Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

BERWASPADA DENGAN FITNAH MAYA Nukilan Siswa siri 7

Imej
      Fenomena ‘Dunia di Hujung Jari’ ini menatijahkan masyarakat hari ini memperoleh maklumat yang luas tanpa batasan dengan kemudahan pelbagai aplikasi sosial yang tersedia dalam teknologi-teknologi pintar masing-masing. Jika dilihat daripada suatu sudut, ia merupakan satu perkembangan yang positif di mana Internet ataupun media sosial khususnya, kian menjadi medium maklumat terkini dan sumber ilmu pengetahuan. Namun malangnya, perkara sebaliknya yang berlaku.       Jika semua maklumat di hujung jari, maka ia mudah disebarkan tanpa henti. Lambakan isu dan khabar angin kerap dimuat naik di paparan media sosial tanpa diketahui sumber dan tahap kesahihannya. Menurut Dr. Muhamad Faisal , Anonymity (tidak diketahui identiti) dan Instantaneous (kesegeraan) adalah antara ciri terpenting kepada media baharu dan dunia maya. Jelaslah bahawa dua ciri ini mengakibatkan penyebaran khabar angin tanpa tapisan dalam dunia maya.       Ciri Anonymity ini dapat dilihat apabila individu ya

[ MAJLIS RAMAH MESRA : JALINAN TERUS DIPERKASA ]

Imej
21 & 22 Disember 2016, ISKANDARIAH dan KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Dato' Haji Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, selaku Pengerusi Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang bertempat di Bangunan MARA di Iskandariah dan Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir, Kaherah. Majlis Ramah Mesra di Iskandariah yang bermula jam 7.00 malam telah berjaya mengumpulkan kira-kira 40 orang pelajar Selangor yang menuntut dalam bidang kedoktoran di Alexandria University. Majlis yang berakhir pada jam 8.30 malam ini berjalan dengan lancar. Seterusnya pda hari kedua, Majlis Ramah Mesra telah berlangsung di Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir, Kaherah dan dihadiri kira-kira 250 orang ahli Selangor dari Kaherah. Majlis ini bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada pada jam 5.00 petang. Kedua-dua majlis berjalan dengan lancar dan menerima komitm

IKTIBAR SEJARAH Nukilan Siswa siri 6

Imej
            Biasa kita  mendengar perumpamaan mereka yang tidak mahu megambil pengajaran daripada sejarah biasanya akan mengulangi kesilapan  yang telah berlaku. Sekiranya kita mendalami ayat-ayat Quran dan kisah perjuangan nabi-nabi terdahulu, banyak yang kita boleh ambil manfaat dan jadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Allah S.W.T menceritakan kepada manusia di dalam al-Quran tentang peristiwa-peristiwa sejarah agar manusia mengambil iktibar daripadanya. Melalui dengan peristiwa peperangan Badar, Allah S.W.T berfirman :          “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar padahal kamu dalam keadaan lemah, kerana itu bertakwalah kepada Allah agar kamu mensyukuriNya.(Surah Ali-imran : ayat 123)              Ayat ini menerangkan tentang hikmah pensyariatan pergi berperang walaupun dalam keadaan lemah. Lemah yang dimaksudkan itu adalah kekurangan senjata dan bilangan tentera ketika itu sangat sedikit berbanding pihak musuh. Namun kekuatan mereka bukan

KEMESTIAN HIDUP DENGAN ISLAM Nukilan Siswa siri 5

Imej
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".(Surah al-Maidah : ayat 3) Apabila didahulukan teori bukan Islam sebagai solusi maka jelaslah ia menunjukkan adanya kepincangan iman dan akidah. Menganggap Islam tidak perlu diberi peranan, bererti ia mencabar ketuhanan Allah dan kesempurnaan agama. Paling membimbangkan lagi apabila fahaman ini bukan sahaja dipegang oleh golongan bijak pandai bahkan ia turut sama menguasai pemikiran golongan agamawan sehingga berani mengeluarkan pendapat yang menunjukkan keraguan mereka terhadap Islam. Maka sebenarnya manusia memerlukan penyelesaian Islam sebagai agama fitrah. Keistimewaan Islam yang paling utama adalah rabbani dari segi sumber dan matlamatnya. Islam bukannya ciptaan manusia yang lemah ataupun direka semata-mata mengikut tempat dan keadaan tetapi ia merupakan ciptaan

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM : MENUJU MAHLIGAI PERKAHWINAN

Imej
7 & 8 DISEMBER 2016, KAHERAH - Kursus Pra Perkahwinan Islam yang diadakan di Asrama Selangor Hayyu Asyir ini adalah anjuran Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor. Program yang julung kalinya diadakan ini menampilkan Encik Suhaimi bin Ahmad Wakid sebagai pengisi utama yang khas didatangkan daripada Malaysia. Sebanyak 8 slot dibentangkan sepanjang dua hari program ini berlangsung. Turut diadakan slot kesihatan daripada saudara Imran bin Kasran dan juga slot prosedur nikah di Mesir oleh saudara Ezzani bin Ismail. Program ini mendapat respon yang baik daripada kalangan peserta yang hadir di samping lawak jenaka yang diselingankan oleh pengisi menjadikan pengisian lebih santai dan menarik. Alhamdulillah, semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil ini berkaitan ilmu rumah tangga dalam Islam.

SUNNAH WAJIB YANG SEMAKIN DILUPAI Nukilan Siswa siri 4

Imej
“Maka demi TuhanMu, mereka tidak beriman sbelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan,(sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (Surah An-Nisa : ayat 65) Tarbiah Islamiah adalah satu aspek yang membina dan mendidik manusia agar berhukum dengan syariat Allah dalam segala perilaku perbuatannya dengan penuh kepasrahan bahkan tidak ada rasa sempit atau rasa keberatan dalam hati orang mukmin itu. Apabila disebutkan tentang menegakkan hukum Allah S.W.T perlu difahami bahawa tarbiah dan dakwah ini perlu bergerak secara seiring malah konsisten. Sebagai contoh, walaupun Nabi Muhammad S.A.W berdakwah secara rasminya pada usia 40 tahun, tetapi baginda sudah menyediakan model dakwah sebelum daripada itu lagi. Salah satunya yang telah disusun oleh Allah S.W.T adalah sifat amanah dan mulia akhlaknya sehingga bagindar digelar Al-Amin. Rasu

BENCANA ROHINGYA – SUDAH HILANGKAH SENSITIVITI KITA? Nukilan Siswa siri 3

Imej
Mutakhir ini, dunia berlalu dengan pelbagai kejadian buruk yang berlaku di sekitar kita. Kisah pembunuhan dan penzaliman terus berlaku hari demi hari seolah-olah nyawa manusia tiada nilainya. Lebih menyedihkan lagi, episod-episod kekejaman ini kebanyakannya berlaku terhadap masyarakat muslim, seolah-olah kekejaman ini suatu isu yang telah disusun oleh pihak musuh. Hari ini, dunia dibentangkan dengan kekejaman genocide atau pembunuhan beramai-ramai yang berlaku terhadap etnik Rohingya. Kekejaman yang berlaku ini bukanlah perkara baru tetapi telah berlarutan selama bertahun lamanya. Sehingga kini, lebih 30 ribu penduduk terpaksa menyelamatkan diri mereka dengan meninggalkan rumah kediaman sebelum menjadi mangsa kezaliman di negara sendiri.                                                                            Umum mengetahui, tragedi berdarah yang melanda etnik Rohingya ini bukanlah perkara baru. Namun apa yang dikesalkan, tiada satu pun agensi antarabangsa yang bangun bertin

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 2 Disember 2016. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba. BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "K

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah badan persatuan yang sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Semua maklum bahawa pengajian fasa pertama sesi 2016/2017 yang semakin rancak dalam tempoh menuju musim peperiksaan serta mahasiswa/wi juga kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi mendapatkan kejayaan yang dicita-citakan dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 1 Disember 2016 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, mahasiswa/wi diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi, berikan sepenuh konsentrasi, dan serlahkan segala potensi kerana kejayaan tidak datang bergolek dengan sendiri. Sert