INJEKSI SENAT FAKULTI FASA II
13 MAC 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2015/2016 di bawah kelolaan Lajnah Pendidikan telah menjalankan satu program yang dinamakan “ INJEKSI SENAT FAKULTI FASA 2 “ khusus untuk mahasiswa dan mahasisiwi tahun satu.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan umum tentang subjek-subjek kuliah tahun satu.
Seramai 60 orang Mahasiswa dan Mahasisiwi baru yang terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.
Program ini berlansung di Musolla Darul Ehsan dan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Ketua Lajnah Pendidikan iaitu Ustaz Muhammad Alauddin Bin Mohd Zulkifli. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi telah dibahagikan mengikut syukbah masing-masing.
Antara syukbah yang terlibat adalah pengajian Islam merangkumi syariah Islamiyah, usuluddin dan lughah. Seterusnya Mahasiswa Ikhwah ditempatkan di Musolla Darul Ehsan manakala akhawat di sutuh Asrama Selangor. Seramai 6 orang pengisi dibahagian ikhwah dan 5 orang pengisi dibahagian akhawat.
Program dimulakan dengan sesi taaruf diikuti dengan GKB, pembentangan kitab dan diakhiri dengan nasihat daripada pengisi.
Harapan daripada pihak penganjur , agar program yang dijalankan ini dapat membantu dalam meningkatkan kualiti akademik mahasiswa dan mahasiswi baru seterusnya menjadi wadah penggerak ke arah memartabatkan Islam di atas muka bumi.
“Ilmuwan Berkualiti Mencurah Bakti”
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan