Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

BKASM MELEBAR SAYAP : Kunjung Hormat BKASM bersama MPM KUIZM - Memperkukuh Hubungan Dua Hala

Imej
30 Ogos 2016, Selangor - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (MPMK)  yang bertempat di KUIZM, Taman Melewar. Kunjung Hormat ini, BKASM telah diwakili oleh saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, selaku Timbalan Yang Dipertua I BKASM dan saudara Mohd Nazim bin Bahnan yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator BKASM (JATA). Pihak MPMK pula telah diwakili oleh 6 orang Ahli Majlis Tertinggi MPMK yang diketuai oleh saudara Umar Sufee bin Nasaruddin, Presiden MPMK. Turut meraikan Kunjung Hormat ini ialah wakil daripada Pentadbiran KUIZM sendiri iaitu Ustaz Norhan bin Hamsi yang merupakan Penolong Rektor 2 ( Hal Ehwal Pelajar ) KUIZM. Kunjung Hormat ini merupakan yang pertama dijalankan di antara BKASM dan MPMK sebagai usaha awal untuk membina hubungan kedua-dua pihak. Selain itu, untuk menjayakan usul BKASM bagi sesi ini yang telah disepakati bersama

Qul Hazihi Sabili - Tinta Jumaat siri ke 35

Imej
 Sesungguhnya perjalanan hidup  Rasulullah dan para sahabat sepatutnya menjadi perkara utama dalam diri seorang muslim. Ia bukan sahaja dibaca melalui tulisan atau mendengar ucapan, tetapi suatu kenyataan yang benar-benar berlaku dengan petunjuk dari Allah. Justeru, apa yang didengar dan dibaca  tentang Rasulullah dan para sahabat  perlulah difahami, dihayati sunnah-sunnah baginda sama ada semasa damai atau perang, dalam medan ilmu atau amal, atau dalam ibadat atau adat. Sebagai penerus perjuangan agama Islam, beberapa perkara perlu diberi penekanan: KEILMUAN Amal tanpa ilmu, ibarat lentera di tangan bayi, namun ilmu tanpa amal ibarat lentera di tangan pencuri. Kedua-duanya diperlukan dalam diri seorang pendakwah yang ingin membawa manusia ke jalan Allah. Apakah amal semata-mata tanpa ilmu mampu menjadi penyuluh kepada masyarakat yang berada di dalam kegelapan. Begitu juga ilmu semata-mata tiadalah tertegak Islam itu seandainya tidak d

BORANG PERMOHONAN DANA MAHABBAH FASA KEDUA

Imej
Berikut merupakan Borang Permohonan Dana Mahabbah Fasa Kedua. Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 Sila tekan pada gambar untuk memuat turun borang ( save image as ...) Sila tekan pada gambar untuk memuat turun borang ( save image as ...) Sila tekan pada gambar untuk memuat turun borang ( save image as ...) Selesai memuat turun borang ini, sila hantar maklumat lengkap borang kepada Email pentadbiranbkasm@gmail.com. 

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Imej
Sambutan Hari Kemerdekaan Anak-Anak Negeri 24 Ogos 2016, Kaherah- Satu perbincangan bersama yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron  selaku yang dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah diadakan di Wisma Sultan Muhammad ke V . Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi menyelaraskan satu program secara bersama  bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan. Program yang bakal dilaksanakan ini adalah bertujuan meningkat kesedaran dan semangat patriotism dan kecintaan kepada negara menurut acuan Islam  dalam kalangan mahasiswa/wi. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk memupuk semangat ukhuwah dan kesatuan sesama ahli BKAN melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Semoga program yang bakal dilaksana ini diharapkan dapat memberi satu semangat kepada kalangan ahli yang menginginkan program yang dapat menyatukan ukhuwah di kalangan mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini. 

KETELUSAN PENGAGIHAN ZAKAT

Imej
            Sejarah peradaban tamadun menyaksikan telah berlaku kezaliman terhadap golongan yang lemah. Antaranya adalah sistem kasta di antara orang kaya dan orang miskin yang tersebar dalam tamadun-tamadun sebelum kedatangan Islam.             Seorang penulis Al-Marhum Muhammad Farid Wajdi telah menceritakan tentang keadaan beberapa pemerintah yang jelas adanya dua peringkat dalam satu masyarakat; golongan senang dan golongan susah.                         Mesir pada zaman dahulu merupakan tempat yang Allah kurniakan dengan kebun-kebun yang boleh mencukupi daripada tumbuhannya untuk penduduk-penduduknya. Apa yang berlaku adalah golongan fakir tidak dapat makanan daripadanya kerana golongan kaya kerana mereka tidak meninggal apa-apa terhadap golangan miskin melainkan sisa-sisa sahaja. Begitu juga pemerintahan Babylon dan Parsi.             Apabila datangnya Islam, Islam membasmi permasalahan tersebut. Ini dapat dilihat jelas di dalam ayat Al-Quran menerangkan tentang k

Learn By Sight in Matruh

Imej
15-18 OGOS 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah ke Matruh yang diberi nama Matruh In Real Creatures 2016 (MIRACLE '16). Objektif MIRACLE '16 adalah untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli  BKASM melalui aktiviti yang diadakan dan meningkatkan tarbiah dan thaqafah ahli di samping mentadabbur ciptaan Allah SWT. MICRACLE '16 ini telah diadakan selama dua hari satu malam iaitu pada 15 dan 16 Ogos bagi akhawat, manakala 17 dan 18 Ogos bagi ikhwah. Antara tempat yang dilawati  seperti Pantai Cleopatra, Pantai Ajibah, Pantai Abyadh dan Suq Libya. Pelbagai aktiviti riadah dan pengisian rohani telah diadakan untuk para peserta.  Semoga melalui jaulah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM dan dapat menambahkan iman dan taqwa disamping menjadi salah satu wasilah tarbiah kepada ahli. "Learn By Sight" "Memurnikan Pemikiran Me

ISLAM PENYELAMAT KEHIDUPAN - Tinta Jumaat siri ke 34

Imej
"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu serta aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. ( Surah Al Maa’idah : ayat 3) Islam adalah adalah agama yang agung dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta diiktiraf disisi Allah. Sebagai mana firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" (Surah Ali Imran : ayat 19 ) Islam juga merupakan cara hidup yang sempurna mencakupi pelbagai aspek. Baik dari sudut ibadah, cara bermuamalat sesama manusia, akhlak, aqidah, kepimpinan dan pentadbiran, dakwah, ketenteraan, ekonomi, dan politik. Islam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Ini kerana Islam didasari dengan perlembagaan Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW untuk ummatnya. Firman Allah : "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (deng

JAULAH '16 - Menelusuri Sejarah di Kota Seribu Menara

Imej
13 Ogos 2016, KAHERAH - Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi baru Selangor (USMB'16) dengan kerjasama Lajnah Sambutan & Rehlah BKASM 2015/2016 telah mengadakan aktiviti jaulah ke lima tempat perlancongan sekitar Kaherah Mesir.  Antara objektif utama diadakan JAULAH'16 ini bertujuan mngukuhkan lagi ukhwah antara mahasiswa/wi baru serta menghayati sejarah peradaban Mesir sebagai kota peradaban terawal dunia. Seramai 128 orang mahasiswa/wi baru sesi 2016/2017 diiringi beberapa Jawatankuasa Pelaksana JAULAH '16 dan AJKT BKASM telah menyertai jaulah ini. Untuk Jaulah ini, pergerakan peserta ikhwah dan akhwat adalah pada waktu yang sama tetapi berbeza kerana urutan destinasi. Perjalanan di belah ikhwah bermula dari Kubu Salahuddin Al Ayubi hingga ke Masjid Amru al As, manakala di belah akhwat bermula dari Masjid Amru al As hingga Masjid ibn Tulun. Untuk belah ikhwah, destinasi yang pertama adalah Kubu Salahuddin Al Ayubi. Di sana, para mahasiswa baru dapat mengeta

PENYAKIT SIBER ZAMAN MODEN - Tinta Jumaat siri ke 33

Imej
Kita sentiasa mengambil berat tentang isu semasa yang sentiasa berlegar di alam dunia kepada kita. Isu-isu tersebut perlulah disandarkan kepada agama agar kita tidak terjerat dalam lembah yang boleh membawa kita kepada kemudaratan. Oleh itu, benarlah sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya:  Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain . Pok√©mon Go    merupakan applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan Teknologi augmented Reality  (Realiti Berperantara) dan  Location-based  (Perisian berasaskan lokasi). Bermula pada bulan Julai 2016, Para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go yang mana permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua dan rantau Asia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia dan lain-lain. Adapun negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain m

PROGRAM KEMBARA AZHARI ANAK SELANGOR - UKHUWAH ANTARA DUA BENUA

Imej
5-7 OGOS, BANTING - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan JKKK Kampung Labohan Dagang telah berjaya mengadakan satu program baktisiswa yang dinamakan Kembara Azhari Anak Selangor ( KAAS'16 ) selama tiga hari bermula pada 5 Ogos hingga 7 Ogos. Program ini merupakan program kedua kalinya selepas tahun 2010 dan disertai seramai beberapa orang ahli BKASM yang pulang ke Malaysia. Bagi menjayakan program ini pihak penggerak meletakkan beberapa objektif. Antaranya, mewujudkan ukhuwah antara ahli BKASM bersama penduduk kampung tersebut, menyebarkan dakwah dan nilai-nilai akhlak serta mendedahkan ahli BKASM pengalaman berkhidmat kepada masyarakat. Pada 5 Ogos pagi Jumaat, para peserta berkumpul di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk bergerak beramai-ramai menuju ke tempat program.Sebanyak 6 buah kereta yang terlibat dan tiba di tempat program sekitar jam 12 tengahari. Selepas zohor, diadakan taklimat prog

PROGRAM KEMBARA AZHARI ANAK SELANGOR - UKHUWAH ANTARA DUA BENUA

Imej
5-7 OGOS, BANTING - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan JKKK Kampung Labohan Dagang telah berjaya mengadakan satu program baktisiswa yang dinamakan Kembara Azhari Anak Selangor ( KAAS'16 ) selama tiga hari bermula pada 5 Ogos hingga 7 Ogos. Program ini merupakan program kedua kalinya selepas tahun 2010 dan disertai seramai beberapa orang ahli BKASM yang pulang ke Malaysia. Bagi menjayakan program ini pihak penggerak meletakkan beberapa objektif. Antaranya, mewujudkan ukhuwah antara ahli BKASM bersama penduduk kampung tersebut, menyebarkan dakwah dan nilai-nilai akhlak serta mendedahkan ahli BKASM pengalaman berkhidmat kepada masyarakat. Pada 5 Ogos pagi Jumaat, para peserta berkumpul di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk bergerak beramai-ramai menuju ke tempat program.Sebanyak 6 buah kereta yang terlibat dan tiba di tempat program sekitar jam 12 tengahari. Selepas zohor, diadakan taklimat prog

Taalim Mutaalim - Adab - Adab Dalam Menuntut Ilmu

Imej
3 OGOS 2016, KAHERAH - Unit Thaqafah di bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan Daurah kitab Taalim Mutaalim bermula 31 Julai 2016 hingga 3 Ogos 2016 di Musolla Darul Ehsan. Daurah ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal khususnya untuk mahasiswa baru tentang adab-adab dalam menuntut ilmu. Kitab Taalim Mutaalim dibentangkan oleh saudara Ahmad Fariz Mohd Zaini, Timbalan Yang Dipertua BKPPPM sesi 2015/2016 berlangsung selama 4 hari selepas solat Maghrib Daurah ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakan khusus mahasiswa baru dan juga ahli luar. Semoga pengisian daurah ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mahasiswa dalam memulakan perjalanan mereka sebagai penuntut ilmu agama. "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" Unit Thaqafah BKASM sesi 2015/2016 #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

KETEGUHAN HATI MERAWAT KELUHAN DIRI - Tinta Jumaat siri ke 32

Imej
Bila ditelusuri sirah-sirah terdahulu banyak ibrah & pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman kehidupan seharian. Antara contoh yang dapat kita ambil adalah bagaimana Rasulullah dan para sahabat terdahulu menghadapi pelbagai mehnah & ujian demi menegakkan agama Islam itu sendiri. Antaranya Bilal bin Rabah yang pernah ditimpa batu besar di tengah padang pasir yang terik. Seterusnya, Abu Bakar diinjak-injak kaum Quraisy. Dan Rasulullah, yang pernah dicekik, diludahi, dan dilemparkan dengan batu juga kotoran. Tepuk dada, tanya diri. Mengapa mereka tetap thabat dan tabah menghadapi pelbagai tekanan, penderitaan dan siksaan tersebut? Sedangkan mereka boleh sahaja untuk mengalah dan berundur jika mereka mahu dengan mengikut hawa nafsu   mereka. Antara faktor yang membawa mereka teguhnya hati dalam perjuangan ini : Keimanan kepada Allah Taala *Firman Allah dalam Surah Ar Ra’d ayat 17 :  “ Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adap