SNOW ' 16 - Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan "



25 Februari 2016 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan sebuah program jaulah ke Semenanjung Sinai, Sinai In Winter (SNOW '16) pada 31 Januari hingga 2 Februari 2016 diperingkat akhawat manakala diperingkat ikhwah pada 20 Febuari hingga 22 Febuari 2016. Jaulah ini merupakan julung-julung kali diadakan di peringkat akhawat dan merupakan kali yang kedua di peringkat ikhwah selepas diadakan buat kali pertama pada tahun 2015. Tujuan utama jaulah ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan meribatkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM di samping menambahkan lagi pengetahuan peserta tentang sejarah yang ada di sepanjang perjalanan. Selain itu, hadaf jaulah ini diadakan adalah untuk membentuk peribadi muslim yang kuat jasmani dan ruhani. Jaulah SNOW '16 yang bertemakan "Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan" ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mencatat peserta seramai 96 orang peserta dari kalangan ahli BKASM termasuk peserta daripada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain seperti BKAN Perlis dan Kelantan termasuk peserta daripada Dewan Perwakilan Mahasiswi (DPM) Iskandariah ketika jaulah diperingkat akhawat. Jaulah diperingkat ikhwah pula disertai seramai 90 orang peserta dari kalangan ahli BKASM termasuk peserta daripada DPM Shuobra dan Perubatan Cawangan Al-Azhar (PCA). Antara tempat menarik yang telah dilawati oleh peserta di peringkat ikhwah dan akhawat ialah Kubu Israel, Telaga Uyun Nabi Musa AS, Wadi Arbain, Makam Nabi Soleh AS dan Gunung Sinai. Peringkat pelaksana jaulah juga dapat melaksanakan aktiviti untuk membentuk jasmani muslim seperti pendakian Gunung Sinai, aktiviti ATV Beach Buggy dan Snorkling di Blue Hole. Di samping itu, pengisian rohani juga dapat dijalankan iaitu pengisian muwasofat tarbiah di peringkat ikhwah manakala di peringkat akhawat ialah fiqh musafir. Pihak AJK pelaksana program SNOW ’16 merakamkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang menyertai jaulah pada kali ini di atas komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program. Semoga perjalanan SNOW '16 pada kali ini dapat memberikan 1001 pengertian dalam menelusuri kehidupan kepada para peserta melalui kembara tarbiyah ini dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah. ''Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan'' ''Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan'' SNOW '16 BKASM sesi 2015/2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]