Rabu, Julai 27, 2016

Roadshow Baktisiswa BKASM : Kebajikan seluas lautan.



Saban tahun, di antara aktiviti Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ketika ahli-ahlinya pulang ke Malaysia ialah Roadshow Baktisiswa. Pada kali ini, ianya berkonsepkan penerangan.
Program yang diterajui oleh pengarah, Saudara Muhammad Auzaie bin Roslan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Salah satunya, memberi kefahaman dan penerangan yang sebenar tentang Universiti Al-azhar dan Mesir. Dan yang terakhir, menanam semangat dan keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam STAM dan menyambung pelajaran ke Mesir.
Secara umumnya, keseluruhan program ini memakan masa hampir 3 jam. Ianya melibatkan persiapan tempat, pendaftaran pelajar, majlis perasmian dan slot yang paling utama, iaitu forum. Namun, di atas permintaan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH), pihak penganjur bersetuju untuk menambah satu slot lagi iaitu Gerak Kerja Berkumpulan(GKB).
Disamping itu, pameran tentang Mesir dan Universiti Al-azhar juga disediakan. Turut mengisi perjalanan program ialah, ruangan jualan. Jualan cenderahati yang terdiri daripada minyak wangi, key-chain, tasbih digital dan banyak lagi yang dibawa khas dari bumi Mesir.
Mengikut perancangan awal, kesemua sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah menjadi sasaran. Sekolah-sekolah yang terlibat pada kali ini ialah :-
1. Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (27.6.2016)
4. Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak (28.6.2016)
3. Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru (29.6.2016)
4. Sekolah Agama Menengah Jeram (30.6.2016)
5. Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (12.7.2016)
6. Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (14.7.2016)
7. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (21.7.2016)
Keseluruhannya, seramai 462 orang dikalangan pelajar yang menyertai roadshow pada kali ini.
Pihak sekolah juga menyambut baik program ini. Penghargaan ini lahir melalui ucapan perasmian oleh pengetua-pengetua di sekolah masing-masing. Mereka secara umumnya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak BKASM. Mereka menginginkan agar program seumpama ini dapat diteruskan. Mereka juga mengharapkan agar program seperti ini memberikan semangat kepada para pelajar STAM agar dapat mencapai kejayaan seterusnya melanjutkan pengajian ke Mesir.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, konsep penerangan yang dibawa pada kali ini menjadikan slot forum sebagai aktiviti utama program roadshow pada kali ini. Barisan ahli panel yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar sekolah yang terlibat memberikan kelebihan dalam program pada kali ini.
Antara pengisian yang dibentangkan ialah penerangan tentang prosedur menyambung pelajaran ke Universiti Al-azhar, kelebihan memilih Mesir sebagai negara tempat belajar dan pengalaman dalam menuntut ilmu di bumi yang diberi gelaran 'ummu ad-dunya' ini. Selain itu, kalam motivasi kepada pelajar STAM juga dikongsikan seterusnya menjayakan kedua-dua objektif program pada kali ini.
Akhirnya, pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dengan program Roadshow Baktisiswa ini. Terutamanya pihak sekolah, penaja, ahli-ahli BKASM yang pulang ke Malaysia serta pelajar-pelajar STAM juga mereka yang membantu menjayakan program pada kali ini secara langsung mahupun sebaliknya.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
#KITAPMRAM #BersamBersatu #BersatuBerbakti

0 comments:

Catat Ulasan