Pengorbanan Manifestasi Kesyukuran :SAMBUTAN EIDHUL ADHA (SAEIDHA’15) BKASM sesi 2014/2015


SAMBUTAN EIDHUL ADHA (SAEIDHA’15)
Sempena Hari Raya Aidil Adha kali ini, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program yang dinamakan Sambutan Eidhul Adha (SAEIDHA’15). Program yang saban tahun diadakan ini membawakan tema “Pengorbanan Manifestasi Kesyukuran” SAEIDHA’15 kali ini berlangsung selama empat hari bermula 23 September sehingga 26 September 2015.
SAEIDHA’15 pada kali ini juga telah meletakkan dua objektif utama untuk dicapai, yang pertama untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM melalui program yang diadakan dan yang kedua ialah untuk menambah thaqafah ahli melalui pengisian yang dijalankan.
Bagi memastikan objektif yang disasarkan tercapai, maka pihak pelaksana SAEIDHA’15 telah merangka pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah : 1) Iftor Mahabbah 2) Slot “Tanyalah Ustaz” 3) Pembentangan Kertas Kerja Fiqh Haji 4) Praktikal Haji 5) Aktiviti Korban Dan Melapah Segala aktiviti pada SAEIDHA’15 kali ini telah berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh ahli.
Untuk akhirnya, pihak SAEIDHA’15 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BKASM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mejayakan SAEIDHA’15 pada kali ini. Mudah-mudahan dengan program ini, kita dapat menghayati makna pengorbanan yang sebenar sebagaimana sirah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.
“Pengorbanan Manifestasi Kesyukuran” “Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan” Disediakan oleh : Muhammad Ridzuan Bin Zaibidi Setiausaha, Sambutan Eidhul Adha ’15 (SAEIDHA’15) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]