Jumaat, Jun 03, 2016

PERANCANGAN ATAU KEBETULAN? - Tinta Jumaat siri ke 26



Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“ Mereka merancang (tipu daya) dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan’’

       Saban hari kita menjalani kehidupan kita seharian di atas muka bumi Allah yang fana’ ini dengan penuh pekerjaan. Akan tetapi, adakah kita sedar segala tindakan atau perbuatan kita itu dirancang ataupun tidak. Allah mengurniakan kepada setiap hambanya 24 jam dalam satu hari untuk kita merancang  waktu yang telah diberi.

       Kita lihat dalam sejarah ketika mana tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh yang menawan Kota Konstatinopel yang menggunakan strategi untuk membawa kapal laut untuk merentas daratan bagi mengalahkan pasukan Byzantine.Ia adalah satu buah fikiran yang baik yang telah dikeluarkan bagi menewaskan musuh  dan dengan takdir Allah ternyata berjaya.

      Selain daripada itu, kita lihat perancangan Tatar  yang diketuai oleh Hulagu Khan mengumpul tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun untuk menjatuhkan kerajaan besar Islam ketika itu iaitu Kerajaan Bani Abbasiyah yang bertakhta di Baghdad. Kekalahan Islam yang mudah ini diakibatkan oleh kelemahan tentera Islam dan konflik dalaman yang berlaku dalam kerajaan Bani Abbasiyah  yang mengakibatkan penduduk Islam yang terkorban berjumlah sekitar 1,800,000 orang.

     Oleh hal yang demikian, kita berpindah kepada realiti semasa yang menunjukkan negara Islam yang sedang ditindas antaranya negara Myanmar, Syria, Palestin, dan beberapa negara lain lagi menunjukkan ‘pelaksanaan perancangan’ musuh yang sedang berlaku satu demi satu. Perkara ini menunjukkan kita sebuah perkara yang berulang dan menunjukkan  ke manakah peranan umat Islam ketika ini untuk membangkitkan Islam.

 Selari dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

‘’Dan janganlah kamu lemah(hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan baik pada hari akhirat kelak). Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’’.

‘’Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan''
Disediakan oleh:

Muhammad Auzaie bin Roslan
Bendahari Kehormat
BKASM sesi 2015/2016


0 comments:

Catat Ulasan