SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Jun 26, 2015

KALAM YANG DI-PERTUA BKASM sesi 2014/2015 SEMPENA 50 TAHUN BKASM


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW serta para keluarga dan sahabat baginda. 

Pada tanggal 25 Jun 2015, maka telah genap 50 tahun penubuhan sebuah badan yang menaungi anak-anak Selangor di Perlembahan Nil ini. Nama yang berdiri gah di bawah naungan bahtera besar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ini secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1965. Berkat kesatuan dan dokongan seluruh ahlinya, maka nama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) kekal terpahat dalam sejarah anak-anak Selangor sehingga kini.

Pelbagai sejarah dan tribulasi telah mematangkan kesatuan ini. Ianya kekal sebagai satu sejarah yang akan diwarisi generasi zaman berzaman. Maka beruntunglah bgi mereka yang pernah mendokongi kesatuan ini dan amatlah malang bagi mereka yang sebaliknya. 

Namun perkiraan umur bukanlah menjadi kayu ukur dalam menentukan hala tuju dan kejayaan sesuatu perkara. Ianya dijadikan sebagai pedoman dan ibrah bagi mereka yang merupakan penerus rantai perjuangan ini di masa hadapan kelak. 

Selaku Yang Di-Pertua BKASM sesi 2014/2014, saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli mngucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan penghargaan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sempena sambutan jubli emas ini. 

Jutaan doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar kesatuan ini terus berkekalan dan berkhidmat menabur bakti buat warga selangor di perlembahan Nil khususnya dan Malaysia amnya. Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga.

" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "

Anas Bin Mohd Bhukhari Yang Di-Pertua,
BKASM sesi 2014/2015.

Selasa, Jun 23, 2015

KURSUS TEKNIKAL (ASAS AUDIO & VISUAL)


Pada 20 Jun 2015 bersamaan hari Sabtu yang lepas, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Penerangan dan Penerbitan telah menganjurkan program Kursus Teknikal (Asas Audio dan Visual) aktiviti di bawah Kelab LPP. Kursus ini telah dilaksanakan terbuka kepada seluruh ahli BKASM dan khusus kepada semua Unit Promosi dan Penerbitan setiap Lajnah. Kursus ini telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Asrama Selangor, Hayyu Asyir.

 Kursus ini dilaksanakan bertujuan memberi ilmu baru seterusnya dapat melatih mahasiswa/wi khususnya pelajar baru dalam menyelenggara alatan teknikal sama ada audio mahupun visual disamping mengasah bakat terpendam dalam kalangan mahasiswa/wi sekaligus melahirkan pelapis baru bagi peringkat PMRAM pusat dan cawangan. Aktiviti ini telah disertai oleh 9 orang mahasiswa dan seramai 26 orang mahasiswi. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Waliuddin Bin Analis (Timbalan Pengarah PMC 1) dan dibantu oleh Ustaz Fadhlillah Bin Ma’ruf.

 Kursus teknikal ini bermula seawal 8 pagi dan berakhir tepat jam 12 tengah hari.Tambahan pula, peserta telah diberi pendedahan awal mengenai asas-asas teknikal audio dan visual. Pada awalnya pengisi menerangkan secara teori dan disusuli dengan praktikal untuk audio dan diteruskan dengan visual.

 Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik terutamanya dalam kalangan mahasiswa/wi baru. Kursus ini berakhir dengan kalam pengarah program dan penyampaian cenderahati kepada pengisi.Semoga dengan adanya kursus ini dapat menambahkan jentera penggerak BKASM pada masa hadapan dan semoga para pesarta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari.

“Together Through Multimedia”
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”

Setiausaha Lajnah Penerangan dan Penerbitan

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015


Sabtu, Jun 20, 2015

IJTIMAK DUAT SIRI 2&3 (MUKHAYYAM TARBAWI) KELAB DAIE BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR sesi 2014/2015



Pada 16 dan 17 Jun 2015 , Kelab Daie telah menganjurkan Ijtimak Duat yang menggabungkan siri 2 & 3 buat julung kalinya pada sesi ini. Ijtimak kali ini berkonsepkan Mukhayyam Tarbawi bagi mencipta satu kelainan. Program selama dua hari ini adalah kesinambungan dari Ijtimak Duat siri 1 yang telah diadakan sebelum ini.

Ijtimak kali ini mengkhususkan lima objektif perlaksanaan. Pertama adalah mendedahkan keperluan berdakwah secara berkelompok. Kedua adalah mengasah pemikiran Daie untuk mengaitkan ilmu dan isu serta suasana semasa sekaligus member  ilmu kesenian berdakwah sebagai persediaan menjadi Daie. Selain itu, menerapkan kefahaman menabur bakti melalui wasilah BKASM. Objetif  yang terakhir adalah menanam nilai tarbiah dalam diri seorang Daie.

Satu Kelainan yang dibawa oleh pihak penganjur pada Ijtimak kali ini adalah sistem panggilan ujtuk menghadiri je Ijtimak Duat kali ini. Para peserta dikehendaki membawa barang yang dipertanggungjawabkan melalui  mentor masing-masing.

Program dibuka dengan aktiviti luar yang menarik iaitu "Project Runway"  yang memberikan pengalaman baru buat semua peserta. Para peserta dikehendaki melakukan tiga tugasan iaitu mengisi perut sebagai santapan pagi, "Street Dakwah, dan bukti barangan hasil aktiviti. Rakaman video dakwah jalanan juga menjadi bahan utama yang menarik.

 Program diteruskan dengan gerakkerja berkumpulan, GKB 1 iaitu pengucapan awam. Para peserta dikehendaki melakukan beberapa jenis pengucapan awam mengikut kumpulan. Mereka dibimbing oleh Dr.Ilman Razak dan Ustazah Hajar Aishah binti Sakdon dalam slot khas yang menampilkan kaedah pengucapan awam yang betul dan berkesan.

Selain itu, para peserta diberi kesempatan untuk mengimbas kembali tugasan  yang mereka lakukan sebelumnya melalui  slot "REFRESH" yang dibimbing oleh mentor  setiap kumpulan sebagai medan ulangkaji hasil tugasan sebelum ini.

 Program bersambung pada petangnya dengan GKB 2, iaitu "Kaitan Isu Semasa dengan Fiqh Waqie  dan Fiqh Nusus" yang menampilkan Ustaz Abdul Mun'im bin Sukor. Para perserta diberi tugasan mengikut kumpulan bagi membincangkan beberapa isu yang berlaku di tanah air dan mengaitkan dengan Fiqh Waqie  serta Fiqh Nusus. Beberapa komentar dan pengisian disebut oleh pengisi sebagai satu ukuran sesuatu isu.

Seterusnya Slot Bersama Mentor diadakan dengan aktiviti tadarus dan “refresh’” tugasan berkumpulan yang dilakukan pada Ijtimak siri 1 sebelum diteruskan dengan Slot 1 iaitu Islam dan Organisasi. Pengisi adalah Ustaz HanifulFuad bin Husin. Beliau menerangkan kepentingan Islam dan organisasi dalam menjalankan misi dakwah yang bersifat kolektif dan berkesan.


Hari kedua diteruskan dengan aktiviti Qiamullail sebagai satu aktiviti rohani. Wakil peserta diberi peluang memimpin solatTahajjud, Taubah dan Hajat serta member tazkirah selepas subuh. Peserta ikhwah dan akhawat dipisahkan tempat. Ikhwah berada di Musolla Darul Ehsan manakala akhawat di berada di Sutuh Selangor.

Aktiviti selepas itu adalah bersama Pengarah, Timbalan Pengarah dan Unit Pengisian melalui aktiviti "REFRESH" untuk mereka mengimbas kembali pengisian hari pertama. Para peserta diberi pelbagai soalan berbentuk kuiz bagi menguji ingatan mereka terhadap pengisian yang diberi.

 Slot 2 pula tampil menarik dengan konsep Talkshow: "Cabaran Dakwah Islam dan Serangan Pemikiran" yang disampaikan oleh Ustaz Shafiq Sahimi bin Jaafar dan Ustaz Muhammad Yahya bin  Shamsul . Antara yang dikupas ialah tuntutan dakwah dan cara menanganinya. Serangan atau ghuzwah pada hakikatnya ada dua iaitu serangan bersenjata yang jelas dan terang  dan kedua adalah serangan pemikiran  yang lebih halus dan beragenda.

Kedua-dua pengisi menjentik pemikiran para peserta dengan tuntutan ilmu yang sangat diperlukan bagi mematahkan hujah musuh-musuh Islam. Ucapan penggulungan disertakan dengan tuntutan perlunya ilmu dan kesatuan yang mapan bagi menghimpunkan kekuatan umat Islam. Serangan pemikiran hendaklah ditangani dengankefahaman Islam yang syumul.

Aktiviti diteruskan dengan tayangan video mengenai serangan pemikiran terbitan MANHAL PMRAM dan video yang menggambarkan situasi dunia kapitalis dan diberi penerangan secara ringkas dan padat oleh wakil mentor, Ustaz Abdul Hakim Khairuddin.

Ijtimak Duat siri 2 & 3 kali ini diakhiri dengan Slot "Sejarah BKASM dan Kaitan dengan PMRAM" atau  3G yang  disampaikan oleh Ustaz Muhammad Noor Afzan Abd Wahab. Banyak sejarah yang disingkap semula  agar kita tidak lupa pada asal kita. Banyak ujian dan cabaran sepanjang tempoh keberadaan  BKASM  di  Mesir. Video sejarah BKASM  turut ditayangkan. Pengisi juga menerangkan sejarah berkenaan  PMRAM dan susur galurnya.

Ijtimak Duat diakhiri dengan kalam penutup daripada Pengarah Kelab Daie, Ustaz Ahmad Lutfi bin Azizi. Harapan beliau agarsegala  pengisian sepanjang  program ini dapat dimanfaatkan untuk masa akan datang. Semoga ahli kelab yang menyertai ijtimak Duat sehingga sesi yang terakhir ini dapat istiqamah dalam melaksanakan dakwah.




DisediakanOleh:
Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Zabar
Setiausaha Kelab Daie
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015



Rabu, Jun 17, 2015

HEART ’15 : HIMPUNAN RABITAH HATI MUHASABAH SEPARUH PENGGAL



HEART ’15 : HIMPUNAN RABITAH HATI MUHASABAH SEPARUH PENGGAL “Diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah. Pimpinan juga manusia seperti ahli yang tidak lari dari membuat kesilapan..”kalam penutup Yang Di-Pertua BKASM, Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari.

 “BKASM tidak akan mampu bergerak dengan baik tanpa bantuan ahli ibarat sebuah kapal yang lengkap dalamnya 
perlu ada nahkoda dan ahlinya..”kalam penutup Timbalan Yang Di-Pertua II BKASM, Ustazah Siti Nurliana binti 
Zainudin.

15 JUN 2015,KAHERAH: Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 telah melepasi sesi separuh penggal pentadbiran. Bertepatan dengan itu, BKASM telah menganjurkan satu majlis Himpunan Rabitah Hati (HEART ’15). Majlis ini lebih berfokuskan kepada muhasabah dan cadangan antara pimpinan dan ahli untuk memperbaiki gerak kerja pentadbiran sekaligus meribat ukhuwah antara pimpinan dan ahli melalui sikap terbuka dalam menerima kritikan dan berlapang dada menerimanya.

Majlis HEART ’15 ini dijalankan secara berasingan antara ikhwah dan akhawat. Untuk ikhwah bermula dengan jamuan mahabbah dan diteruskan dengan sesi muhasabah dan cadangan di musolla. Dan majlis diakhiri dengan kalam penutup dari Yang Di-Pertua BKASM, Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari. Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir ahli BKASM dan penyampaian hadiah dari unit Islamic Home.


 Manakala di peringkat akhawat bermula dengan solat maghrib berjemaah di sutuh. Majlis diserikan dengan tayangan video dan diteruskan dengan slot muhasabah dan cadangan. Sebelum majlis berakhir, turut diadakan satu slot istimewa bersama penasihat BKASM, Ustazah Siti Aisyah binti Ismail dan Ustazah Ulfatun Nadzirah Tugiman Razaq. Dan, majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dari unit Islami Home dan kalam penutup dari Timbalan yang Di-Pertua II, Ustazah Siti Nurliana binti Zainudin.

Alhamdulillah, majlis HEART’15 berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran ahli baik ikhwah mahupun akhawat amat memberansangkan. Malahan, komitmen dan kerjasama dari ahli dalam memberi muhasabah dan cadangan juga amat baik. Sekaligus, banyak membantu peringkat pimpinan dan juga penggerak dari kalangan ahli dalam memperbaiki gerak kerja lebih bermutu.

Justeru itu, dikesempatan ini BKASM mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan bermula kenaikan kepimpinan baru sesi ini sehingga kini khususnya dan sepanjang 50 tahun penubuhan BKASM yang menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir sehingga kini umumnya. Mari bersama terus mendokong kesatuan ini.


"TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN"

 "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh:

 NURUL AIN BINTI RAHMAT
 Setiausaha HEART ‘15
  BKASM sesi 2014/2015

LAPORAN DAURAH FIQH PUASA KITAB SULAM AL-MUBTADI’ IHYA’ TARBAWI RAMADAN (IHTIRAM’15)

 Pada 13 & 14 Jun 2015 yang lalu, pihak IHTIRAM’15 Lajnah Dakwah & Tarbiah Badan Kebajikan 
Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Daurah Kitab: Fiqh Puasa sempena ambang Ramadan. Program yang bertempat di Musolla Darul Ehsan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 150 orang ahli BKASM daripada asrama mahupun korus. Pengisi bagi daurah ini ialah Yang Di-Pertua BKASM sendiri, Al-fadhil Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari. 

 Pembentangan fiqh puasa yang diambil dari kitab Sulam Al-Mubtadi’ ini bertujuan bagi menambah thaqafah ahli sebagai persediaan meghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba. Tambahan juga, ruang perbincangan tidak tertumpu kepada fiqh puasa sahaja, bahkan para hadirin turut dibentangkan dengan fiqh zakat dan iktikaf sebagai ibadah yang juga menjadi galakan untuk dilazimi di bulan Ramadan yang mulia ini. 

Maka dengan ini, IHTIRAM’15 mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Mudah-mudahan semua ahli mendapat manfaat dari program ini. Untuk akhirnya, sukanya dari kami agar kita sama-sama dapat memberikan komitmen dan menjayakan segala bentuk aktiviti yang dirangka sepanjang Ramadan pada kali ini. 

 “Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
  “Tarbiyah Ramadan Dihayati, Maghfirah Ilahi Diimpi “

 Disediakan oleh : 
 Nur Dania Izwani Binti Zaidi 
Timbalan Setiausaha, 
Ihya’ Tarbawi Ramadan (IHTIRAM’15) 
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015.

Jumaat, Jun 12, 2015

INTAIAN HIKMAH MUSIBAH - Tinta Jumaat siri ke - 25

 Hamdanlillah.
Mutakhir ini, kita terus menerus mengalami dan menyaksikan berbagai musibah yang melanda.
Salah satu musibah yang terdekat adalah gempa bumi di Sabah. Adapun juga tidak dilupakan juga kepada saudara-saudara seislam di Negara Islam lain seperti di Palestin, Rohingya, Syria dan yang lain.

Musibah ini bukanlah hanya ibtila daripada Allah semata bahkan ia tercetus daripada tangan-tangan mereka yang inginkan kehancuran lantasan mahukan perpecahan sesama islam sendiri.

Pada dasarnya, musibah merupakan sesuatu yang begitu akrab dengan kehidupan. Adakah terdapat orang yang tidak pernah mendapatkan musibah, tentu tidak ada. Musibah adalah salah satu bentuk ujian yang diberikan Allah kepada manusia dan juga sunnatullah yang berlaku atas para hambaNya. Dan ia bukan berlaku pada orang-orang yang lalai dan jauh dari nilai-nilai agama sahaja namun juga menimpa orang beriman.

Allah Ta’ala berfirman :

اَلَّذِيْنَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ قَالُوْا إِنَّا ِللهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila menimpa kepada mereka suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya­lah kita semua akan kembali.
 (Qs : Al-Baqarah : 156).

Disini penulis hendak membawakan bagaimana Islam merungkai segala musibah ini dengan mendatangkan keistimewaan disebaliknya.


-  Musibah mampu mendidik jiwa dan menyucikan dosa

-  Musibah wasilah mendapatkan kebahagiaan (pahala) di Akhirat

-  Ia sebagai parameter kesabaran seorang hamba

-  Memurnikan tauhid dan menguatkan hati 

-  Sekaligus mampu mendekatkan diri kepada Allah

Oleh itu, kita perlu memandang keadaan sekeliling dengan penelitian ekoran mata kasar yang mampu menyingkap pelbagai hikmah disetiap aturanNya dan menjadi batu loncatan bagi titik perubahan diri serta mampu mengubah orang lain ke arah yang lebih baik. Moga-moga kita bukanlah asbab pada sebab atas sesuatu yang berlaku.


" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "

Disediakan oleh :

Asmaizatulzarifah binti Nahrawi
Timbalan Bendahari Kehormat
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015

                                                                                                           

Isnin, Jun 08, 2015

RISALAH ILMIAH SIRI KELIMA - HOW IS YOUR VIEW ABOUT THE TINY ANTS?

Allah S.W.T said in Quran :
“In the creation of the Heavens and earth, and the alternation of the night and day, and the ships
which sail the seas to people’s benefit, and the water which Allah sends down from the sky by which He brings the earth to life when it was dead and scatters about in it. Creatures of every kind, and the varying direction of the winds, the clouds subservient between Heaven and earth, there are signs for people whose use their intellect”
(Surah Al-Baqarah: 164)

There are several facts about the amazing Ants as the following:

- Ants are capable of carrying objects 50 times their own body weight;
- Ants are the longest living insects in the world, living up to 30 years; and
 - The largest ant colony ever found was over 6,000 kilometres or 3,750 miles wide.  

The above facts are so impressive! Subhanallah!!

These facts cannot be achieved by these amazing ants if they do not have special characters or positive attitudes. Even though ants are tiny creatures, they give us a big impact in our life as humans especially as Muslims.Why do I say so? Let’s take a look two characters of these ants which can have a big impact in our life.

1] Ants teach us to be cooperative in society

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ
 “ And help on another in goodness and piety, and do not help one another in sin and aggression.” (Surah Al-Maidah: 2)

 They are always cooperative when doing a job and get the tasks done together. The harder parts will be easier and smooth. In fact, the colony of ant will create a bridge by holding on tightly to each other when they need to cross a ditch.

 As a Muslim, we should always be helping each other. Shame on us if we eat delicious food while we let our neighbours in hunger. Where is the ‘ukhuwah’ spirit that we Muslim mention every time? When our friends are in difficulties or have problems, we should strive to help, assist and show how we care about them.

2] One of the good values from the ants is their self-determination and not giving up in life . Besides that, they always work hard to achieve their target. If an ant’s target is situated on top of a stone but it fails to reach it, not once but many times, it will always try to climb that particular stone until it reaches its target. If something is blocking their path, they will find another way or method to continue their job. As a Muslim, we should strive to achieve “mardhatillah”.

Indeed, we know that there are many tribulations and obstacles in our path to achieve this target. If we feel like giving up on something, always remember that Allah does not burden us with responsibilities which we do not have the ability or strength to face it with. Moreover, it makes us stronger after we are successful in overcoming all the problems.

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ 
And (as for) those who strive hard for Us, We will most certainly guide them in our ways; and Allah is most surely with the doers of good.” (Surah Al-Ankabut: 69)

In conclusion, let us relate our lives as Muslim from the perspective of the ants' characters mainly cooperative and self-determination. We can learn something through Allah’s creatures which are the tiny ants. Now, let us all strive towards a harmonious life through the Way of Islam.

" Aplikasi Ilmu Menyumbang Integriti Ummah "

Sincerely written by,

Muhammad Nazim Bin Mohd Sahaimi
Library Unit, Bureau of Academic,
BKASM session 2014/2015.


Jumaat, Jun 05, 2015

ISTIQAMAHKAN KAMI - Tinta Jumaat Siri ke-24

“Aku terjaga wahai Rasulullah, menjadi sangat rindu kepada syurga, sedangkan umurku telah lanjut, tulang-belulangku telah lemah, aku juga sangat rindukan bertemu Tuhanku. Maka doakanlah untukku, wahai Rasulullah, agar aku diberi rezeki syahadah dan dapat bersama Khaisamah di dalam syurga,” Lalu Rasulullah S.A.W mendoakannya dan beliau syahid di dalam peperangan Uhud. - Abu Khaisamah R.A-

Kisah di atas merupakan sebahagian daripada kisah para sahabat yang mempunyai kecintaan yang tinggi untuk bertemu Rabb-nya dalam keadaan yang terbaik. Kita tertanya-tanya, bagaimanakah generasi awal didikan Rasulullah S.A.W boleh mempunyai kecintaan dan semangat yang tinggi dalam memperjuangkan Islam?

Ini tidak lain kerana mereka menyedari tujuan penciptaan mereka dan tanggungjawab yang telah Allah S.W.T taklifkan kepada mereka, untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T, memberikan ketaatan dan kesetiaan kepada Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin serta menegakkan kalimah Allah sehingga ke martabat yang tertinggi.
Firman Allah S.W.T:

من المؤمنين رجال صدقوا ما عهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا
Ertinya: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).
(Surah Al-Ahzab :23)

Dalil ini membuktikan perjuangan menegakkan kalimah Allah diteruskan dari generasi ke generasi. Oleh yang demikian, kita sebagai anak-anak generasi muslimin harus menyedari tanggungjawab kita dalam meneruskan tanggungjawab ini, tanpa memandang kepada kitakah yang akan berjaya melaksanakan segala-galanya sehingga mencapai kemenangan, atau akan disambung anak-anak generasi selepas kita. Cukuplah kita berbangga dan berasa mulia kerana kita telah menjadi salah satu mata rantai perjuangan Islam, sekalipun tidak sampai kepada kemuncak kemenangan. 


DI SINI IA BERMULA

Generasi terdahulu memperoleh ganjaran tertinggi dengan berjihad di jalan Allah. Bagaimana pula jihad kita? Tuntutan bergerak dalam medan amal menuntut komitmen yang tinggi daripada kita. Sejauh mana kita menyedari keperluan bergerak dalam medan amal dan mencuba untuk memposisikan diri dengan sebaik mungkin? Ketahuilah natijah yang akan kita dapat daripada medan ini memberi faedah kepada diri kita dan orang lain. Manfaatkanlah segala ruang dan peluang yang disediakan wadah kesatuan kita di Mesir ini, untuk menceduk selautan ilmu dan pengalaman agar menjadi bekalan kita apabila turun ke medan sebenar di Malaysia kelak. Moga Allah pelihara kita daripada sebarang fitnah dunia yang tidak mengenal yang ‘alim mahupun jahil.

" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "



Disediakan oleh :


Nur E’zzati binti Ahmad Mahir

Timbalan Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiah

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015