Jumaat, Mei 06, 2016

SYRIA BERDARAH KESATUAN KITA PARAH - Tinta Jumaat siri 22



Syria merupakan salah satu negara yang dilanda revolusi arab spring  yang bermula dari Tunisia.Malangnya negara ini adalah negara arab yang paling teruk menerima kesannya.Dianggarkan hampIr setengah juta rakyatnya terkorban sejak huru-hara tercetus pertengahan tahun 2011.

Terbaru, bandar  Aleppo “bermandi darah” berikutan serangan demi serangan daripada rejim Bashar telah memusnahkan kawasan awam seperti hospital mengorbankan doktor dan pesakit. Serangan 9 hari tanpa henti  telah mengakibatkan ratusan nyawa telah terkorban dan ribuan lagi diancam kelaparan malah menjadi pelarian dinegara sendiri.

Saat kita sedang leka berhibur, “ketika itu Syria dihujani bom pemusnah”.
Saat kita lemas dalam arus kelazatan dunia, “ketika itu nyawa saudara seIslam kita melayang bergelimpangan  bagai tiada nilai”.

Hayatilah hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya :

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam,maka ia bukanlah daripada kalangan mereka”

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasa panas dan demam”
Ambil tahu dan cubalah membantu mana yang mampu bukan hanya semata-mata berpeluk tubuh, terpaku menonton plot cerita penyeksaan saudara kita berterusan tanpa ada apa-apa tindakan. Amat malang teman-teman, apabila dicabut kemanisan sebuah hubungan persaudaraan Islam. Kemudian, bayangkan andai Rasulullah S.A.W masih ada kala ini melihat perpecahan yang berlaku tentunya kesedihan  menyelubungi baginda.

Puncanya, penyakit Al-Wahn iaitu “cintakan dunia dan benci kepada kematian“ semakin menumbuh  dalam diri orang Islam lalu menjadi   duri dalam daging yang merencatkan perpaduan dan kesatuan yang didambakan selama ini.

Ketuklah pintu hati yang tertutup
Kejutkan jiwa yang sedang lena,
Tiupkan ruh keimanan agar kembali hidup,
Kesatuan yang jitu kembali dibina.

Wahai teman sedarlah mulianya kita adalah dengan Islam. Ayuh kita tingkatkan reputasi sebagai seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan hak. Tembaklah  dengan peluru doa  kepada saudara kita yang ditindas kerana doa itu senjata mukmin yang ampuh. Yakin dan percayalah bahawa pertolongan Allah itu sentiasa ada. Wallahu’alam.

Disediakan oleh:
Muhammad Nazim bin Sahaimi
Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM sesi 2015/2016

0 comments:

Catat Ulasan