SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Jun 24, 2016

SENI KEMATIAN YANG TERMULIA, KITA BAGAIMANA ? - Tinta Jumaat siri ke 29



Wahai Kaum!

“Demi Allah, sesungguhnya apa yang kalian takutkan, hakikatnya inilah yang kalian dambakan iaitu MATI SYAHID. Kita tidak memerangi kuffar kerana banyaknya bilangan dan kekuatan persenjataan, tetapi kita memerangi mereka kerana AGAMA ISLAM ini yang Allah muliakan kita dengannya. Bangkitlah kalian memerangi musuh kerana sesungguhnya hanya ada satu pilihan dari  dua kebaikan iaitu MENANG atau MATI SYAHID.”

 Inilah motivasi Abdullah bin Rawahah Radiallahu ‘Anhu kepada kaum muslimin ketika Perang Mu'tah.

Menjadi kewajipan sebagai muslim dalam menjaga dan mempertahankan agama. Golongan terdahulu bertanggungjawab terhadap agama dengan bergalang ganti nyawa dan darah. Berinspirasikan sebuah firman Allah ;

"Sesiapa yang menghendaki kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan" - surah Fatir:10 -

Semangat mereka tidak pernah pudar bahkan keberanian mereka tidak pernah luntur serta tampil gagah apabila berhadapan dengan musuh. Tuntutan dakwah tidak pernah lekang dalam hidup kita. Menjadi kewajipan sebagai muslim yang mukmin untuk memuliakan diri dengan melaksanakan apa yang menjadi perintah oleh Allah & meinggalkan apa yang menjadi larangan oleh Allah. Golongan terdahulu telah mencipta seni kematian mereka dengan cara termulia iaitu mati syahid di jalan Allah. Lantas kita bagaimana? Apakah pernah wujud dalam doa sehari-harian kita untuk mati syahid di jalanNya.

Memetik kalam dari Saidina Umar "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam,maka kita akan dihina oleh Allah"

Terdapat sebuah kisah yang dinukilkan dalam Surah Yasin menceritakan kesungguhan seorang lelaki bernama Habib An Najar yang berusaha meyakinkan tentang ajaran yang dibawa oleh para rasul. Namun pengakhiran dakwah Habib An Najar, kaumnya tetap tidak mempercayai ajaran rasul bahkan telah membunuh Habib An Najar. Begitu angkuh dan sombong kaumnya yang tidak beriman malahan membunuh pendakwah sejati ini. Walaupun Habib dibunuh namun apa yang diceritakan ayat selepasnya Habib telah dikurniakan syurga yang penuh dengan kenikmatan. Kemudian nasib kaum yang tidak beriman itu, telah Allah hinakan dengan mematikan mereka yakni kaum yang angkuh itu dengan satu tempikan sahaja dari malaikat.

Inilah dua jenis pengakhiran yang dapat kita ambil pengajaran darinya. Kurniaan syurga yang Allah berikan kepada mereka yang bergerak untuk agamaNya dan balasan buruk bagi mereka yang menidakkan agama bahkan memudaratkan pembawa agama.

Corak kematian yang berbeza mengikut amal sang hamba, mari sama-sama kita bermuhasabah "bagaimana seni kematian yang bakal kita corakkan?" "apakah tidak wujud keinginan di hati untuk mendapatkan kenikmatan syurga yang bersifat kekal abadi?" "maka, di mana posisi kita dalam agama bagi meraih jannahNya?"


Menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menyahut tugas mulia ini agar Allah mengakhirkan hidup kita dengan cara yang paling mulia.Ambillah peluang di bulan Ramadan ini dengan menyoroti kisah-kisah dan sirah-sirah bagaimana golongan terdahulu menghidupkan Ramadan mereka dengan menyebarkan agama melalui futuhat-futuhat dan siri peperangan melawan kaum kuffar. Moga-moga dengan mentadabbur dan menghayati sirah serta kisah seperti ini akan membangkitkan ruh Islam yang semakin pudar dan malap.

Akhir kata,

Buat Allahyarham Nor Alif Luqman bin Nor Azmin,
Pemergianmu cukup membuka mata dan minda kami yang masih berjuang meneruskan hidup di dunia yang fana' ini. Kau dijemput pergi menemui Illahi di bulan yang mulia. Moga rohmu tenang di sana, selamat kembali ke kampung abadi teman.
Seni kematiannya telahpun dicorak, lantas kita bagaimana?


"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Disediakan oleh :

Siti Aisyah binti Ismail
Fasilitator


BKASM sesi 2015/2016

Khamis, Jun 23, 2016

Pemakluman Muzakarah Berkelompok Bermanhaj Peringkat BKASM sesi 2015/2016



Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan syakhsiah.

Sempena berakhirnya imtihan, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah & Tarbiah BKASM sesi 2015/2016 menetapkan bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj.

Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini.

"Pemantapan Biah Solehah Membentuk Generasi Berakhlak"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Isnin, Jun 20, 2016

KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKASM




ﻛُﻞُّ ﻧَﻔْﺲٍ ﺫَﺍﺋِﻘَﺔُ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati "
( Surah Ali Imran : 185 )

BKASM dengan dukacitanya memaklumkan bahawa seorang ahli BKASM telah dilaporkan meninggal dunia, saudara Nor Alif Luqman bin Nor Azmin pada 20 Jun 2016, bersamaan 15 Ramadan 1437 Hijrah, sekitar pukul 8 pagi kerana disyaki menghidapi penyakit anemia dan jangkitan kuman.

Berikut kronologi susulan rawatan yang diterima oleh Allahyarham Ustaz Nor Alif Luqman bin Nor Azmin :

Mei 2016

- BKASM telah membawa beliau ke klinik kerana mengadu sakit perut dan gastrik.

6 Jun 2016

- BKASM membawa beliau ke Klinik Awal Sabik bagi menjalani pemeriksaan kerana mengadu sesak nafas dan batuk.
- Doktor telah membuat ujian darah dan x-ray di bahagian dada serta memberikan ubat (iron).
- Melalui ujian darah tersebut doktor menyatakan bahawa beliau kekurangan darah merah (Haemoghlobin).

18 Jun 2016

- BKASM bersama dengan warden, Ustaz Mohd Ariff bin Norzali mewakili Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah membawa beliau ke Hospital Tawfikia kerana berada dalam keadaan agak lemah dan telah dimasukkan air. Doktor menyatakan terdapat jangkitan pada bahagian dada, namun gagal untuk membuat ujian darah kerana mengalami dehidrasi.

19 Jun 2016

- Beliau telah di bawa sekali lagi ke hospital untuk dibuat ujian darah namun gagal kerana kekurangan darah dan telah dimasukkan 2 botol air atas nasihat doktor.
Doktor mencadangkan untuk merujuk ke Hospital Abbasiah Sodr untuk rawatan selanjutnya.

20 Jun 2016

- Allahyarham Nor Alif Luqman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 8 pagi bertempat di Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir.
Jenazah telah diuruskan oleh pihak BKASM dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir
- Dan alhamdulillah urusan jenazah dipermudahkan.
InsyaAllah ,Ustaz Mohd Yasser Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir akan mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia pada 21 Jun 2016 jam 9 pagi.

Justeru, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Nor Alif Luqman bin Nor Azmin dan mendoakan semoga keluarga arwah diberi kekuatan atas musibah yang menimpa.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba yang soleh.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Asraf bin Alias
Yang Dipertua
BKASM sesi 2015/2016

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Sabtu, Jun 18, 2016

KELAS TEKNIKAL AUDIO DAN VISUAL - Lajnah Penerangan dan Penerbitan


16 Jun 2016, KAHERAH - Kelab LPP di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan program Kelas Teknikal Audio & Visual yang bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir.

Pihak LPP telah menyusun kelas ini bertujuan agar ahli mendapat pendedahan awal mengenai cara pengendalian dan pemasangan teknikal serta melahirkan pelapis yang mahir dalam pemasangan audio & teknikal. Program ini disertai oleh 14 orang ikhwah & 26 orang akhawat. Kelas ini bermula pada jam 8.00 pagi.

Semoga ahli dapat istiqamah mempraktikkannya pada masa hadapan. Akhir kata, semoga Allah menerima segala amalan kita, insyaAllah.

"Generasi Berkualiti Cerminan Organisai"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Setiausaha Kelas Teknikal Audio & Visual
Kelab Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, Jun 17, 2016

TARBIAH RAMADAN - Tinta Jumaat siri 28


Menderap jalan tarbiah merupakan satu agenda kewajipan bagi setiap jiwa insan muslim yang betul-betul melalui jalan menegak agama Allah. Kerosakan orang Islam zaman sekarang salah satunya adalah disebabkan rosaknya tarbiah diri. Maka, titian tarbiah perlu dilalui dan diketahui supaya tarbiah tersebut memenuhi ciri-ciri yang perlu dicapai dan tidak lari dari paksinya.

Menelusuri madrasah Ramadan ini, bulan ini sinonimnya menekankan lebih aspek tarbiah ruhiah. Sejarah telah dilakar menceritakan betapa gembira sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W menyambut bulan yang mulia ini. Bulan Ramadan disambut dengan ibadat-ibadat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyak bacaan Al-Quran dan menghidupkan malam dengan solat-solat sunat. Bahkan perkara tersebut, telah dilaksanakan oleh para sahabat apabila dekat dengan bulan Ramadan.

Segolongan manusia melihat aspek tarbiah pada roh tidak perlu ditekankan, sebaliknya apa yang perlu adalah penekanan tarbiah dari sudut akal dan fizikal. Golongan ini sangat sempit kerana mengecilkan skop pentarbiahan yang sepatutnya diluaskan kepada semua aspek. Tambahan pula, tarbiah ruhiahlah mencernakan kepada luaran yang baik sebagaimana Nabi bersabda:
"Di dalam jasad ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah jasad seluruhnya, dan sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah ianya adalah hati"
Rasulullah adalah sebaik ikutan dan juga merupakan rahmat kepada seluruh alam. Aspek memperkasakan hubungan Baginda dengan Allah Taala sangatlah Baginda titik beratkan sehingga ditegur tentang kuatnya beliau dalam beribadah maka Nabi Muhammad menjawab:

"Adakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Siri-siri peperangan dalam Islam sehingga kini juga sebagai ukuran untuk ditonton seluruh manusia tentang kesungguhan para mujahid dalam menjaga ibadah mereka selain daripada menjaga fizikal dan mental dalam menghadapi musuh. Peperangan tersebut dengan izin Allah diberi kemenangan dan juga pertolongan daripada Allah.


Tuntasnya, segala perkara yang bersangkut paut dengan tarbiah tidak boleh dipandang enteng baik seorang rakyat biasa mahupun para penguasa. Sekiranya ditinggalkan, tidak pelik ummat Islam akan dibalakan dengan sifat lesu dan lemah. Marilah kita sama-sama menyerap jalan tarbiah agar perjalanan hidup kita diberkati Allah seterusnya menggapai keredhaan Allah taala.

''Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Disediakan oleh:

Aiman Fitry bin Zulkifli
Timbalan Setiausaha Agung 1
BKASM sesi 2015/2016

Gotong-royong Jamaie - IHTIRAM 16


Pada 14 Jun 2016,IHTIRAM'16 di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah melaksanakan aktiviti Gotong-royong Jamaie di Masjid Walidain, Hayyu Asyir, Kaherah.

 Pihak IHTIRAM'16 telah menyusun aktiviti ini bertujuan agar ahli dapat sama-sama berkhidmat dan mencurah bakti kepada masyarakat. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menanam sifat mementingkan kebersihan dalam diri ahli. Selain itu, ukhuwah antara ahli juga dapat diperkasa melalui kerjasama yang baik dalam menyelesaikan tugasan.

 Semoga ahli dapat mengutip pengalaman ini sebaiknya dan dapat istiqamah mempraktikkannya pada masa hadapan. Akhir kata, semoga Allah menerima segala amalan kita, insyaAllah.

 "Tarbiyah Ramadan Diselami, Meraih Ketaqwaan Hakiki" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

#IHTIRAM'16 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

Solat Sunat dan Kuliah Dhuha - IHTIRAM 16

Pada 14 Jun 2016,IHTIRAM'16 di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan Solat Sunat Dhuha serta Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Mun'im Bin Abd Sukor @ Rahmat (Mantan YDP BKASM sesi 2012/2013) yang bertempat di Musolla Darul Ehsan. Pengisian yang disampaikan oleh pengisi adalah berkaitan dengan bulan ramadan.Selain itu,pengisi juga ada menyampaikan serba sedikit antara peranan seorang daie dalam masyarakat. Semoga dengan pengisian ini dapat menambah serba sedikit ilmu di dalam diri ahli serta dapat diamalkan di dalam bulan yang mulia ini. "Tarbiyah Ramadan Diselami, Meraih Ketaqwaan Hakiki" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" #IHTIRAM '16
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Rabu, Jun 15, 2016

KELAS KHAT DAN KALIGRAFI - Lajnah Kesenian dan Sukan

13 JUN 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2015/2016 di bawah Lajnah Kesenian dan Sukan dengan kerjasama IHTIRAM'16 telah mengadakan satu aktiviti berbentuk kemahiran iaitu Kelas Khat Kaligrafi. Antara tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menambah thaqafah serta kemahiran menulis seni khat. Aktiviti ini bertempat di Musolla Darul Ehsan , Asrama Rumah Selangor bermula pada jam 12.45 tengahari dan tenaga pengajar adalah Ustaz Muhammad Aimi Akmal Bin Zaini. Pengisi berkongsi cara-cara menulis dan teknik yang betul kepada setiap peserta. Aktiviti ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada kalangan ahli seramai 30 orang, di kalangan ikhwah dan akhawat. Seusai aktiviti teori dijalankan, diteruskan pula dengan sesi praktikal. Aktiviti berakhir dengan sesi bergambar bersama pengisi. Moga dengan perlaksanaan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. "Generasi Berkualiti Cerminan Organisasi" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" Unit Kesenian Lajnah Kesenian dan Sukan dengan kerjasama IHTIRAM '16 BKASM sesi 2015/2016 #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

Jumaat, Jun 10, 2016

PERBAIKI DIRI DI BULAN RAMADAN - Tinta Jumaat siri ke 27


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Alhamdulillah,bulan Ramadhan kini kembali.Seharusnya kita sebagai umat islam wajib bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurniaannya kita masih dapat meneruskan amal ibadah kita lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Bulan Rmadhan yang Allah jadikan ini bukan suka-suka tetapi untuk baiki kembali jasad seorang mukmin.Kalau tidak dibaiki,nescaya kita akan rosak.Jadi,bagaimana cara untuk kita perbaiki diri?Ada 3 perkara yang perlu dibaiki dalam diri kita:

1)AKIDAH

-Yakinlah pada Allah tuhan yang menjadikan kita.Sesungguhnya Dia tahu akan kemampuan hambanya.Kita berpuasa dari pagi sampai terbenam matahri,kita kena jaga puasa kita jangan sampai batal kerana kita yakin ada Allah dalam diri,jiwa kita pasti selamat.Jika tiada Allah dalam diri,maka jenayah akan berleluasa dan antaranya jadi manusia yang munafiq.Nauzubillah.

2)IBADAH

-Mengapa Allah jadikan puasa dari pagi sampai malam?Ulamak kata waktu inilah ramai yang tinggal solat lebih-lebih lagi solat subuh.Oleh sebab itu,Allah jadikan sahur seperti nabi sebut dalam mafhumnya “bersahurlah kamu walau sebiji kurma kerana ada keberkatan” lantas solat subuh kita terjaga kerana jadual orang mukmin itu hidup sebelum subuh bukan selepas kerana nabi bersabda lagi yang mafhumnya “ 2 rakaat sebelum subuh lebih baik dunia dan isinya”.

3)AKHLAK

-Sayangnya Allah pada kita dia bagi petunjuk kepada manusia tetapi malang sekali ramai antara kita Al-Quran pun tidak dibaca walaupun sehari.Kita hidup mesti dengan Al-Quran,hayati isi dan makna dalam Al-Quran dengan sebenar-benarnya.Biar kita menangis di dunia,jangan kita menangis di alam barzakh nanti kerana orang yang tidak boleh baca Al-Quran,hidupnya hanya untuk dunia sahaja tanpa sesekali buka Al-Quran pasti dan pasti tidak lepas depan Allah.Oleh itu,perbaikilah akhlak kita dengan Al-Quran.

Selari dengan sabda nabi Muhammad yang mafhumnya:
“Peringkat permulaan puasa ini rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya bebas dari api neraka”

Oleh itu,manfaatkanlah semasa kita berada dibulan ramadhan dan perbaikilah diri kita dengan ikhlas serta moga-moga amal ibadah kita berterusan diterima oleh Allah sehingga akhir nafas kita.

“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

Disediakan oleh:


Ahmad Lutfi Bin Ahmad Azizi
Fasilitator 
BKASM sesi 2015/2016

Jumaat, Jun 03, 2016

Majlis Perasmian IHTIRAM '16 BKASM

2 JUN 2016, KAHERAH - Ihya' Tarbawi Ramadan 2016 ( IHTIRAM '16 ) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan majlis perasmian IHTIRAM '16 bertempat di Musolla Darul Ehsan. IHTIRAM '16 yang diketuai oleh saudara Fakhrul Rodzi bin Md Tahir membawa tiga objektif utama untuk program ini iaitu: 1.Memperkasakan Tarbiyah Ruhiyyah dalam diri ahli BKASM melalui penghayatan madrasah Ramadhan. 2. Menambahkan thaqafah dan menerapkan fikrah Islamiah kepada ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 3. Merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM. Majlis perasmian IHTIRAM '16 telah disempurnakan oleh Ustaz Mod Yaseer bin Abd Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir. Semoga semua ahli dapat menjayakan segala aktiviti dan program yang akan dijalankan sepanjang tempoh IHTIRAM '16 ini berlangsung. "Tarbiah Ramadan Diselami,Meraih Ketaqwaan Hakiki" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

PERANCANGAN ATAU KEBETULAN? - Tinta Jumaat siri ke 26



Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“ Mereka merancang (tipu daya) dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan’’

       Saban hari kita menjalani kehidupan kita seharian di atas muka bumi Allah yang fana’ ini dengan penuh pekerjaan. Akan tetapi, adakah kita sedar segala tindakan atau perbuatan kita itu dirancang ataupun tidak. Allah mengurniakan kepada setiap hambanya 24 jam dalam satu hari untuk kita merancang  waktu yang telah diberi.

       Kita lihat dalam sejarah ketika mana tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh yang menawan Kota Konstatinopel yang menggunakan strategi untuk membawa kapal laut untuk merentas daratan bagi mengalahkan pasukan Byzantine.Ia adalah satu buah fikiran yang baik yang telah dikeluarkan bagi menewaskan musuh  dan dengan takdir Allah ternyata berjaya.

      Selain daripada itu, kita lihat perancangan Tatar  yang diketuai oleh Hulagu Khan mengumpul tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun untuk menjatuhkan kerajaan besar Islam ketika itu iaitu Kerajaan Bani Abbasiyah yang bertakhta di Baghdad. Kekalahan Islam yang mudah ini diakibatkan oleh kelemahan tentera Islam dan konflik dalaman yang berlaku dalam kerajaan Bani Abbasiyah  yang mengakibatkan penduduk Islam yang terkorban berjumlah sekitar 1,800,000 orang.

     Oleh hal yang demikian, kita berpindah kepada realiti semasa yang menunjukkan negara Islam yang sedang ditindas antaranya negara Myanmar, Syria, Palestin, dan beberapa negara lain lagi menunjukkan ‘pelaksanaan perancangan’ musuh yang sedang berlaku satu demi satu. Perkara ini menunjukkan kita sebuah perkara yang berulang dan menunjukkan  ke manakah peranan umat Islam ketika ini untuk membangkitkan Islam.

 Selari dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

‘’Dan janganlah kamu lemah(hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan baik pada hari akhirat kelak). Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’’.

‘’Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan''
Disediakan oleh:

Muhammad Auzaie bin Roslan
Bendahari Kehormat
BKASM sesi 2015/2016