Jumaat, Mei 20, 2016

Hakikat Kehidupan - Tinta Jumaat siri ke 24



Semasa hidup di dunia,kita dikurniakan akal oleh Allah S.W.T  bagi memikirkan , apakah amalan baik yang kita akan bawa ke negeri akhirat yang kekal abadi? Hari ini kita sering dialpakan dengan kemewahan, kesoronokan dan keasyikan dunia sehingga sering melupakan tempat kita bukan di dunia. Namun tempat kita yang sebenarnya di akhirat. Hakikatnya kita tidak dapat terlepas dari kematian walaupun kita merasakan yang kita boleh melarikan diri sesuai dengan firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Surah Al-Jumuah : 8)

Oleh itu, sewajarnya kita tidak melupakan mati kerana dengan mati, kita juga akan memutuskan segala kelazatan dunia. Nabi S.A.W pernah bersabda : Perbanyakkan olehmu mengingati perkara yang memutuskan kelazatan dunia iaitu mati. Maka,apakah ubat kepada racun pembunuh ( dunia )?Ia adalah zuhud itu sendiri.Iaitu tidak menjadikan harta itu sebagai tujuan utamanya dalam kehidupan dunia melainkan satu alat untuk medekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Seterusnya, wajiblah bagi kita untuk mengingati cerita-cerita orang-orang yang telah meningalkan kita dalam keadaan husnul khatimah dan suul khatimah supaya menambahkan lagi keimanan kita. Selain itu, janganlah kita menyangka akan semua rezeki yang diberi oleh Allah itu dalam bentuk nikmat yang mana kemungkinannya adalah
stidraj.

‘’Biarkanlah Aku sahaja (Wahai Muhammad) Dengan orang Yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit Demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah Yang mereka tidak mengetahuinya. Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; Sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan Yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh. Ingatlah bahawasanya Allah memberi penangguhan-Nya di atas dunia ini terhadap kekufuran yang dilakukan,bukan bermaksud Allah biarkan kita begitu sahaja’’.( Surah Al-Qalam:44 dan 45)

Akhir sekali, janganlah kita menjadi hamba kepada nafsu dan dunia sehingga kita sering melupakan bahawa ajal itu pasti,An-Nar dan Jannah itu pasti, negeri akhirat itu pasti dan janji Allah itu juga pasti. Sekian.

“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

Disediakan oleh:

Mohd Faiz bin Ismail Shah
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
BKASM sesi 2015/2016


0 comments:

Catat Ulasan