Kenyataan Semasa HISBAH Selangor : Tingkatkan Keselamatan
Mutaakhir ini, kita digemparkan dengan berlaku banyak kes yang melibatkan keselamatan ahli BKASM. Oleh itu, Unit Hisbah di bawah Jabatan YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) menyeru agar seluruh ahli BKASM meningkatkan tahap keselamatan dan mengikuti panduan keselamatan yang telah digariskan .
Sehubungan itu, berikut merupakan garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh Unit Hisbah BKASM :
1. Pastikan segala dokumen penting ( seperti passport atau salinan passport dan kad pelajar ) dibawa bersama ketika keluar dari rumah.
2. Merancang perjalanan agar tidak balik lewat malam.
3. Berjalan secara berkumpulan (sekurang-kurangnya tiga orang) terutamanya pada waktu malam. Bagi akhawat, hendaklah menggunakan perkhidmatan musyrif.
4. Elakkan berjalan secara berseorangan pada waktu malam.
5. Elakkan diri ke tempat-tempat yang panas atau black area .
6. DILARANG melalui SUQ SAYYARAT dan LORONG GELAP KE GAMEK apabila waktu malam.
7. Disarankan melalui JALAN UTAMA GAMEK apabila waktu malam .
8. Sentiasa merujuk Pengarah dan Timbalan Pengarah HISBAH Selangor sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Dengan ini diharapkan seluruh ahli BKASM dapat mengambil cakna akan hal ini. Semoga kita semuanya terus dipelihara oleh Allah .
Ustaz Waliuddin bin Analis,
Pengarah Unit Hisbah,
Jabatan Yang Dipertua,
BKASM sesi 2015/2016.
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan