baru. Kursus ini berakhir dengan kalam pengarah program dan penyampaian cenderahati kepada pengisi.Semoga dengan adanya kursus ini dapat menambahkan jentera penggerak BKASM pada masa hadapan dan semoga para pesarta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari.

“Together Through Multimedia”
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”

Setiausaha Lajnah Penerangan dan Penerbitan

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015


0 comments:

Catat Ulasan