Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

BERWASPADA DENGAN FITNAH MAYA Nukilan Siswa siri 7

Imej
      Fenomena ‘Dunia di Hujung Jari’ ini menatijahkan masyarakat hari ini memperoleh maklumat yang luas tanpa batasan dengan kemudahan pelbagai aplikasi sosial yang tersedia dalam teknologi-teknologi pintar masing-masing. Jika dilihat daripada suatu sudut, ia merupakan satu perkembangan yang positif di mana Internet ataupun media sosial khususnya, kian menjadi medium maklumat terkini dan sumber ilmu pengetahuan. Namun malangnya, perkara sebaliknya yang berlaku.       Jika semua maklumat di hujung jari, maka ia mudah disebarkan tanpa henti. Lambakan isu dan khabar angin kerap dimuat naik di paparan media sosial tanpa diketahui sumber dan tahap kesahihannya. Menurut Dr. Muhamad Faisal , Anonymity (tidak diketahui identiti) dan Instantaneous (kesegeraan) adalah antara ciri terpenting kepada media baharu dan dunia maya. Jelaslah bahawa dua ciri ini mengakibatkan penyebaran khabar angin tanpa tapisan dalam dunia maya.       Ciri Anonymity ini dapat dilihat apabila individu ya

[ MAJLIS RAMAH MESRA : JALINAN TERUS DIPERKASA ]

Imej
21 & 22 Disember 2016, ISKANDARIAH dan KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Dato' Haji Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, selaku Pengerusi Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang bertempat di Bangunan MARA di Iskandariah dan Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir, Kaherah. Majlis Ramah Mesra di Iskandariah yang bermula jam 7.00 malam telah berjaya mengumpulkan kira-kira 40 orang pelajar Selangor yang menuntut dalam bidang kedoktoran di Alexandria University. Majlis yang berakhir pada jam 8.30 malam ini berjalan dengan lancar. Seterusnya pda hari kedua, Majlis Ramah Mesra telah berlangsung di Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir, Kaherah dan dihadiri kira-kira 250 orang ahli Selangor dari Kaherah. Majlis ini bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada pada jam 5.00 petang. Kedua-dua majlis berjalan dengan lancar dan menerima komitm

IKTIBAR SEJARAH Nukilan Siswa siri 6

Imej
            Biasa kita  mendengar perumpamaan mereka yang tidak mahu megambil pengajaran daripada sejarah biasanya akan mengulangi kesilapan  yang telah berlaku. Sekiranya kita mendalami ayat-ayat Quran dan kisah perjuangan nabi-nabi terdahulu, banyak yang kita boleh ambil manfaat dan jadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Allah S.W.T menceritakan kepada manusia di dalam al-Quran tentang peristiwa-peristiwa sejarah agar manusia mengambil iktibar daripadanya. Melalui dengan peristiwa peperangan Badar, Allah S.W.T berfirman :          “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar padahal kamu dalam keadaan lemah, kerana itu bertakwalah kepada Allah agar kamu mensyukuriNya.(Surah Ali-imran : ayat 123)              Ayat ini menerangkan tentang hikmah pensyariatan pergi berperang walaupun dalam keadaan lemah. Lemah yang dimaksudkan itu adalah kekurangan senjata dan bilangan tentera ketika itu sangat sedikit berbanding pihak musuh. Namun kekuatan mereka bukan

KEMESTIAN HIDUP DENGAN ISLAM Nukilan Siswa siri 5

Imej
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".(Surah al-Maidah : ayat 3) Apabila didahulukan teori bukan Islam sebagai solusi maka jelaslah ia menunjukkan adanya kepincangan iman dan akidah. Menganggap Islam tidak perlu diberi peranan, bererti ia mencabar ketuhanan Allah dan kesempurnaan agama. Paling membimbangkan lagi apabila fahaman ini bukan sahaja dipegang oleh golongan bijak pandai bahkan ia turut sama menguasai pemikiran golongan agamawan sehingga berani mengeluarkan pendapat yang menunjukkan keraguan mereka terhadap Islam. Maka sebenarnya manusia memerlukan penyelesaian Islam sebagai agama fitrah. Keistimewaan Islam yang paling utama adalah rabbani dari segi sumber dan matlamatnya. Islam bukannya ciptaan manusia yang lemah ataupun direka semata-mata mengikut tempat dan keadaan tetapi ia merupakan ciptaan

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM : MENUJU MAHLIGAI PERKAHWINAN

Imej
7 & 8 DISEMBER 2016, KAHERAH - Kursus Pra Perkahwinan Islam yang diadakan di Asrama Selangor Hayyu Asyir ini adalah anjuran Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor. Program yang julung kalinya diadakan ini menampilkan Encik Suhaimi bin Ahmad Wakid sebagai pengisi utama yang khas didatangkan daripada Malaysia. Sebanyak 8 slot dibentangkan sepanjang dua hari program ini berlangsung. Turut diadakan slot kesihatan daripada saudara Imran bin Kasran dan juga slot prosedur nikah di Mesir oleh saudara Ezzani bin Ismail. Program ini mendapat respon yang baik daripada kalangan peserta yang hadir di samping lawak jenaka yang diselingankan oleh pengisi menjadikan pengisian lebih santai dan menarik. Alhamdulillah, semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil ini berkaitan ilmu rumah tangga dalam Islam.

SUNNAH WAJIB YANG SEMAKIN DILUPAI Nukilan Siswa siri 4

Imej
“Maka demi TuhanMu, mereka tidak beriman sbelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan,(sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (Surah An-Nisa : ayat 65) Tarbiah Islamiah adalah satu aspek yang membina dan mendidik manusia agar berhukum dengan syariat Allah dalam segala perilaku perbuatannya dengan penuh kepasrahan bahkan tidak ada rasa sempit atau rasa keberatan dalam hati orang mukmin itu. Apabila disebutkan tentang menegakkan hukum Allah S.W.T perlu difahami bahawa tarbiah dan dakwah ini perlu bergerak secara seiring malah konsisten. Sebagai contoh, walaupun Nabi Muhammad S.A.W berdakwah secara rasminya pada usia 40 tahun, tetapi baginda sudah menyediakan model dakwah sebelum daripada itu lagi. Salah satunya yang telah disusun oleh Allah S.W.T adalah sifat amanah dan mulia akhlaknya sehingga bagindar digelar Al-Amin. Rasu

BENCANA ROHINGYA – SUDAH HILANGKAH SENSITIVITI KITA? Nukilan Siswa siri 3

Imej
Mutakhir ini, dunia berlalu dengan pelbagai kejadian buruk yang berlaku di sekitar kita. Kisah pembunuhan dan penzaliman terus berlaku hari demi hari seolah-olah nyawa manusia tiada nilainya. Lebih menyedihkan lagi, episod-episod kekejaman ini kebanyakannya berlaku terhadap masyarakat muslim, seolah-olah kekejaman ini suatu isu yang telah disusun oleh pihak musuh. Hari ini, dunia dibentangkan dengan kekejaman genocide atau pembunuhan beramai-ramai yang berlaku terhadap etnik Rohingya. Kekejaman yang berlaku ini bukanlah perkara baru tetapi telah berlarutan selama bertahun lamanya. Sehingga kini, lebih 30 ribu penduduk terpaksa menyelamatkan diri mereka dengan meninggalkan rumah kediaman sebelum menjadi mangsa kezaliman di negara sendiri.                                                                            Umum mengetahui, tragedi berdarah yang melanda etnik Rohingya ini bukanlah perkara baru. Namun apa yang dikesalkan, tiada satu pun agensi antarabangsa yang bangun bertin

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 2 Disember 2016. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba. BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "K

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah badan persatuan yang sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Semua maklum bahawa pengajian fasa pertama sesi 2016/2017 yang semakin rancak dalam tempoh menuju musim peperiksaan serta mahasiswa/wi juga kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi mendapatkan kejayaan yang dicita-citakan dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 1 Disember 2016 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, mahasiswa/wi diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi, berikan sepenuh konsentrasi, dan serlahkan segala potensi kerana kejayaan tidak datang bergolek dengan sendiri. Sert

Talkshow Bersama Graduan : Pemangkin sebuah kejayaan

Imej
21 NOVEMBER 2016, KAHERAH – Lajnah Pendidikan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan “Talkshow bersama Graduan yang bertajuk “Maan Nanjah”  bertempat di Sutuh Rumah Selangor, Hayyu Asyir.          Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan motivasi dan semangat dalam diri ahli BKASM untuk bersama-sama mencapai kejayaan dalam akademik.         Talkshow bersama Graduan yang bertajuk “Maan Nanjah” telah bermula pada pukul 8.00 malam. Antara ahli panel yang dijemput adalah dalam kalangan graduan ikhwah dan akhawat iaitu Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian, graduan Bahasa Arab manakala Nor Jannah binti Omar selaku graduan Syariah Islamiah bersama moderator Khairul Zaim bin Mohd Baharin serta Talkshow ini berakhir pada jam 10.00 malam.       Dalam talkshow ini juga ahli panel banyak memberi perkongsian bagaimana cabaran, ujian dan pengalaman yang mereka alami sepanjang menuntut ilmu di kota seribu menara yang kaya

IFTAR MAHABBAH : MEDAN MERIBAT KEBERSAMAAN

Imej
IFTAR MAHABBAH : MEDAN MERIBAT KEBERSAMAAN 21 OKTOBER 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Lajnah Penempatan dan Perumahan telah mengadakan  program Iftar Mahabbah bertempat di Asrama Rumah Selangor,Hayyu Asyir.         Bertetapan dengan tema BKASM “Memurnikan Pemikiran Meribat Kersamaan” program ini dilaksanakan bagi mengaplikasikan konsep ukhuwah sekaligus meribat kebersamaan antara ahli serta mampu melatih ahli dalam menghidupkan sunah-sunah Rasulullah S.A.W. dalam konteks yang pelbagai antaranya ziarah-menziarahi dan puasa sunat.         Program ini dimulakan dengan Iftar Mahabbah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan. Di samping itu, sesi taaruf juga diadakan pada setiap rumah. Pengumpulan ini juga turut diisi dengan kalam–kalam taujihad daripada pelbagai pihak, antaranya daripada kalangan AJKT BKASM dan para graduan yang bakal pulang ke tanah air.

AYUH! DAFTAR SEBAGAI JUNDI - Nukilan Siswa Siri 2

Imej
   Hijrah Rasulullah S.A.W  dari Mekah ke Madinah merupakan suatu peristiwa yang strategik. Rasulullah S.A.W menghadapi satu suasana yang amat kritikal dalam perjuangannya. Membebaskan manusia dari belenggu jahiliah bukanlah suatu perkara yang mudah. Baginda berusaha melenyapkan kebatilan yang sudah lama menjadi darah daging dalam jiwa-jiwa penduduk Mekah sehingga akhirnya si pejuang-pejuang jahiliah itu merasa tergugat dan mengambil keputusan untuk menghapuskan baginda S.A.W dari muka bumi.       Namun, Rasulullah S.A.W tidak goyah dengan ancaman tersebut bahkan daripada tekanan-tekanan itulah baginda S.A.W bertindak menyusun satu perancangan yang teliti sehingga akhirnya negara Islam pertama dapat dibuka dan dakwah Islam tersebar luas seperti nikmat Islam yang kita kecapi saat ini. Pengembaraan ini tidak dihadapi oleh baginda S.A.W sahaja, akan tetapi baginda telah dibantu oleh satu jemaah sahabat yang terdiri daripada kalangan dewasa, pemuda, kanak-kanak mahupun wanita. M

VISI BERKEBAJIKAN : AKAUN BANK DIREALISASIKAN

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.             Bersyukur kita kepada Allah S.W.T dengan izin daripadaNya Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah berjaya mendapatkan akaun bank rasmi. Ini merupakan hasil daripada usaha pelbagai pihak pada sesi ini dan sesi sebelumnya bagi merealisasikan matlamat tersebut sejak sekian lamanya.      Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran bahawa dalam setiap kesusahan pasti akan wujudnya kemudahan. Selari dengan ayat ini, kita di peringkat BKASM telah berusaha daripada segenap aspek antaranya melalui pengkajian di beberapa buah bank yang berada di Malaysia dan juga penghantaran wakil untuk membuat perjumpaan bersama Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus bin Hairi bagi mendapatkan bantuan perundingan kemudahan bagi memudahkan pengurusan dengan pihak bank dan ternyata perkara itu membuahkan hasil yang positif.      Pihak kita berterima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tid

UCAPTAMA YANG DIPERTUA BKASM'16 - Melakar Sejarah Baru

Imej
17 NOVEMBER 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan program Ucaptama Yang Dipertua BKASM’16 bertempat di Sutuh Asrama Selangor, Hayyu Asyir. Kehadiran ahli sangat baik dan memenuhi setiap ruang yang disediakan baik ikhwah mahupun akhawat.      Antara objektif pelaksanaan program ni adalah bagi memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2016/2017 disamping membuka peluang kepada ahli untuk memberi pandangan. Hal ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara ahli BKASM.      Program telah dimulakan dengan Majlis Pembukaan oleh Yang Dipertua BKASM sesi 2016/2017, Saudara Muhamad Nazif bin Shaari pada jam 7.00 malam. Majlis berjalan dengan baik dan diteruskan dengan pelancaran Unit Biah Solehah dibawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017.      Seterusnya program dirancakkan dengan perarakan masuk Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 dan nyanyian lagu PMRA

Bengkel Penulisan dan Senat Fakulti : Langkah Pertama Menjayakan Usul

Imej
12 dan 15 NOVEMBER 2016, KAHERAH - Lajnah Pendidikan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan Bengkel Penulisan Bahasa Arab dan Senat Fakulti bertempat di Sutuh Asrama Selangor, Hayyu Asyir.          Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan tahap penguasaan ahli dalam Bahasa Arab dan membantu ahli dalam memahami pembelajaran yang berkesan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik.         Bengkel Penulisan Bahasa Arab telah dimulakan seusai solat fardhu Isyak sekitar jam 7.30 malam. Pengisian bengkel telah disampaikan oleh Ulfatun Nadzirah binti Tugiman Razaq bagi akhawat manakala bagi ikhwah pula adalah Aimi Akmal bin Zaini. Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua ahli dan berakhir pada 9.00 malam. Sebelum bengkel berakhir, setiap daripada pengisi diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dari Lajnah Pendidikan di atas perkongsian ilmu

ISLAMLAH KESELURUHANNYA - Nukilan Siswa siri 1

Imej
Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ Islamlah kamu, nescaya kamu akan selamat”          Jika ditelusuri sirah, itu adalah isi surat yang ditulis oleh Nabi S.A.W yang dihantar kepada raja Rom ketika itu bernama Hercules. Rasulullah telah mengajak untuk beriman kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun. Pentingnya asas aqidah islam yang tulen menjadi teras keimanan kita supaya tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba meracuni pemikiran umat islam. “ Wahai orang-orang  beriman, masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya” (Al-Baqarah : 208)          Firman Allah S.W.T di atas jelas menunjukkan kepada kita agar mengamalkan cara hidup islam secara keseluruhannya bukan hanya ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang lain. Sepertimana yang kita ketahui, barat adalah pencetus  pemikiran sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama. Pemikiran ini jelas bertentangan dengan konsep islam yang syumul. Tambahan pula, perkara ini menati

Futsal Santai : Mengukuh Kebersamaan

Imej
14 NOVEMBER 2016, KAHERAH – Lajnah Kesenian dan Sukan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan Futsal Santai yang bertempat di gelanggang futsal El Wafa’ El Amal, Madinat Nasr, Kaherah. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi mengeratkan ukhuwah dan kesatuan ahli melalui medium futsal yang dianjurkan ini. Progam ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli tentang kepentingan menjaga kesihatan. Futsal Santai ini telah dimulakan dengan ketibaan dan pembahagian pelajar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa yang bertugas. Seramai 100 orang ahli telah menyertai aktiviti sukan ini dan turut disertai oleh Tuan Haji Mohd. Yasser bin Abd Ghani selaku Atase Pendidikan Selangor Mesir dan Muhamad Nazif bin Shaari selaku Yang Dipertua Bkasm sesi 2016/2017. Seterusnya aktiviti sukan dimulakan pada jam 8.00 malam sehingga jam 10:30 malam . Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambuta