BKASM Menjalinkan Hubungan Dua Hala Bersama MPP KUIS
23 SEPTEMBER 2016, SELANGOR- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (MPP KUIS) yang bertempat di KUIS, Bandar Seri Putra.
Kunjung Hormat ini, BKASM telah diwakili oleh Saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, selaku Timbalan Yang Dipertua 1 BKASM dan Saudara Anas bin Mohd Bhukhari yang merupakan Mantan Yang Dipertua BKASM sesi 2014/2015. Pihak MPMK pula telah diwakili oleh 6 orang Ahli Majlis Tertinggi MPP KUIS yang diketuai oleh Saudara Mohd Farizul Adha bin Musa, Yang Dipertua MPP KUIS sesi 2016/2017.
Sebagaimana sedia maklum, Kunjung Hormat ini merupakan kali pertama dibuat di antara BKASM dan MPP KUIS sebagai jambatan bagi membina hubungan antara kedua-dua pihak, selain untuk merealisasikan usul BKASM bagi sesi ini yang telah disepakati bersama.
Pertemuan ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan diri daripada kedua-dua pihak. Seterusnya, sesi memperkenalkan BKASM kepada MPP KUIS pada sejarah penubuhannya, struktur organisasi, program yang dijalankan dan lain-lain perkara. Setelah itu, peringkat MPP KUIS pula perkenalkan KUIS dan organisasi MPP KUIS kepada BKASM.
Dalam Kunjung Hormat ini juga turut dibincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara BKASM dan MPP KUIS. Antara yang dicadangkan ialah berkaitan penganjuran program secara bersama yang semestinya memberi manfaat kepada semua pihak.
Di akhir kunjungan, Pihak BKASM telah menyampaikan cenderahati kenangan sebagai tanda kerjasama kedua-dua pihak. Pihak BKASM juga turut menerima sedikit buahtangan dari Pihak MPP KUIS.
Akhirnya, semoga dari sesi perkenalan ini dapat membina hubungan yang kukuh di antara BKASM dan MPP KUIS. Semoga hubungan dapat diteruskan lagi dan menjadi tradisi yang baik untuk diteruskan di masa akan datang. Seterusnya, tidak lain lagi semoga ianya diredhai Allah Taala.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
BKASM sesi 2015/2016
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Ulasan
Catat Ulasan