| ISU NEGARA DAN SERANTAU : GEMPA BUMI DI SUMATERA, GEGARAN DI BEBERAPA NEGERI MALAYSIA |
| ISU NEGARA DAN SERANTAU : GEMPA BUMI DI SUMATERA,
GEGARAN DI BEBERAPA NEGERI MALAYSIA |
2 Mac 2016-RABU
MALAYSIA:
Negara kita digemparkan dengan beberapa gegaran yang
dirasai beberapa tempat di Selangor dan Johor.
Gegaran yang dirasai berikutan hasil gempa bumi kuat
berukuran 7.9 skala ritcher yang berlaku di barat daya Sumatera pada Rabu
malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan tiada ancaman
tsunami terhadap Malaysia setakat ini.
Seterusnya, isu ini menjadi hangat kerana berkaitan
dengan geografi negara jiran kita khususnya Indonesia yang sering mengalami
gempa bumi kerana berada dalam Lingkaran Api Pasifik.
JAKARTA : INDONESIA
Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG)
Andi Eka Sakya berkata gempa bumi berukuran 7.8 pada skala richter dilaporkan
berlaku di perairan Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada pukul 7.58 malam
waktu tempatan.
Antara kawasan yang merasainya adalah Padang di Sumatera
Barat, Medan dan Aceh.
Manakala kawasan air di pantai Meulaboh di Aceh Barat
pula dilaporkan surut secara tiba-tiba dan dikhuatiri sebagai tanda-tanda
berlakunya tsunami.
Justeru itu, ribuan penduduk di kawasan pantai di Padang
dilaporkan bergerak ke arah kawasan tinggi di Kota Padang sebagai persediaan
menghadapi sebarang kemungkinan dan keadaan di kota itu dilaporkan mengalami
kesesakan yang teruk.
Setakat ini, belum ada sebarang laporan mengenai
kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Malaysia di Jakarta,
Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua 314 pelajar Malaysia
di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah supaya berpindah ke tempat
yang selamat.
SINGAPURA:
Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, negara pulau itu
tidak mungkin terjejas berikutan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala richter
yang menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera, Indonesia,
Agensi itu melaporkan bahawa pusat gempa bumi ialah 808
km ke barat laut Padang dan sedalam 10 km.
LINGKARAN API PASIFIK DAN MALAYSIA
Walaupun negara Malaysia terletak di luar kawasan
Lingkaran Api Pasifik, namun gegarannya turut terasa.
Ini kerana kedudukan Malaysia yang berjiran dengan
Indonesia, kesannya turut terpalit dalam beberapa kawasan.
Maka dengan itu, Malaysia juga hendaklah bersiap sedia
menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang demi
kemaslahatan rakyat dan negara amnya dengan bantuan semua pihak.
Sumber:
-BERNAMA
-Malaysian Review
-Jabatan Meteorologi Malaysia
"Bersama Bersatu Mendepani Isu"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Unit Penerangan dan Informasi
Lajnah Penerangan dan Penerbitan,
BKASM sesi 2015/2016
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan