Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

NETBALL GAME - Mengikat Hati Bersama BKAN Taakhi

Imej
30 JULAI 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 di bawah kelolaan Lajnah Kesenian dan Sukan telah mengadakan satu sukan berbentuk santai iaitu perlawanan persahabatan bola jaring bersama BKAN taakhi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang melibatkan peserta akhawat sahaja.    Perlawanan yang diadakan secara kalah mati ini telah melibatkan empat kumpulan, dua kumpulan mewakili setiap BKAN.   Antara fokus utama pelaksanaan aktiviti sukan ini adalah untuk menyediakan medium bersukan khususnya bagi ahli di samping untuk merapatkan ukhuwah antara ahli BKASM juga dengan ahli BKAN taakhi, serta dapat melahirkan pelapis yang berbakat dalam sukan-sukan tertentu.   Perlawanan antara keduanya sangat sengit menyaksikan mata yang diperolehi hampir menyamai antara kedua-dua kumpulan. Perlawanan diakhiri dengan kemenangan secara keseluruhan daripada pemain Melaka. Walaupun begitu, kesemua tetap bersemangat hingga ke akhirnya kerana tuju

SIMFONI'16 MEMACU MAHASISWA BERSATU

Imej
24-25 JULAI 2016, KAHERAH-Simpulan Mahabbah Mahasiswa (Simfoni '16) di bawah Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB'16) telah mengadakan suatu program yang membawa konsep kekeluargaan bagi mahasiswa dan mahasiswi baru. Program ini telah diadakan selama dua hari pada tarikh 24 dan 25 Julai 2016 yang merangkumi beberapa slot pengisian dan gerak kerja berkumpulan (GKB). Hari pertama program berlangsung di Dewan Masjid Tantawi dan hari kedua diteruskan di  Bangunan Asrama Selangor Darul Ehsan (BASDE) dan sekitarnya. Antara objektif SIMFONI '16 adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman Islam bagi melahirkan generasi yang matang serta mampu berbakti kepada Islam serta menerapkan nilai Islam dalam membentuk keperibadian muslim. Antara objektif yang lain, menjadikan BKASM sebagai medan kesatuan yang bekerjasama dengan  Atase Pendidikan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/wi baru. Pada hari pertama, program telah dimulakan pa

Roadshow Baktisiswa BKASM : Kebajikan seluas lautan.

Imej
Saban tahun, di antara aktiviti Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ketika ahli-ahlinya pulang ke Malaysia ialah Roadshow Baktisiswa. Pada kali ini, ianya berkonsepkan penerangan. Program yang diterajui oleh pengarah, Saudara Muhammad Auzaie bin Roslan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Salah satunya, memberi kefahaman dan penerangan yang sebenar tentang Universiti Al-azhar dan Mesir. Dan yang terakhir, menanam semangat dan keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam STAM dan menyambung pelajaran ke Mesir. Secara umumnya, keseluruhan program ini memakan masa hampir 3 jam. Ianya melibatkan persiapan tempat, pendaftaran pelajar, majlis perasmian dan slot yang paling utama, iaitu forum. Namun, di atas permintaan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH), pihak penganjur bersetuju untuk menambah satu slot lagi iaitu Gerak Kerja Berkumpulan(GKB). Disamping itu, pameran tentang Mesir dan Universiti Al-azhar juga disedi

MARI MELESTARIKAN TARBIAH - Tinta Jumaat siri ke 31

Imej
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu petunjuk dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar” (Surah Al-Anfal:29) Setiap manusia dibekalkan Allah S.W.T dengan tiga komponen penting untuk melayari sebuah perjalanan kehidupan. Ketiga-tiganya sangat berpengaruh dan merupakan sistem penting yang tidak dapat dipisahkan. Tiga komponen tersebut ialah jasad, akal dan ruh. Ketiga-tiga komponen ini perlu dijaga dan dilatih dengan baik, supaya ianya berfungsi dengan baik. Jika tidak, kegagalan hidup dalam menjadi hamba kepada Allah S.W.T mungkin akan berlaku. Malah,  masalah dalam melaksanakan tugas dan amanah sebagai khalifah Allah juga mungkin akan dihadapi. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Surah At-Tin:4) Oleh yang demikian, jasad harus diurus dan dilatih dengan baik. Makanan yang masuk

HEDONISME : MEMBUNUH JATI DIRI UMAT ISLAM.

Imej
Firman Allah S.W.T  “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka).” [Surah An-Nisa’ : 89] Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir. Fenomena ini merupakan satu penyakit yang dibuat oleh musuh Islam sendiri untuk melemahkan kekuatan umat Islam yang pada hari ini berkiblatkan budaya-budaya barat dalam kehidupan. Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman. Inilah pola pemikiran Hedonisme yang jelas menyeleweng tujuan dan matlamat hidup seseorang muslim sehingga berkiblatkan keseronok

DE' SAMBUTAN AIDILFITRI 2016 (DESA'16) BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR

Imej
Pada 5 hingga 9 Julai  yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program De’ Sambutan Aidilfitri 2016 (DESA’16) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016.  Program ini telah berlangsung selama 5 hari, padat dengan aktiviti yang disediakan oleh pihak DESA’16.  Hari pertama 5 Julai 2016, pada jam 2.00 petang Program De’ Sambutan Aidilfitri 2016 (DESA’16) telah dimulakan dengan slot Ambang Raya iaitu Pembentangan Feqh Raya yang berkonsepkan Tanyalah Ustaz dan diselangi dengan alunan qasidah. Slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Aiman Fitry bin Zulkifli, Timbalan Setiausaha Agung 1 BKSAM sesi 2015/2016 ditemani moderator Ustaz Muhammad Luqman bin Jasmi, Ketua Lajnah Ekonomi BKASM sesi 2015/2016. Selepas asar pula telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Irsyad bin Abdul Ghafar. Dan tepat jam 5.00 petang Majlis Penutupan IHTIRAM’16 dan Perasmian DESA’16 dimulakan.  Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Asmaaul Husna. Kemudian

Majlis Penutupan IHTIRAM '16 BKASM

Imej
5 JULAI 2016, KAHERAH - Ihya' Tarbawi Ramadan 2016 ( IHTIRAM '16 ) di bawah Lajnah  Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan majlis penutupan IHTIRAM '16 dan peramian Desa'16  bertempat di Musolla Darul Ehsan. Majlis penutupan IHTIRAM '16 telah disempurnakan oleh Ustaz Asraf Bin Alias selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Maka dengan ini,pihak IHTIRAM'16 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penggerak IHTIRAM'16,serta ahli yang membantu sepanjang program ini dijalankan. "Tarbiah Ramadan Diselami,Meraih Ketaqwaan Hakiki" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" BKASM sesi 2015/2016 #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

AIDILFITRI : MANIFESTASI KESYUKURAN - Tinta Jumaat siri ke 30

Imej
Bulan Syawal kembali menjelma. Seluruh peringkat generasi dan latar belakang sama ada tua, muda, miskin dan kaya semuanya bergembira meraikan kedatangan bulan yang penuh mulia ini. Aidilfitri jika kita amati secara menyeluruh dan mendalammerupakan hari kegembiraan bagi menyambut kemenagan demi kemenangan yang telah digapai oleh umat Islam.                 Kegembiraan yang pertama ialah keberhasilan kita sebagai Umat Islam dalam menempuhi bulan Ramadan. عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه" Daripada Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah S.A.W bersabda : “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah dan diampunkan dosa-dosa yang dilakukan sebelum itu.”                 Tiada apa yang diharapkan oleh seorang hamba daripada Tuhannya melainkan pengampunan dan keredhaan Allah yang berpanjangan. Sebulan Ramadan si hamba melaksana

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri BKASM di Suq Sayyarat

Imej
6 JULAI 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah kelolaan De' Sambutan Aidilfitri ( DESA 16 ) telah membawa semua ahli khususnya ahli BKASM solat sunat Hari Raya Aidilfitri beramai-ramai di Suq Sayyarat, Hayyu Asyir bersama warga arab. Seusai sahaja khutbah raya, semua ahli berkumpul untuk mengadakan sesi fotografi beramai-ramai. Semoga hari lebaran ini menjadikan kita hamba yang bersyukur sempena menyambut hari kemenangan dan saling kunjung-mengunjung serta saling maaf-bermaafan antara satu sama lain. “ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “ #DESA'16 #BersamaBersatu  #BersatuBerbakti