ISU ZAKAT - PERTEMUAN WAKIL AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK ZAKAT BERSAMA IBU BAPA
4 Julai - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam : Berhubung
permasalahan zakat yang berlaku, maka satu pertemuan yang dirancang
oleh Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat bersama ibu bapa pelajar bagi
memberi sedikit pendedahan dan penerangan berkaitan permasalahan zakat
yang berlaku dikalangan pelajar di Mesir. Hasil daripada perbincangan,
beberapa solusi dan kata sepakat berjaya disepakati antara ibu bapa
bersama wakil Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat.
Moga dengan adanya kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat
wakil kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bersama ibu
bapa pelajar dapat membuahkan hasil yang mengembirakan bagi pelajar yang
menuntut di Bumi Kinanah ini. Moga Allah membalas jasa baik kalian yang
membantu secara langsung dan tidak langsung.
" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan
Disediakan Oleh :
Setiausaha Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat
Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir
Tiada ulasan:
Catat Komen