[ ISU ANTARABANGSA: LETUPAN BERSIRI DI ANKARA, TURKI ]
ANKARA,MAC 2016: Dunia digemparkan dengan kes terbaru iaitu
letupan bom di Ankara yang mengorbankan 34 orang manakala 125 cedera pada Ahad lalu.Bom itu
dilaporkan meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan
letupannya didengari dari jarak beberapa kilometer.
Kesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan yang
terbakar telah tercampak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan
Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang
lama.Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat letupan
sebuah bom kereta.Lokasi letupan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan
kebakaran beberapa kenderaan yang lain.
Rentetan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan
pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan
insiden berkenaan.Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Afkan Ala berkata nama
kumpulan di sebalik serangan itu bakal didedahkan selepas siasatan dijalankan.
Walaupun begitu, jika diperhati semula, PM Turki pernah
mendakwa militan Kurdistan bertanggungjawab terhadap serangan bom di Ankara
dilaporkan pada 17 Februari 2016 yang lalu oleh AFP.
Peristiwa ini pernah berlaku juga pada Oktober 2015, tahun
lepas. Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mendakwa militan Kurdistan di
Turki bertanggungjawab dalam serangan bom di Ankara pada ketika itu yang telah
menyebabkan sekurang-kurangnya 28 maut.
Davutoglu juga mendakwa Parti Buruh Kurdistan (PKK) yang
dianggap sebagai kumpulan pengganas terlibat dalam serangan tersebut. Pihak
berkuasa masih dalam proses penyiasatan walaupun spekulasi masih berlegar di
kalangan itu.
1.SIKAP "DOUBLE STANDARD" DUNIA TERHADAP LETUPAN
DI ANKARA.
Media secara umumnya melaporkan militan dan pengganas yang
masih samar kaitannya dengan siri-siri letupan yang berlaku. Kita bersimpati
dengan keluarga mangsa letupan. Ketakutan bermaharajalela dan ada unsur fobia
seperti mahu ditanamkan pada masyarakat di Ankara,ibu negara Turki yang
kebanyakannya Muslim.
Persoalan utama, mengapa ketika peristiwa Paris Attacks
menarik jutaan simpati dunia namun tidak di Ankara? Ada pengguna facebook
dilaporkan berkata dalam statusnya, “Anda pernah menjadi Charlie, anda juga
Paris, sekarang sanggupkah anda menjadi Ankara? Kita mampu berfikir mengapa terjadi sebegitu.Sepatutnya
simpati merentas sempadan wilayah dan negara.Namun seperti ada sikap berat
sebelah dalam hal ini.
2.ISLAM DAN SOLIDARITI
Islam menitikberatkan keamanan, kestabilan dan kedamaian
yang menjadi landasan agama yang suci ini. Islam juga mengutuk sebarang
perbuatan yang menyalahi norma-norma kehidupan yang bertentangan.
Oleh itu, kita sebagai mahasiswa Islam mesti jelas mengapakah
ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dalam peristiwa tertentu yang
melibatkan orang Islam. Padahal Islam bersifat adil pada semua pihak tanpa
mengira warna kulit dan agama.Maka, tunjukkan solidariti kita pada saudara di
Ankara dan tegas berpendirian bahawa tidak sepatutnya berlaku seperti ini lagi.
Sumber:
BBC News
Astro Awani
AFP
Daily Sabah Ankara
"Bersama Bersatu Mendepani Isu"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Unit Penerangan dan Informasi
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2015/2016
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan