Jumaat, Julai 08, 2016

AIDILFITRI : MANIFESTASI KESYUKURAN - Tinta Jumaat siri ke 30




Bulan Syawal kembali menjelma. Seluruh peringkat generasi dan latar belakang sama ada tua, muda, miskin dan kaya semuanya bergembira meraikan kedatangan bulan yang penuh mulia ini. Aidilfitri jika kita amati secara menyeluruh dan mendalammerupakan hari kegembiraan bagi menyambut kemenagan demi kemenangan yang telah digapai oleh umat Islam.

                Kegembiraan yang pertama ialah keberhasilan kita sebagai Umat Islam dalam menempuhi bulan Ramadan.

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه"

Daripada Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah S.A.W bersabda : “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah dan diampunkan dosa-dosa yang dilakukan sebelum itu.”

                Tiada apa yang diharapkan oleh seorang hamba daripada Tuhannya melainkan pengampunan dan keredhaan Allah yang berpanjangan. Sebulan Ramadan si hamba melaksanakan perintah Tuhannya dengan harapan supaya diampunkan dosa dan digolongkan dalam kalangan orang yang berjaya dan bertaqwa. Oleh itu, pada hari Aidilfitri ini, seharusnya kita koreksi dan muhasabah kembali dalam diri ini mengenai bulan Ramadan yang lepas bagi menjadi satu batu loncatan untuk kita tetap terus istiqamah dalam amal dan ibadah kita sehingga bertemu Ramadan akan datang.

                Kegembiraan yang seterusnya ialah kejayaan melakukan ketaatan dan juga kemerdekaan umat Islam dari seksaan api neraka. Kegembiraan ini dirasai pada akhir Ramadan dan ia merupakan kejayaan yang yang sempurna kerana telah diberi petunjuk untuk melakukan ketaatan dan kewajipan kepada Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadan.
Allah telah merakamkan kalamNya di dalam Al-quran :

يصلح لكم أعملكم ويغفرلكم ذنوبكم . ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا عظيما

Maksudnya :”Supaya ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” ( Surah Al-Ahzab : 71 )

                Pada hari Aidilfitri, Allah mengampunkan dosa hamba-hambaNya dan menjadikan setiap dari hambaNya kembali kepada fitrah yang asal. Fitrah manusia yang hidup bertuhan dan terus mengesakan Allah. Kemerdekaan juga boleh dikatakan bebas dari belenggu syahwat dan gangguan syaitan yang akhirnya menjadikan kita seorang muslim yang rabbani.

Justeru, Aidilfitri perlu disambut dengan pemuh kesederhanaan dan kesyukuran bukan dengan perkara yang melalaikan disamping tidak melupakan saudara-saudara Islam kita yang dizalimi. Moga Aidilfiri kali ini menjadi satu titik tolak untuk umat Islam terus kuat dan bersatu di seluruh dunia.

تقبل الله نما ومنكم وصالح الأعمال
“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “

Disediakan oleh :
Aisyah binti Mhd Shukeri
Timbalan Ketua Lajnah Kesenian & Sukan
BKASM sesi 2015/2016




0 comments:

Catat Ulasan