Pemuda Penerus Perjuangan Dakwah - Tinta Jumaat Siri ke - 15



Firman Allah S.W.T surah An-Nahl mafhumnya:-

 "Serulah ke jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah (kebijaksaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih baik mengetahui orang yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah jua yang lebih mengetahui orangyang mendapat hidayah petunjuk."

  Pemuda adalah tunjang kekuatan agama Islam dalam meneruskan agenda dakwah dalam kehidupan manusia. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa antara kejayaan yang diperolehi oleh ummat Islam adalah dibawah pimpinan golongan pemuda. Para      sahabat Nabi Muhammad S.A.W. seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar,Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah contoh  terbaik yang telah berjaya memimpin ummat Islam selepas kewafatan Baginda dengan acuan Islam yang sebenar. Oleh itu, menjadi peranan dan tanggungjawab kita bagi meneruskan perjuangan dakwah ini demi semata-mata ingin menegakkan kalimah Allah S.W.T di atas muka bumi Allah Ta'ala ini.

  Oleh itu, kita selaku pemuda dan pemudi Islam hendaklah mempersiapkan diri kita dengan bekalan ilmu dan thaqafah yang diajar oleh Islam demi membantu menyumbangkan tenaga, masa dan harta serta berkorban kepada perjuangan Islam. Di samping, itu sentiasa istiqamah berdakwah menyeru manusia dan membimbing mereka ke arah mentauhidkan Allah Ta'ala Yang Satu demi mencapai RedhaNya.

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Taubah mafhumnya:

  "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka beroleh syurga."

  Natijahnya, usaha bagi meneruskan dakwah Islamiyah di atas muka bumi ini haruslah dipikul oleh pemuda dan pemudi yang sentiasa bersedia menjadi penolong agama Allah.

“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

Disediakan Oleh:
Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi
Ketua Lajnah Ekonomi
BKASM sesi 2015/2016


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]