SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Ahad, Mac 27, 2016

Kenyataan Yang Dipertua BKASM


27 Mac 2016, Kaherah - Berikutan insiden kemalangan yang berlaku kepada salah seorang pelajar Selangor, kita diperingkat BKASM berharap agar semua ahli dapat bertenang dan tidak menyebarkan berita-berita selain yang
rasmi daripada Yang Dipertua BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir.

Kita diperingkat BKASM mengharapkan agar seluruh ahli BKASM terus mendoakan sahabat kita yang ditimpa musibah kembali kepada keadaan sedia kala.

Oleh itu, Insyallah peringkat BKASM akan melaksanakan solat hajat selama seminggu bagi mendoakan sahabat kita agar kembali pulih.

Sirru A'la Barakatillah
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Asraf bin Alias

Yang Dipertua
BKASM sesi 2015/2016

Rabu, Mac 23, 2016

INJEKSI SENAT FAKULTI FASA II

13 MAC 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2015/2016 di bawah kelolaan Lajnah Pendidikan telah menjalankan satu program yang dinamakan “ INJEKSI SENAT FAKULTI FASA 2 “ khusus untuk mahasiswa dan mahasisiwi tahun satu.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan umum tentang subjek-subjek kuliah tahun satu.
Seramai 60 orang Mahasiswa dan Mahasisiwi baru yang terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.
Program ini berlansung di Musolla Darul Ehsan dan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Ketua Lajnah Pendidikan iaitu Ustaz Muhammad Alauddin Bin Mohd Zulkifli. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi telah dibahagikan mengikut syukbah masing-masing.
Antara syukbah yang terlibat adalah pengajian Islam merangkumi syariah Islamiyah, usuluddin dan lughah. Seterusnya Mahasiswa Ikhwah ditempatkan di Musolla Darul Ehsan manakala akhawat di sutuh Asrama Selangor. Seramai 6 orang pengisi dibahagian ikhwah dan 5 orang pengisi dibahagian akhawat.
Program dimulakan dengan sesi taaruf diikuti dengan GKB, pembentangan kitab dan diakhiri dengan nasihat daripada pengisi.
Harapan daripada pihak penganjur , agar program yang dijalankan ini dapat membantu dalam meningkatkan kualiti akademik mahasiswa dan mahasiswi baru seterusnya menjadi wadah penggerak ke arah memartabatkan Islam di atas muka bumi.
“Ilmuwan Berkualiti Mencurah Bakti”
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

NICE'16 - '' Bersama Membangunkan Ekonomi Islam ''



21 MAC 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 julung kalinya telah menganjurkan program mega Bazaria BKASM Nice Islamic Carnival (NICE’16) bertempat di Dataran Hayyu Aasyir yang berlangsung selama tiga hari pada 19-21 Mac 2016.

Antara objektif atau tujuan program NICE ‘16 ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang perniagaan kepada ahli dan menjana kewangan BKASM serta  untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang ekonomi khususnya berkaitana dengan ekonomi Islam. Disamping itu, untuk mengukuhkan kesatuan dalam kalangan mahsiswa khususnya ahli BKASM.

Program NICE ‘16 ini telah disertai oleh seluruh ahli BKASM dan ahli-ahli dari BKAN lain. Seramai 24 orang tenaga pelaksana yang melaksanakan program NICE’16 diketuai oleh ustaz Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi ( Ketua Lajnah Ekonomi BKASM sesi 2015/2016.

NICE `16 telah bermula dengan kuliah subuh khas yang merupakan program ambang NICE ’16 di bawah tajuk “ Ekonomi Islam, Apa Peranan Kita?”. Kuliah ini disampaikan oleh ustaz Muhammad Amri bin Ouma, mahasiswa Qiraat Tanta di Musolla Darul Ehsan pada 18 Mac 2016.

Pada malam 8 Mac 2016, penggerak NICE `16 dibantu ahli BKASM telah turun di Dataran Hayyu Aasyir bagi mengangkat khemah untuk jualan bazaria pada hari berikutnya.

Hari berikutnya, NICE `16 diteruskan dengan jualan bazaria di Dataran Hayyu Aasyir. Bazaria NICE’16 ini dilaksanakan selama 3 hari dari 1.00 tengahari sehingga pukul 10.00 malam. Sebanyak 20 buah gerai disediakan untuk ahli ;14 buah gerai untuk ahli BKASM dan 6 buah gerai untuk ahli BKAN lain.

Pada hari pertama, aktiviti yang diadakan adalah Kids Moment, pertunjukan khat, majlis perasmian oleh penasihat BKASM dan persembahan Drum Circle. Hari kedua, NICE `16 diteruskan dengan aktiviti “Tahukah Anda?”, sembang santai bersama Yang Dipertua BKASM, Medical Check-Up, DJ berbahasa arab dan Show Me Your Skill. Pada hari terakhir, telah diadakan sembang santai bersama ustaz Mohd Yaseer bin Abdul Ghani Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir, Medical Check-Up, DJ berbahasa Inggeris, solat hajat perdana, persembahan nasyid dan perkusi.
Akhir kata, moga program sebegini dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang serta mendapat keberkatan dari Allah atas usaha yang kita lakukan.

Bazaria Nice Islamic Carnival (NICE’16)
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016.

'' Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan ''

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, Mac 18, 2016

TRAGEDI ANKARA – KESATUAN YANG DIIMPI? - Tinta Jumaat Siri ke - 17



Merentasi dunia yang penuh fitnah berlaku antara pelbagai jenis manusia, mutakhir ini semakin banyak isu dan kejadian buruk yang berlaku di sekitar kita di mana sering menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat sejagat. Baru-baru ini dunia dikejutkan lagi dengan satu kejadian yang melibatkan kematian beramai-ramai di mana satu siri pengeboman berlaku di bandar Ankara, Turki yang melibatkan kematian sekurang-kurangnya seramai 37 orang dan 125 orang yang cedera. Pengeboman yang berlaku di bandar ini bukanlah kali pertama berlaku tetapi merupakan kali ketiga dalam tempoh enam bulan dan menyebabkan kematian seramai 170 orang secara keseluruhannya.

Hal ini sedikit sebanyak memburukkan nama baik negara Turki sebagai sebuah negara Islam yang diketahui umum sebagai antara negara yang banyak memberikan kebajikan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara-negara Islam yang tertindas seperti memberikan penempatan kepada pelarian Syria dan Rohingya. Sifat double-standard juga telah berlaku apabila isu ini tidak mendapat hati masyarakat dunia sedangkan isu yang berlaku yang menyebabkan Islamphobia seperti yang berlaku di   Perancis menarik jutaan orang untuk menunjukkan solidariti dengan mereka. Perkara ini dilihat sebagai satu perancangan musuh  dalam menaikkan perkara yang memberi keuntungan bagi mereka.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal saudara Islam yang lain, maka dia bukanlah dari kalangan mereka (umat Islam)”. Hadith ini menunjukkan pentingnya seorang muslim itu cakna dan   mengambil berat terhadap apa yang berlaku terhadap muslim yang lain. Malah, Islam itu sendiri amat menitikberatkan ukhuwah Islamiyyah dalam diri setiap individu muslim.

Suatu ketika dahulu, kita dapat lihat kekuatan Islam terbina dengan adanya ikatan ukhuwah yang kuat  antara satu sama lain dan saling bantu-membantu sekiranya sesebuah tanah Islam itu diserang musuh. Namun, dalam sejarah Islam juga dapat dilihat, antara sebab kejatuhan khilafah Islamiyah pada suatu ketika dahulu adalah disebabkan wujudnya sifat assabiah dan pentingkan diri di antara negara-negara Islam. Hal ini dapat kita lihat di akhir zaman Khilafah Abbasiyah, Kota Baghdad telah diserang Monggol tetapi negara Mesir yang mana ketika itu memiliki tentera terkuat tidak menghantar bantuan kerana memiliki kepentingan sendiri.

Umat Islam hari ini seharusnya membaca sejarah dan meneladani sejarah yang berlaku. Kisah di atas dapat memberikan ibrah bahawa kepentingan semangat kesatuan dalam setiap individu muslim dalam menghadapi musuh Islam. Sensitiviti untuk saling mempertahankan umat Islam yang diceroboh haknya dan menunjukkan rasa empati kepada mereka yang ditindas perlulah ada dalam diri seorang muslim pada hari ini.

Untuk akhirnya, marilah kita merenung dan menjiwai hadith di bawah:

 “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit”. (HR Bukhari dan   Muslim)  


“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “

Disediakan Oleh;
Khairul  Adha bin Hamdzani
Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2015/2016



[ ISU ANTARABANGSA: LETUPAN BERSIRI DI ANKARA, TURKI ]




ANKARA,MAC 2016: Dunia digemparkan dengan kes terbaru iaitu letupan bom di Ankara yang mengorbankan 34 orang  manakala 125 cedera pada Ahad lalu.Bom itu dilaporkan meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan letupannya didengari dari jarak beberapa kilometer.

Kesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan yang terbakar telah tercampak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang lama.Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat letupan sebuah bom kereta.Lokasi letupan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan kebakaran beberapa kenderaan yang lain.

Rentetan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan.Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Afkan Ala berkata nama kumpulan di sebalik serangan itu bakal didedahkan selepas siasatan dijalankan.

Walaupun begitu, jika diperhati semula, PM Turki pernah mendakwa militan Kurdistan bertanggungjawab terhadap serangan bom di Ankara dilaporkan pada 17 Februari 2016 yang lalu oleh AFP.

Peristiwa ini pernah berlaku juga pada Oktober 2015, tahun lepas. Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mendakwa militan Kurdistan di Turki bertanggungjawab dalam serangan bom di Ankara pada ketika itu yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 28 maut.

Davutoglu juga mendakwa Parti Buruh Kurdistan (PKK) yang dianggap sebagai kumpulan pengganas terlibat dalam serangan tersebut. Pihak berkuasa masih dalam proses penyiasatan walaupun spekulasi masih berlegar di kalangan itu.

1.SIKAP "DOUBLE STANDARD" DUNIA TERHADAP LETUPAN DI ANKARA.

Media secara umumnya melaporkan militan dan pengganas yang masih samar kaitannya dengan siri-siri letupan yang berlaku. Kita bersimpati dengan keluarga mangsa letupan. Ketakutan bermaharajalela dan ada unsur fobia seperti mahu ditanamkan pada masyarakat di Ankara,ibu negara Turki yang kebanyakannya Muslim.

Persoalan utama, mengapa ketika peristiwa Paris Attacks menarik jutaan simpati dunia namun tidak di Ankara? Ada pengguna facebook dilaporkan berkata dalam statusnya, “Anda pernah menjadi Charlie, anda juga Paris, sekarang sanggupkah anda menjadi Ankara?  Kita mampu berfikir mengapa terjadi sebegitu.Sepatutnya simpati merentas sempadan wilayah dan negara.Namun seperti ada sikap berat sebelah dalam hal ini.

2.ISLAM DAN SOLIDARITI

Islam menitikberatkan keamanan, kestabilan dan kedamaian yang menjadi landasan agama yang suci ini. Islam juga mengutuk sebarang perbuatan yang menyalahi norma-norma kehidupan yang bertentangan.

Oleh itu, kita sebagai mahasiswa Islam mesti jelas mengapakah ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dalam peristiwa tertentu yang melibatkan orang Islam. Padahal Islam bersifat adil pada semua pihak tanpa mengira warna kulit dan agama.Maka, tunjukkan solidariti kita pada saudara di Ankara dan tegas berpendirian bahawa tidak sepatutnya berlaku seperti ini lagi.

Sumber:
BBC News
Astro Awani
AFP
Daily Sabah Ankara

"Bersama Bersatu Mendepani Isu"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Unit Penerangan dan Informasi
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

Jumaat, Mac 11, 2016

MASJID DHIROR - Tinta Jumaat Siri ke - 16



Firman Allah yang bermaksud :
Dan ( diantara orang –orang munafik itu ) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana ( pada orang –orang yang beriman ),  untuk kekafiran dan untuk memecah belah di antara orang – orang yang beriman, serta untuk menunggu
kedatangan orang – orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah, “kami hanya
menghendaki kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya ).
(Surah At –Taubah :9 :107)

      Ayat ini diturunkan adalah untuk memberitahu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa orang munafiq membangun Masjid Dhiror dengan niat untuk menghancurkan Islam dan mengelabui kaum muslimin. Tambahan pula, seperti yang kita ketahui tujuan masjid yang dibina oleh munafiq ini adalah kerana :
            (1) Menyaingi dan membahayakan Masjid Quba’ yang dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W.
            (2) Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran dan yang membangunnya adalah orang munafiq.
            (3) Memecah belah kaum muslimin.

      Seperti yang kita ketahui, antara sifat orang munafiq adalah apabila berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat, apabila berkata dia berbohong. Oleh itu, apabila kita melihat kepada  kisah ini menunjukkan bahawa orang munafiq yang didalam hatinya ada sifat iri hati dan dengki yang sentiasa ingin memecah belahkan orang muslimin supaya tidak bersatu dan ingin melihat kaum muslimin dalam keadaan  huru-hara.

     Kesimpulannya, marilah kita sama- sama berdoa agar kesatuan ini sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. dan dijauhkan daripada anasir – anasir luar agar kesatuan islam ini terus utuh dimuka bumi Allah dan supaya kita dapat mencapai ustaziatul alam.

“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “

Disediakan oleh :
Siti Fadilah binti Sulaiman
Timbalan Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016


Selasa, Mac 08, 2016

Yaum Thaqafi :"Memoir Kejatuhan Khilafah : Intipati dan Ibrah"

3 MAC 2016, KAHERAH - Unit Thaqafah di bawah Jabatan YDP BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan Yaum Thaqafi yang bertajuk "Memoir Kejatuhan Khilafah : Intipati dan Ibrah". Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan dan pencerahan pada ahli tentang isu semasa serta mengeratkan ukhuwah antara ahli BKASM.

Program ini bermula selepas solat Maghrib bertempat di Musolla Darul Ehsan yang disampaikan oleh saudara Ahmad Muzani bin Abdul Rahman, mantan Exco Dakwah Keluarga Pelajar Terengganu. Fokus pengisian adalah pencerahan kepada ahli BKASM berkaitan sejarah kejatuhan Khilafah Islam dan punca kejatuhan. Beliau menegaskan bahawa antara punca kejatuhan Khilafah adalah masyarakat Islam yang tidak bersatu dan kejahilan mengurus negara serta pemahaman Islam yang tidak menyeluruh pada umat Islam itu sendiri.

Semoga program yang telah diadakan ini dapat melahirkan ahli yang sentiasa cakna akan isu semasa Ummah dan sedar akan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk membina kembali Khilafah Islam.

‘’Ilmuwan Berkualiti Mncurah Bakti’’
‘’Mmurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan’’

Unit Thaqafah
BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, Mac 04, 2016

Pemuda Penerus Perjuangan Dakwah - Tinta Jumaat Siri ke - 15



Firman Allah S.W.T surah An-Nahl mafhumnya:-

 "Serulah ke jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah (kebijaksaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih baik mengetahui orang yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah jua yang lebih mengetahui orangyang mendapat hidayah petunjuk."

  Pemuda adalah tunjang kekuatan agama Islam dalam meneruskan agenda dakwah dalam kehidupan manusia. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa antara kejayaan yang diperolehi oleh ummat Islam adalah dibawah pimpinan golongan pemuda. Para      sahabat Nabi Muhammad S.A.W. seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar,Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah contoh  terbaik yang telah berjaya memimpin ummat Islam selepas kewafatan Baginda dengan acuan Islam yang sebenar. Oleh itu, menjadi peranan dan tanggungjawab kita bagi meneruskan perjuangan dakwah ini demi semata-mata ingin menegakkan kalimah Allah S.W.T di atas muka bumi Allah Ta'ala ini.

  Oleh itu, kita selaku pemuda dan pemudi Islam hendaklah mempersiapkan diri kita dengan bekalan ilmu dan thaqafah yang diajar oleh Islam demi membantu menyumbangkan tenaga, masa dan harta serta berkorban kepada perjuangan Islam. Di samping, itu sentiasa istiqamah berdakwah menyeru manusia dan membimbing mereka ke arah mentauhidkan Allah Ta'ala Yang Satu demi mencapai RedhaNya.

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Taubah mafhumnya:

  "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka beroleh syurga."

  Natijahnya, usaha bagi meneruskan dakwah Islamiyah di atas muka bumi ini haruslah dipikul oleh pemuda dan pemudi yang sentiasa bersedia menjadi penolong agama Allah.

“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

Disediakan Oleh:
Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi
Ketua Lajnah Ekonomi
BKASM sesi 2015/2016


Rabu, Mac 02, 2016

| ISU NEGARA DAN SERANTAU : GEMPA BUMI DI SUMATERA, GEGARAN DI BEBERAPA NEGERI MALAYSIA |



| ISU NEGARA DAN SERANTAU : GEMPA BUMI DI SUMATERA, GEGARAN DI BEBERAPA NEGERI MALAYSIA |

2 Mac 2016-RABU

MALAYSIA:
Negara kita digemparkan dengan beberapa gegaran yang dirasai beberapa tempat di Selangor dan Johor.

Gegaran yang dirasai berikutan hasil gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala ritcher yang berlaku di barat daya Sumatera pada Rabu malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini.
Seterusnya, isu ini menjadi hangat kerana berkaitan dengan geografi negara jiran kita khususnya Indonesia yang sering mengalami gempa bumi kerana berada dalam Lingkaran Api Pasifik.

JAKARTA : INDONESIA
Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Andi Eka Sakya berkata gempa bumi berukuran 7.8 pada skala richter dilaporkan berlaku di perairan Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada pukul 7.58 malam waktu tempatan.

Antara kawasan yang merasainya adalah Padang di Sumatera Barat, Medan dan Aceh.

Manakala kawasan air di pantai Meulaboh di Aceh Barat pula dilaporkan surut secara tiba-tiba dan dikhuatiri sebagai tanda-tanda berlakunya tsunami.

Justeru itu, ribuan penduduk di kawasan pantai di Padang dilaporkan bergerak ke arah kawasan tinggi di Kota Padang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan keadaan di kota itu dilaporkan mengalami kesesakan yang teruk.

Setakat ini, belum ada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Malaysia di Jakarta, Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua 314 pelajar Malaysia di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah supaya berpindah ke tempat yang selamat.

SINGAPURA:
Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, negara pulau itu tidak mungkin terjejas berikutan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala richter yang menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera, Indonesia,

Agensi itu melaporkan bahawa pusat gempa bumi ialah 808 km ke barat laut Padang dan sedalam 10 km.

LINGKARAN API PASIFIK DAN MALAYSIA

Walaupun negara Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, namun gegarannya turut terasa.

Ini kerana kedudukan Malaysia yang berjiran dengan Indonesia, kesannya turut terpalit dalam beberapa kawasan.

Maka dengan itu, Malaysia juga hendaklah bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang demi kemaslahatan rakyat dan negara amnya dengan bantuan semua pihak.

Sumber:
-BERNAMA
-Malaysian Review
-Jabatan Meteorologi Malaysia

"Bersama Bersatu Mendepani Isu"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Unit Penerangan dan Informasi
Lajnah Penerangan dan Penerbitan,
BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Selasa, Mac 01, 2016

SNOW ' 16 - Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan "



25 Februari 2016 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan sebuah program jaulah ke Semenanjung Sinai, Sinai In Winter (SNOW '16) pada 31 Januari hingga 2 Februari 2016 diperingkat akhawat manakala diperingkat ikhwah pada 20 Febuari hingga 22 Febuari 2016. Jaulah ini merupakan julung-julung kali diadakan di peringkat akhawat dan merupakan kali yang kedua di peringkat ikhwah selepas diadakan buat kali pertama pada tahun 2015. Tujuan utama jaulah ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan meribatkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM di samping menambahkan lagi pengetahuan peserta tentang sejarah yang ada di sepanjang perjalanan. Selain itu, hadaf jaulah ini diadakan adalah untuk membentuk peribadi muslim yang kuat jasmani dan ruhani. Jaulah SNOW '16 yang bertemakan "Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan" ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mencatat peserta seramai 96 orang peserta dari kalangan ahli BKASM termasuk peserta daripada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain seperti BKAN Perlis dan Kelantan termasuk peserta daripada Dewan Perwakilan Mahasiswi (DPM) Iskandariah ketika jaulah diperingkat akhawat. Jaulah diperingkat ikhwah pula disertai seramai 90 orang peserta dari kalangan ahli BKASM termasuk peserta daripada DPM Shuobra dan Perubatan Cawangan Al-Azhar (PCA). Antara tempat menarik yang telah dilawati oleh peserta di peringkat ikhwah dan akhawat ialah Kubu Israel, Telaga Uyun Nabi Musa AS, Wadi Arbain, Makam Nabi Soleh AS dan Gunung Sinai. Peringkat pelaksana jaulah juga dapat melaksanakan aktiviti untuk membentuk jasmani muslim seperti pendakian Gunung Sinai, aktiviti ATV Beach Buggy dan Snorkling di Blue Hole. Di samping itu, pengisian rohani juga dapat dijalankan iaitu pengisian muwasofat tarbiah di peringkat ikhwah manakala di peringkat akhawat ialah fiqh musafir. Pihak AJK pelaksana program SNOW ’16 merakamkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang menyertai jaulah pada kali ini di atas komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program. Semoga perjalanan SNOW '16 pada kali ini dapat memberikan 1001 pengertian dalam menelusuri kehidupan kepada para peserta melalui kembara tarbiyah ini dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah. ''Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan'' ''Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan'' SNOW '16 BKASM sesi 2015/2016