Rabu, Julai 27, 2016

SIMFONI'16 MEMACU MAHASISWA BERSATU


24-25 JULAI 2016, KAHERAH-Simpulan Mahabbah Mahasiswa (Simfoni '16) di bawah Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB'16) telah mengadakan suatu program yang membawa konsep kekeluargaan bagi mahasiswa dan mahasiswi baru.

Program ini telah diadakan selama dua hari pada tarikh 24 dan 25 Julai 2016 yang merangkumi beberapa slot pengisian dan gerak kerja berkumpulan (GKB). Hari pertama program berlangsung di Dewan Masjid Tantawi dan hari kedua diteruskan di  Bangunan Asrama Selangor Darul Ehsan (BASDE) dan sekitarnya.

Antara objektif SIMFONI '16 adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman Islam bagi melahirkan generasi yang matang serta mampu berbakti kepada Islam serta menerapkan nilai Islam dalam membentuk keperibadian muslim. Antara objektif yang lain, menjadikan BKASM sebagai medan kesatuan yang bekerjasama dengan  Atase Pendidikan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/wi baru.

Pada hari pertama, program telah dimulakan pada waktu pagi dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Nazif Bin Shaari selaku Ahli Lembaga Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016. Seterusnya, diteruskan dengan slot pembentangan kitab "Daur Syabab fi Hamli Risalah Islam" oleh Ustaz Khairulamirin bin Khabir, Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah sebelum slot Al-Azhar dan Mesir oleh Ustaz Mohd  Nazim bin Bahnan, Ketua Jabatan Fasilitator BKASM sesi 2015/2016. 

Pada tengah hari, program diteruskan dengan GKB bermodulkan nilai ukhuwah. Seterusnya, slot pengenalan AJKT dan BKASM, dimulakan dengan pengenalan ringkas tentang sejarah dan perlembagaan BKASM oleh Ustaz Azrollnaim bin Arshad, Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan dan Ustazah Ummi Aqilah binti Norlizam, Timbalan Setiausaha Agung II sebelum AJKT memperkenalkan diri. 

Seterusnya, SIMFONI '16 meneruskan program dengan GKB berbentuk modul kesatuan dan slot teknik muamalat Mesir oleh Ustaz Mohd Faiz bin Ismail Shah, Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan dan slot Ramah Mesra bersama Atase Pendidikan Selangor Mesir oleh Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani. Hari pertama diakhiri dengan slot forum peranan mahasiswa oleh Ustaz Muhammad Sufi bin Mohd Yusof dan Ustazah Hanis Madihah binti Meor Hamdan , yang masing-masing merupakan fasilitator BKASM. Slot ini dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi, Ketua Lajnah Ekonomi BKASM sesi 2015/2016.

Pada hari kedua di sebelah pagi, program diteruskan dengan slot pengenalan berkenaan UBM, UBS dan Hisbah disampaikan oleh Ustaz Meor Muhammad Syazwan bin Meor Harudin, Ketua Unit Bait Muslim BKASM sesi 2015/2016, Ustaz Muhammad Waliuddin bin Analis, Ketua Hisbah BKASM sesi 2015/2016 dan Ustazah Siti Fadilah binti Sulaiman, Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016. Slot ini telah dibawa oleh Ustazah Aisyah binti Mhd Shukeri selaku Timbalan Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan BKASM sesi 2015/2016.

Seterusnya, peserta di dalam kumpulan masing-masing dikehendaki membuat persembahan mengikut apa yang diminta oleh pihak AJK pelaksana. Pada sebelah petang, peserta disajikan dengan aktiviti santai iaitu explorace di sekitar Hayyu 'Asyir dengan beberapa tindakan yang perlu mereka selesaikan. Majlis diakhiri dengan majlis perasmian penutup oleh Ustaz Mohd. Yasser Bin Abdul Ghani selaku Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir dan persembahan kumpulan terbaik dari sebelah ikhwah.

Diharapkan agar semua mahasiswa/wi baru mendapat peluang dan manfaat yang ada pada program ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman islam serta mengeratkan lagi ukhuwah islamiah dalam kalangan diri mahasiswa/wi baru.

"Keutuhan Ukhuwah Cerminan Wehdah"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

0 comments:

Catat Ulasan