MASJID DHIROR - Tinta Jumaat Siri ke - 16
Firman Allah yang bermaksud :
Dan ( diantara orang –orang munafik itu ) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana ( pada orang –orang yang beriman ), untuk kekafiran dan untuk memecah belah di antara orang – orang yang beriman, serta untuk menunggu
kedatangan orang – orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah, “kami hanya
menghendaki kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya ).
kedatangan orang – orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah, “kami hanya
menghendaki kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya ).
(Surah At –Taubah :9 :107)
Ayat ini diturunkan adalah untuk memberitahu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa orang munafiq membangun Masjid Dhiror dengan niat untuk menghancurkan Islam dan mengelabui kaum muslimin. Tambahan pula, seperti yang kita ketahui tujuan masjid yang dibina oleh munafiq ini adalah kerana :
(1) Menyaingi dan membahayakan Masjid Quba’ yang dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W.
(2) Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran dan yang membangunnya adalah orang munafiq.
(3) Memecah belah kaum muslimin.
Seperti yang kita ketahui, antara sifat orang munafiq adalah apabila berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat, apabila berkata dia berbohong. Oleh itu, apabila kita melihat kepada kisah ini menunjukkan bahawa orang munafiq yang didalam hatinya ada sifat iri hati dan dengki yang sentiasa ingin memecah belahkan orang muslimin supaya tidak bersatu dan ingin melihat kaum muslimin dalam keadaan huru-hara.
Kesimpulannya, marilah kita sama- sama berdoa agar kesatuan ini sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. dan dijauhkan daripada anasir – anasir luar agar kesatuan islam ini terus utuh dimuka bumi Allah dan supaya kita dapat mencapai ustaziatul alam.
“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “
Disediakan oleh :
Siti Fadilah binti Sulaiman
Timbalan Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan