Jumaat, Jun 10, 2016

PERBAIKI DIRI DI BULAN RAMADAN - Tinta Jumaat siri ke 27


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Alhamdulillah,bulan Ramadhan kini kembali.Seharusnya kita sebagai umat islam wajib bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurniaannya kita masih dapat meneruskan amal ibadah kita lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Bulan Rmadhan yang Allah jadikan ini bukan suka-suka tetapi untuk baiki kembali jasad seorang mukmin.Kalau tidak dibaiki,nescaya kita akan rosak.Jadi,bagaimana cara untuk kita perbaiki diri?Ada 3 perkara yang perlu dibaiki dalam diri kita:

1)AKIDAH

-Yakinlah pada Allah tuhan yang menjadikan kita.Sesungguhnya Dia tahu akan kemampuan hambanya.Kita berpuasa dari pagi sampai terbenam matahri,kita kena jaga puasa kita jangan sampai batal kerana kita yakin ada Allah dalam diri,jiwa kita pasti selamat.Jika tiada Allah dalam diri,maka jenayah akan berleluasa dan antaranya jadi manusia yang munafiq.Nauzubillah.

2)IBADAH

-Mengapa Allah jadikan puasa dari pagi sampai malam?Ulamak kata waktu inilah ramai yang tinggal solat lebih-lebih lagi solat subuh.Oleh sebab itu,Allah jadikan sahur seperti nabi sebut dalam mafhumnya “bersahurlah kamu walau sebiji kurma kerana ada keberkatan” lantas solat subuh kita terjaga kerana jadual orang mukmin itu hidup sebelum subuh bukan selepas kerana nabi bersabda lagi yang mafhumnya “ 2 rakaat sebelum subuh lebih baik dunia dan isinya”.

3)AKHLAK

-Sayangnya Allah pada kita dia bagi petunjuk kepada manusia tetapi malang sekali ramai antara kita Al-Quran pun tidak dibaca walaupun sehari.Kita hidup mesti dengan Al-Quran,hayati isi dan makna dalam Al-Quran dengan sebenar-benarnya.Biar kita menangis di dunia,jangan kita menangis di alam barzakh nanti kerana orang yang tidak boleh baca Al-Quran,hidupnya hanya untuk dunia sahaja tanpa sesekali buka Al-Quran pasti dan pasti tidak lepas depan Allah.Oleh itu,perbaikilah akhlak kita dengan Al-Quran.

Selari dengan sabda nabi Muhammad yang mafhumnya:
“Peringkat permulaan puasa ini rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya bebas dari api neraka”

Oleh itu,manfaatkanlah semasa kita berada dibulan ramadhan dan perbaikilah diri kita dengan ikhlas serta moga-moga amal ibadah kita berterusan diterima oleh Allah sehingga akhir nafas kita.

“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

Disediakan oleh:


Ahmad Lutfi Bin Ahmad Azizi
Fasilitator 
BKASM sesi 2015/2016

0 comments:

Catat Ulasan