Jumaat, Ogos 19, 2016

ISLAM PENYELAMAT KEHIDUPAN - Tinta Jumaat siri ke 34


"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu serta aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

( Surah Al Maa’idah : ayat 3)

Islam adalah adalah agama yang agung dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta diiktiraf disisi Allah.

Sebagai mana firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"
(Surah Ali Imran : ayat 19 )

Islam juga merupakan cara hidup yang sempurna mencakupi pelbagai aspek. Baik dari sudut ibadah, cara bermuamalat sesama manusia, akhlak, aqidah, kepimpinan dan pentadbiran, dakwah, ketenteraan, ekonomi, dan politik.

Islam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Ini kerana Islam didasari dengan perlembagaan Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW untuk ummatnya.

Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
( Surah Al Baqarah : ayat 208 )

Oleh kerana itu, segala ideologi atau pemikiran selain dari Islam mesti dijauhkan. Antara bentuk-bentuk ideologi barat yang telah meresap masuk ke dalam ummat Islam pada hari ini seperti:

Sekularisma - Memisahkan agama daripada kehidupan,
Liberalisma - Memberi kebebasan kepada akal semata-mata untuk membuat keputusan,
Hedonisma -  Hiburan secara melampau,
Feminisme - Memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan,
Pragmatisme - Mengambil agama separuh. Lebih mementingkan hasil kajian atau praktikal atau logik akal tanpa pertimbangan nas.

Justeru itu, bersama-sama kita mempertingkat diri dalam memahami ajaran Islam secara mendalam serta mengenali siapakah musuh-musuh Islam supaya kita tidak terperangkap dengan jerat musuh yang akan membinasakan ummat Islam. 


Wallahu A'lam.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Disediakan oleh :
Mohamad Badrul Annuar bin Mahbob
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016


0 comments:

Catat Ulasan