SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Mei 29, 2015

MEMAHAMI ISLAM GAYA PARA SAHABAT RADIYALLAHU ANHUM - Tinta Jumaat Siri Ke-23


Islam yang telah sampai kepada kita hari ini adalah hasil dari berkat titik peluh usaha pendakwah terdahulu yang sanggup berkorban meninggalkan tanah air untuk menyampaikan Islam. Usaha dahsyat dari para mujahidin dan pendakwah terdahulu dalam membawa Islam sehingga 2/3 bumi ini menerima naungan agama tauhid ini. Lalu timbul persoalan apakah rahsia semua ini?? Mungkin satu sudut yang kita boleh nilaikan ialah kerana mereka memahami Islam dengan sebenar-benar kefahaman.

Benarlah kata ulama, Islam yang sampai kepada kita hari ini ibarat sebatang sungai yang sedang mengalir. Semakin jauh dari hulunya, semakin kotor dan berkeladaklah ia. Kita ini sperti di hilir sungai yang telah jauh meninggalkan generasi rabbani dan salafus soleh. Ditambah lagi dengan keterbukaan media dan gejala fitnah zaman kini yang maha dahsyat,kita telah tenggelam dengan pelbagai masalah yang makin menjauhkan kita dengan kefahaman Islam yang sebenar.

Faham Islam yang disematkan dalam diri para sahabat R.A oleh Rasulullah SAW bahawa agama ini bukan semata-mata milik diri sendiri tetapi ia perlu disebar dan disampaikan kepada dunia lain. Sebab itulah kita lihat, selepas kewafatan Rasulullah SAW, ramai para sahabat berpindah keluar dari Madinah untuk membebaskan tempat-tempat lain daripada pengaruh syirik yang dikenali dalam sejarah Islam sebagai “Futuhat” seperti Basrah, Syam, Kufah, Mesir dan lain-lain. Kalau diikutkan emosi,pasti saja mereka tidak ingin keluar dari Madinah kerana di situlah memori indah mereka dirakam bersama Rasulullah SAW dan terus kekal di sana sehingga akhir hayat.. Contoh jelas yang kita boleh lihat ialah seperti yang berlaku kepada Bilal Bin Rabah, Abu Ubaidah Al Jarrah dan ramai lagi.

Para sahabat didikan  Rasulullah SAW juga amat memahami keutamaan atau priority semasa. Ini kerana  mereka amat faqih dalam memahami nas-nas yang bersifat qathie dan zanni seterusnya mengeluarkan ijtihad-ijtihad yang hebat. Mereka tidak tenggelam dalam kancah perdebatan perkara furu’ dan fokus kepada menjaga maslahah umum. Jika kita merujuk buku “ Nazhoriyyat Fi Fiqh Umar” dan “ Al Khulafa Ar Rasyidun Bainal Ijtihad Wal Istikhlaf” sebagai contoh, kita akan mendapati banyak fakta kes yang melihatkan kebijaksanaan para khulafa rasyidin dan sahabat menentukan priority semasa.

Sebagai contoh yang lain, ketika era zaman fitnah pembunuhan khalifah Saidina Uthman Bin Affan RA, Ibnu Abbas telah diarahkan oleh khalifah ketika itu iaitu Saidina Uthman sendiri untuk mengetuai rombongan haji dari Madinah ke Mekah. Ibnu Abbas tetap berkeras untuk mempertahankan khalifah daripada serangan puak pemberontak dan mengeluarkan satu kenyataan yang amat mengujakan:

” دعني أكن معك يا أمير المؤمنين. فان الجهاد لقتال هؤلاء الخوارج احب الي من الحج ”
Biarkan aku bersama kamu wahai khalifah. Sesungguhnya berjihad melawan puak Khawarij itu lebih aku sukai daripada melaksanakan haji.

Akhirnya Ibnu Abbas terpaksa taat dengan arahan khalifah untuk mengetuai rombongan haji ke Mekah daripada menetap di Madinah untuk mempertahankan khalifah. Maka peristiwa itu pun terus berlaku dengan kematian Saidinba Uthman Bin Affan RA

Kefahaman yang jitu inilah menjadikan Islam mampu tersebar ke seluruh pelusuk dunia, dalam masa yang sama umat Islam itu kuat dan berpengaruh. Para sahabat kenal benar apakah perkara yang perlu dilaksanakan demi menjadikan Islam tetap teguh ditempatnya.


“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”



Disediakan oleh :
Fikhry Hakim bin Fadzilullah
Penasihat
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015


Jumaat, Mei 22, 2015

JANGAN MINTA HIDUP YANG MUDAH, MINTALAH HATI YANG TABAH! - Tinta Jumaat Siri Ke-22

Firman Allah SWT: 
“ Manusia tidak jemu memohon kebaikan & jika ditimpa malapetaka,mereka berputus asa dan
hilang harapannya” (Surah Fussilat : 49)
 
Firman Allah SWT:

“ Dan apabila kami berikan nikmat kepada manusia,dia berpaling dan menjauhkan diri(dengan sombong),tetapi apabila ditimpa malapetaka, dia banyak berdoa” 
(Surah Fussilat : 51)

     Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan sifat manusia itu mudah lupa diri.Fitrah manusia itu tidak berasa bosan dan jemu dalam meminta mahupun memohon kebaikan daripada Al- Khaliq untuk dirinya.Apabila Allah memberikan nikmatNya kepada hambaNya, maka manusia itu dengan sombong berpaling dari perintah Allah, takbur. malah lebih daripada itu. Ada yang merasakan setiap nikmat yang datang untuk dirinya adalah hasil daripada usahanya sendiri. Nauzubillah!

    Namun, apabila Allah menjentik sedikit hati hamba-hambaNYA dengan menimpakan ujian mahupun musibah, maka amat mudah manusia itu berputus asa dari rahmat Allah.Mereka merasakan bahawa kehidupan mereka tiada makna lagi andai hidup sering diuji, sehingga ada segelintir dari kalangan mereka menimbulkan persoalan dalam diri mereka,”Mengapa aku perlu hidup andai hidup ini sentiasa diuji dengan kesusahan?” “Allah tak perkenankan pun doa aku?” “Mati lagi baik,selesai masalah!”

    Wahai manusia, sedarlah! Allah itu selalu ada untuk hambaNYa, tetapi di mana kita untukNYA? Pernahkah kita terfikir bahawa setiap ujian yang diberi buat kita itu adalah salah satu wasilah dalam menghapus dosa-dosa kecil kita? Bukankah itu yang kita selalu mohon kepadaNY setiap kali selesai solat, diampunkan segala dosa-dosa kita?

    Jangan terlalu mudah meletakkan diri kita selalu berada di atas,kerana hidup ini tidak selamanya indah. Setiap yang diberikan Allah buat kita, dalam keadaan kita tidak suka,yakinlah itu adalah keindahan dalam kehidupan. Analoginya, bagaimana dalam sebuah bekas pensel warna,hanya mempunyai satu warna sahaja? sudah pasti kita merasa bosan dengan menggunakan satu warna sahaja untuk mewarna sekuntum bunga yang mempunyai banyak kelopak.Begitu juga dengan kehidupan,jika hidup tidak diselangi dengan mehnah dan cabaran,bagaimana kita akan tahu kekuatan dan ketabahan diri kita pada tahap yang mana. Jadikan segala ujian yang diberikan Allah kepada kita,membuatkan kita semakin dekat kepadaNya.Yakinlah pada kalamNya: 

“Tidak ada sesuatu musibah menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah,dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"  (Surah At-Taghabun : 11)

    Akhirnya,jauhilah daripada sifat bersangka buruk kepada Allah dan jangan meletakkan diri kita sebagai seorang hamba yang tidak mengenang budi,mengenal Allah dalam keadaan susah dan melupakanNya ketika kita di dalam kesenangan.Sentiasalah meletakkan Allah yang pertama  dalam setiap urusan kita.Ingatlah,hidup tidak selalu seperti yang kita inginkan,kerana segala perkara yang berlaku sama ada baik atau tidak,semuanya telah diatur oleh Allah kepada hambanya. Maka yakinlah, pengakhirannya pasti indah.

“ Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan “

Disediakan oleh :
Nur Hidayah binti Mohd Ariff
Timbalan Ketua Lajnah Sambutan & Rehlah
BKASM Sesi 2014/2015


Jumaat, Mei 15, 2015

MEREKA MENYANGKA MEREKA BERIMAN?? - Tinta Jumaat Siri ke - 21

MEREKA MENYANGKA MEREKA BERIMAN??

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد،

Sebahagian manusia menyangka mereka adalah orang yang beriman dengan Allah SWT. Dengan erti kata lain, mereka menyangka mereka berada pada jalan kebenaran. Sedangkan pada hakikatnya, Allah SWT telah menimpakan kepada mereka penyakit hati. Tindakan mereka bukan sahaja mengundang malapetaka buat diri sendiri bahkan buat seluruh masyarakat yang bersama mereka.

1. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka hidup senang bermewah tanpa diuji dengan tentangan musuh-musuh Islam. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 214.

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب.

2. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka seringkali melakukan perpecahan dan merobohkan kesatuan yang sedia ada berlawanan dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 103.

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم آياته لعلكم تهتدون”.

3. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka langsung tidak ambil peduli perihal saudara seislam dengan mereka. Sedangkan Imam Bukhari  dan Imam Muslim  meriwayatkan bahasanya Nabi SAW telah bersabda:

مثل المؤمنين في توادهم وتعاطفهم وتراحمهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الأعضاء بالسهر والحمى.

4. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka mengikut akal dan nafsu serta secara terang-terangan menolak undang-undang ketetapan Allah SWT. Sedangkan Allah SWT telah menegaskan dalam firman-Nya pada surah Al-Jathiyah ayat 18.

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها ولا تتبع أهواء الذين لا يعلمون.

Siapakah mereka itu? Berwaspadalah wahai manusia! Allah SWT memberi kita akal supaya kita menggunakan akal selari dengan wahyu yang dibawa oleh baginda Rasul SAW. Mohonlah perlindungan dengan Allah SWT agar ditetapkan kaki kita di atas jalan perjuangan ini.

Merekalah yang hidup di atas muka bumi Allah dengan mendakwa mereka berada pada kebenaran. Sedangkan hakikatnya mereka hanya tenggalam di dalam lamunan dan sesat bahkan menyesatkan manusia yang lain. Allah sebaik-baik penjaga kita. Wallahu a’lam.



“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”



Disediakan oleh :
Anas Bin Mohd Bhukhari
Yang Di Pertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015


Jumaat, Mei 08, 2015

BERSABAR DALAM UJIAN BUKTI MUSLIM SEBENAR - Tinta Jumaat Siri ke - 20

Bersabar Dalam Ujian, Bukti Muslim Sebenar


Allah berfirman di dalam Al-Quran:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (٢) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta (3) : Al-Ankabut ayat 2-3

     Ayat ini menunjukkan fitrah hidup kita sebagai hambaNya seharusnya diuji lebih-lebih lagi orang yang beriman. Datangnya sesebuah ujian tersebut bukanlah untuk melemahkan kita bahkan menguatkan hati kita dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Islam.

     Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tragedi gempa bumi yang berlaku di negara Nepal yang mengorbankan sebegitu ramai nyawa. Gempa bumi sekuat 7.8 richter itu sudah cukup memusnahkan sebahagian kawasan di Nepal. Namun, dalam hampir kesemua bangunan musnah, Masjid yang bernama masjid Khasmiri Taqiya yang berusia lebih 500 tahun tetap kukuh berdiri tanpa ada sebarang rekahan kesan dari gempa bumi tersebut. Subhanallah, ini jelas menunjukkan Allah menjaga syiar Islam yang ada di atas muka bumi ini.

     Di Malaysia pula, kita digemparkan dengan berita kemalangan maut di lebuhraya Duke pada minggu ini. Episod hitam bagi dua kanak-kanak yang menjadi yatim piatu dek kerana sebilangan pengguna jalan raya yang berlumba tanpa mengambil peduli keselamatan orang lain. Akan tetapi, kita dapat lihat, bersatunya rakyat marhaen dalam mengutuk tindakan individu yang terlibat serta dapat dilihat banyak pihak datang menghulur bantuan. Ini membuktikan sensitiviti rakyat negara kita khususnya umat Islam begitu prihatin dengan nasib saudara seislam.

     Jika kita singkap sirah Nabi Muhammad ketika diberi ujian oleh Allah dalam peristiwa “Ammul Huzni” iaitu tahun kesedihan yang telah menjadi titik tolak kepada baginda dalam menyampaikan dakwah Islam. Baginda diuji dengan kehilangan dua orang yang selama ini menjadi pendokong kepada dakwah nabi iatu isteri Baginda Siti Khadijah dan bapa saudara Baginda Abu Talib. Hikmah daripada ujian tersebut, Baginda diangkat darjat oleh Allah S.W.T melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj. Baginda bertemu Allah Taala dan seterusnya membawa pulang kepada umat Islam pensyariatan solat lima waktu yang kekal hingga ke hari ini.

  Allah berfirman: 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥) 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar : Al-Baqarah Ayat 155

     Kesimpulannya, setiap ujian yang Allah timpakan kepada kita sama ada baik mahupun buruk, pasti ada hikmahnya disebaliknya. Sikap putus asa dan menyalahkan takdir ketika diuji adalah perkara yang kita patut hindari. Teruskan istiqamah dalam jalan dakwah walau seberat mana Allah timpakan ujian. Di setiap kesusahan itu, pasti ada kesenangan. Wallahu a’lam.

“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”

Disediakan oleh :
Mohd Azrollnaim Bin Arsyad
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015



Rabu, Mei 06, 2015

ISU ZAKAT - PERJUMPAAN WAKIL JAWATANKUASA BERTINDAK ZAKAT DAN YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR


5 MEI 2015 -  Jam 2.40 p.m : PEJABAT ATASE SELANGOR – Berhubung dengan permasalahan
semasa zakat yang berlaku,wakil Jawatankuasa Bertindak  Zakat Saudara Fikhry Hakim bin Fadzilullah dan Saudari Siti Aisyah binti Ismail beserta Saudara Anas bin Mohd Bhukhari,Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)  Sesi 2014/2015 mengadakan pertemuan dua hala bersama Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal selaku Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir  bagi membincangkan beberapa permasalahan yang berlaku seterusnya mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.

Topik perbincangan semasa yang diutarakan :

1-    Permasalahan zakat dermasiswa yang dihadapi oleh pelajar yang mengulang kali pertama
2-    Permasalahan bagi pelajar tajaan dermasiswa zakat  sesi 2010/2011 dan ke atas yang masih belum menamatkan pengajian.

      Perbincangan ini diadakan berdasarkan beberapa ketetapan baru yang telah dilaksanakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor( LZS) yang membebankan para pelajar. Hasil perbincangan, pihak Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir bersedia bekerjasama dan menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan permasalahan dan sebarang tindakan akan dimaklumkan oleh peringkat pejabat dari semasa ke semasa.

      Sehubungan itu,kami dari pihak Jawatankuasa Bertindak Zakat memohon keprihatinan semua pelajar dalam sebarang bentuk  pemakluman atau kerjasama bagi memudahkan pengurusan di pihak kami.

      Sebarang bentuk aduan atau permasalahan  boleh disalurkan kepada wakil Jawatankuasa Bertindak Zakat BKASM iaitu :

•    Saudara Fikhry Hakim bin Fadzilullah :  +20114-376 8575

•    Saudari Siti Aisyah binti Ismail :  +20114-245 4752


“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”

Disediakan Oleh,
Setiausaha,
Jawatankuasa Bertindak  Zakat,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015

Ahad, Mei 03, 2015

RISALAH ILMIAH SIRI KEEMPAT : ENTER THE GARDEN OF ISLAMIC KNOWLEDGE

      All praise, gratitude and thanks to Almighty Allah, the Lord of the world, and all prayers and blessings are upon the chosen one, our beloved Prophet Muhammad, peace be upon him, his family, companions and those who follow him.

As the Prophet (Blessings and peace be upon him) said:

“ When Allah intends good for a person, He grants him understanding of religion. “
One of the means of finding happiness is understanding about Islam as learning about Islam brings contentment and pleases the Lord.

      As the students of University Al- Azhar, the well-known Qiblat of Islamic knowledge, it gives us a lot of benefits and advantages in order to learn more about Islam in the most purest way. In this University we were taught by professors who have tremendous knowledge in specific fields of Islamic education. This directly gives us opportunities to be granted with achievement in the blessings of Allah by knowing and understanding what Allah meant in His Book (al-Qur’an) and what the Prophet meant in his Sunnah.

      As we are aware, the examination of second session for University Al-Azhar is just around the corner. Most of University Al-Azhar students is now making fully effort towards  preparations for the examination to achieve excellent results. The most important thing in this process is that we should place 100% trust in Allah and develop better relationship with Him besides going for better deeds. To avoid failure, we must cast away discouraging thoughts that make us feel helpless and focus on success only.

As the Prophet (Blessings and peace be upon him) said, Allah, the Exalted says:

“ I am as My servant thinks I am.” (Hadith Qudsi)

      Hence, we must always remember that Allah will gives us the best in every single moments of our life as long as we give Him our best too. We should be committed in all our undertakings in life by praying, reading Al Qur’an and reading good books with proper focus and humility.  Remembering Allah in a proper state of mind and putting our hope solely to Him will make us feel how sweet success is after going through hardship while having the blessings of Allah.

           Finally, let us ponder over one of the verses where, Allah, the Exalted says:

“ And He it is who sends down the rain after they have despaired, and spreads His Mercy.”

" Aplikasi Ilmu Menyumbang Integriti Ummah "

Sincerely written by,

Afifah binti Ahmad Mahir  
Research and Development
Bureau of Academic
BKASM session 2014/2015

Jumaat, Mei 01, 2015

LAHIRKANLAH PEJUANG ALLAH - Tinta Jumaat Siri ke - 19


Wahai manusia… Wahai umat akhir zaman…
Berjihadlah untuk melahirkan tentera Tuhanmu  !

Bermula dari pemilihan benih yang baik
Lalu kandungkanlah tentera Tuhanmu
Sedari awal lagi…
Dodoikanlah dengan zikrullah
Ceritakan padanya kisah-kisah pahlawan Islam
Ceritakan padanya tentang kanak-kanak di Palestin
Ceritakan padanya kanak-kanak miskin di Kashmir
Ceritakan padanya kanak-kanak belasan tahun di Afghan…

Mereka di Palestin berjihad dengan batu dan debu jalanan
Mereka di Kashmir berjihad dengan doa dan air mata
Mereka di Afghan… berjihad dengan M16 usang…
Merempuh musuh-musuh Allah yang serba canggih peralatan  !

Tatkala si tentera Allah dilahirkan
Sambutlah dengan gema takbir  !
Sarungkan ia dengan nama kepahlawanan
Tarbiyyah kehidupannya agar menjadi tentera Tuhanmu…

Jangan dilekakan dengan permainan dunia
Jangan disogokkan dengan hiburan yang bersifat sementara
Jangan disuapkan saban masa dengan makanan lazat dan enak
Nanti dia hanya menjadi seperti si ayam ternak  !
Nanti dia takkan tahan lasak  !

Nyanyikan lagu jihad di telinganya
Bisikkan zikrullah ke dalam hatinya
Hembuskan ayatullah ke lubuk sanubarinya
Agar dia menjadi si SUFI HARAKI…
Syahid menjadi cita-cita tertingginya
Ruhnya sentiasa mengembara ke langit tertinggi
Jasadnya berjejak ke bumi…
Namun…  Semata untuk memenuhi panggilan Ilahi
Menjadi tenteraNya  !
Menjadi syuhada’ fisabilillah  !
                                                                                                                                                             *Petikan dari Jurnal Lajnah Dakwah 2001/2002


“PEMIKIRAN WASATIYYAH MEMBENTUK TUNJANG UMMAH”
“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”



Disediakan oleh :
Nurul Adha bin Sa’abani
Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015