ISU NEGARA | VIRUS ZIKA:KES PERTAMA DI MALAYSIA
1
SEPTEMBER 2016-Malaysia
digemparkan dengan satu berita apabila Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)
menerima laporan satu kes mangsa yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31
Ogos 2016..Pesakit adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di
Bandar Botanic,Klang,Selangor.
Susulan daripada itu,satu penyiasatan kes
telah dilakukan untuk mengenal pasti symptom-simptom gejala awal virus Zika.Di
samping itu KKM turut memulakan kawalan vector di kawasan kediaman kes dan
tempat-tempat yang pernah dilawati oleh pesakit.
Saranan kepada semua rakyat Malaysia agar
mempertingkatkan keselamatan dengan membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
Aedes dan berhati-hati dengan sebarang simptom
yang menjurus kepada penyakit virus Zika ini seperti demam,ruam, dan
conjunctivis.Jika terdapat sebahagian simptom,maka digalakkan membuat
pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera kerana ‘mencegah lebih baik dari
merawat’
AL-QURAN
MERAKAM ANTARA PENYAKIT BERPUNCA DARI HAIWAN
Al-Quran banyak merakamkan perumpamaan dari
sebesar-besar haiwan hingga sekecil-kecil haiwan. Allah berfirman dengan
perumpamaan nyamuk dalam Surah Al-Baqarah:26.
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa
saja.(seperti) nyamuk hingga kesatu yang lebih daripadanya(kerana perbuatan itu
ada hikmahnya),iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui
bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka…”
Allah
mengisahkan juga kisah Bani Israil yang ditimpa penyakit taun yang berpunca
dari haiwan seperti kutu,katak dan sebagainya sebagai tanda peringatan kepada
mereka yang kufur kepada Allah.Allah berfirman:
“Kami
pun menghantarkan kepada mereka taufan,belalang,kutu,katak dan darah sebagai
tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata,maka mereka juga tetap berlaku sombong
takbur dan menjadi kaum yang menderhaka”[Surah Al-A’raf:133]
Hari ini penyakit yang berpunca dari nyamuk
sudah menyebabkan ribuan kematian akibat pelbagai virus yang sudah tidak asing
lagi.Contohnya Aedes,Denggi,Chikungunya dan terbaru dalah virus Zika.
Nyamuk
adalah sekecil-kecil haiwan yang diciptakan Allah namun mampu membawa manfaaat
dan mudarat kepada manusia.Kisah Raja Namrud juga menjadi ibrah yang besar
apabila seorang raja yang angkuh dan kufur kepada Allah mati akibat nyamuk
kecil yang membunuhnya.
ISLAM
MENITIKBERATKAN KEBERSIHAN
Hadith Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa
kebersihan adalah separuh daripada iman.Tidak hairanlah apabila sebarang
penyakit dan virus yang melanda dunia moden pada hari ini berpunca dari masalah
kebersihan di persekitaran kita.Allah menurunkan bala sebagai bentuk peringatan
kepada manusia akibat dari tangan manusia itu sendiri.Maka langkah terbaik
adalah dengan menjaga kebersihan di komuniti kita dahulu sebelum ke peringkat
yang lebih besar.Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.Allah
berfirman:
“Wahai
Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari azab
neraka”[Surah Ali Imran:191]
Kesimpulannya,adalah
setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati.Sebagai mahasiswa Islam, menjadi
kewajipan kita untuk menjaga diri dan masyarakat dengan melaksanakan tuntutan
Islam. Maka
perubahan seharusnya bermula dari diri kita sebelum berpindah kepada orang
lain.
''Bersama
Bersatu Mendepani isu”
''Memurnikan
Pemikiran Meribat Kesatuan''
Sumber:
Kementerian
Kesihatan Malaysia
Astro
Awani
Disediakan Oleh:
Unit
Penerangan dan Informasi
Lajnah
Penerangan & Penerbitan
BKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan