NICE'16 - '' Bersama Membangunkan Ekonomi Islam ''
21 MAC 2016, KAHERAH - Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 julung kalinya telah menganjurkan
program mega Bazaria BKASM Nice Islamic Carnival (NICE’16) bertempat di Dataran
Hayyu Aasyir yang berlangsung selama tiga hari pada 19-21 Mac 2016.
Antara objektif
atau tujuan program NICE ‘16 ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang
perniagaan kepada ahli dan menjana kewangan BKASM serta untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang
ekonomi khususnya berkaitana dengan ekonomi Islam. Disamping itu, untuk
mengukuhkan kesatuan dalam kalangan mahsiswa khususnya ahli BKASM.
Program NICE ‘16
ini telah disertai oleh seluruh ahli BKASM dan ahli-ahli dari BKAN lain. Seramai
24 orang tenaga pelaksana yang melaksanakan program NICE’16 diketuai oleh ustaz
Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi ( Ketua Lajnah Ekonomi BKASM sesi 2015/2016.
NICE `16 telah
bermula dengan kuliah subuh khas yang merupakan program ambang NICE ’16 di
bawah tajuk “ Ekonomi Islam, Apa Peranan Kita?”. Kuliah ini disampaikan oleh
ustaz Muhammad Amri bin Ouma, mahasiswa Qiraat Tanta di Musolla Darul Ehsan
pada 18 Mac 2016.
Pada malam 8 Mac
2016, penggerak NICE `16 dibantu ahli BKASM telah turun di Dataran Hayyu Aasyir
bagi mengangkat khemah untuk jualan bazaria pada hari berikutnya.
Hari berikutnya,
NICE `16 diteruskan dengan jualan bazaria di Dataran Hayyu Aasyir. Bazaria
NICE’16 ini dilaksanakan selama 3 hari dari 1.00 tengahari sehingga pukul 10.00
malam. Sebanyak 20 buah gerai disediakan untuk ahli ;14 buah gerai untuk ahli
BKASM dan 6 buah gerai untuk ahli BKAN lain.
Pada hari
pertama, aktiviti yang diadakan adalah Kids Moment, pertunjukan khat, majlis
perasmian oleh penasihat BKASM dan persembahan Drum Circle. Hari kedua, NICE
`16 diteruskan dengan aktiviti “Tahukah Anda?”, sembang santai bersama Yang
Dipertua BKASM, Medical Check-Up, DJ berbahasa arab dan Show Me Your Skill.
Pada hari terakhir, telah diadakan sembang santai bersama ustaz Mohd Yaseer bin
Abdul Ghani Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir, Medical Check-Up, DJ
berbahasa Inggeris, solat hajat perdana, persembahan nasyid dan perkusi.
Akhir kata, moga program sebegini
dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang serta mendapat keberkatan dari
Allah atas usaha yang kita lakukan.
Bazaria Nice
Islamic Carnival (NICE’16)
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016.
'' Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan ''
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
'' Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan ''
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan