ISLAM ITU SATU NIKMAT - Tinta Jumaat siri ke 40
"Jika sekiranya mereka (orang bukan Islam) datang kepadamu (wahai Muhammad) , hukumlah mereka , ataupun biarkan mereka. Kalau kamu biarkan , mereka tidak boleh memberi apa-apa mudarat terhadap kamu. Kalau kamu hukum mereka , hukum dengan adil , sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil". (Surah Al-Maidah : Ayat 42)
Usaha untuk memartabatkan dan meninggikan ajaran
Islam adalah tuntutan agama bagi setiap orang yang beriman. Ia adalah cerminan
sifat jati diri dan iman individu muslim itu sendiri. Tanggungjawab ini tidak
boleh digadaikan
dengan kepentingan dan habuan duniawi.
Teladanilah kisah Hatib bin Abi
Baltaah dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 2 , apabila Allah menurunkan ayat teguran dalam cubaannya
menyampaikan rahsia perancangan Rasulullah S.A.W kepada kaum keluarganya yang
masih tidak beriman di Kota Mekah.
Sekalipun Hatib bin Abi Baltaah menyayangi dan mengasihi kaum keluarganya
sendiri, tetapi tidak sampai menggadaikan prinsip Islam dan merugikan Islam itu
sendiri.
Tidak dinafikan, sememangnya
perkara yang baik itu pasti ada halangannya seperti mana usul pindaan RUU Akta
355 yang turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak , segelintir daripada
golongan bukan Islam dan sebahagiannya daripada orang Islam sendiri.
Namun sebagai umat Islam yang
berprinsip , janganlah kita terdorong dengan mereka yang jahil dan tidak
beriman. Sikap dan pendirian kita sebagai orang yang beriman hendaklah
berpandukan kepada penunjuk Ilahi iaitu apabila melibatkan prinsip dan dasar agama , maka kita mestilah berpihak kepada
agama.
Ketahuilah dua tunggak penting
dalam Islam iaitu prinsip dan konsep yang dibawa. Dua prinsip dalam Islam ialah
beriman kepada Allah dan beriman kepada Akhirat. Manakala dua konsep dalam
Islam pula ialah taqwa danseterusnya menjadikan Islam
sebagai addin yang sempurna.
Asas ini sentiasa dipegang oleh
generasi awal Islam sehingga tertegak dan tersebarnya Islam yang mana tidak ada dalam agama lain. Dalam tempoh 80
tahun , Islam berkembang dengan megahnya ke timur dan barat.
Semoga Allah membuka dan
menyatukan hati umat Islam agar untuk bersama menyokong usaha pindaan Akta 355
di parlimen pada bulan Oktober nanti.
Syukurlah nikmat
Islam yang dikecapi , bahkan Islam yang lengkap segalanya !
"Memurnikan
Pemikiran Meribat Kesatuan"
Disediakan oleh :
Ma Nadhirah binti
AB Razak
Timbalan Ketua
Lajnah Penempatan & Perumahan
BKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan