Selasa, Oktober 04, 2016

HIJRAH MENUJU KEJAYAAN


2 OKTOBER 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan sambutan Awal Muharram 1438 Hijrah bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. 

                Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memperingati sirah perjuangan dan penghijrahan Rasulullah S.A.W. dalam mendaulatkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan tema program “ Menelusuri Sirah Penghijrahan Rasulullah S.A.W ”.

                Program telah dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Qur’an sekitar jam 5.15 petang hingga beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib. Majlis tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua ahli.

                Seterusnya program diteruskan lagi dengan Tazkirah perdana sempena Awal Muharram yang bermula pada jam 6.20 petang hingga jam 7.30 malam. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Amar Arif bin Ahmad Po’aad, Mantan Timbalan Yang Dipertua KPIPM. Kehadiran ahli sangat baik sehingga memenuhi setiap ruang yang disediakan bgi ikhwah mahupun akhawat. Antara intipati tazkirah yang disampaikan adalah politik yang dijalankan oleh Nabi S.A.W. setelah hijrah baginda S.A.W. ke Madinah adalah berkonsepkan dakwah. Pengorbanan para sahabat baginda S.A.W. sebagai tulang belakang perjuangan baginda S.A.W juga telah berjaya merealisasikan misi mendirikan Dulah Islamiyyah yang begitu kukuh dan ampuh  dengan pemantapan akidah dan syariah. Walaupun tiada lagi hijrah selepas pembukaan Mekah namun peristiwa hijrah Nabi S.A.W. boleh diambil dan diaplikasi sebagai kekuatan dan ibrah dalam meniti kehidupan dan perjuangan demi memartabatkan Islam kembali. Kemudian Yang Dipertua BKASM telah menyampai hadiah kepada pentazkirah. Setelah selesai solat Isya’, hadirin menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur program.
                Harapan dari pihak penganjur, kami mengharapkan melalui program yang dijalankan ini dapat membina kekuatan dalaman mahupun luaran dalam berusaha mencontohi keperibadian dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Allah S.W.T sendiri telah merakamkan dalam Al-Qur’an bahawa baginda s.a.w. itu sendiri adalah sebaik-baik contoh ikutan. mengambil ibrah seterusnya meningkatkan kesedaran dalam usaha mendalami dan menghayati perjuangan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Disediakan oleh
:

Afifah binti Ahmad Mahir
Timbalan Setiausaha
Sambutan Awal Muharram  1438H
BKASM sesi 2015/2016

0 comments:

Catat Ulasan