SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Rabu, Ogos 31, 2016

BKASM MELEBAR SAYAP : Kunjung Hormat BKASM bersama MPM KUIZM - Memperkukuh Hubungan Dua Hala





30 Ogos 2016, Selangor - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (MPMK)  yang bertempat di KUIZM, Taman Melewar.

Kunjung Hormat ini, BKASM telah diwakili oleh saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, selaku Timbalan Yang Dipertua I BKASM dan saudara Mohd Nazim bin Bahnan yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator BKASM (JATA). Pihak MPMK pula telah diwakili oleh 6 orang Ahli Majlis Tertinggi MPMK yang diketuai oleh saudara Umar Sufee bin Nasaruddin, Presiden MPMK. Turut meraikan Kunjung Hormat ini ialah wakil daripada Pentadbiran KUIZM sendiri iaitu Ustaz Norhan bin Hamsi yang merupakan Penolong Rektor 2 ( Hal Ehwal Pelajar ) KUIZM.

Kunjung Hormat ini merupakan yang pertama dijalankan di antara BKASM dan MPMK sebagai usaha awal untuk membina hubungan kedua-dua pihak. Selain itu, untuk menjayakan usul BKASM bagi sesi ini yang telah disepakati bersama.

Pertemuan ini telah dimulai dengan ucapan aluan daripada Ustaz Norhan bin Hamsi yang telah memperkenalkan kepada peringkat BKASM berkaitan KUIZM dari sejarah penubuhannya, struktur pentadbiran, sistem pendidikan dan usaha-usaha peringkat KUIZM. Ustaz Norhan juga turut mengalu-alukan sebarang kerjasama yang ingin dijalankan BKASM dengan MPMK mahupun dengan pentadbiran KUIZM sendiri.

Seterusnya, sesi perkenalan di antara BKASM dan MPMK dengan dimulakan perkenalan berkaitan MPMK dari segi sejarahnya, struktur organisasi, program yang dijalankan dan lain-lain perkara.

Dalam Kunjung Hormat ini juga turut dibincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara BKASM dan MPMK. Antara yang dicadangkan ialah perkongsian tentang sistem pendidikan. Seterusnya, kerjasama dalam penganjuran program secara bersama.

Diakhir kunjungan ini, pihak BKASM telah menyampaikan cenderahati kenangan sebagai tanda kerjasama kedua-dua pihak. Pihak BKASM juga turut menerima sedikit buah tangan dari pihak KUIZM. Seterusnya, pihak MPMK juga turut membawa pihak BKASM melawat bangunan kompleks KUIZM.

Akhirnya, semoga dari kunjungan ini dapat membuahkan natijah yang baik dan dapat memberi manfaat kepada BKASM juga MPMK. Semoga usaha yang murni dapat diperkasakan lagi di masa akan datang dan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

''Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, Ogos 26, 2016

Qul Hazihi Sabili - Tinta Jumaat siri ke 35


 Sesungguhnya perjalanan hidup  Rasulullah dan para sahabat sepatutnya menjadi perkara utama dalam diri seorang muslim. Ia bukan sahaja dibaca melalui tulisan atau mendengar ucapan, tetapi suatu kenyataan yang benar-benar berlaku dengan petunjuk dari Allah. Justeru, apa yang didengar dan dibaca  tentang Rasulullah dan para sahabat  perlulah difahami, dihayati sunnah-sunnah baginda sama ada semasa damai atau perang, dalam medan ilmu atau amal, atau dalam ibadat atau adat.

Sebagai penerus perjuangan agama Islam, beberapa perkara perlu diberi penekanan:


KEILMUAN

Amal tanpa ilmu, ibarat lentera di tangan bayi, namun ilmu tanpa amal ibarat lentera di tangan pencuri. Kedua-duanya diperlukan dalam diri seorang pendakwah yang ingin membawa manusia ke jalan Allah. Apakah amal semata-mata tanpa ilmu mampu menjadi penyuluh kepada masyarakat yang berada di dalam kegelapan. Begitu juga ilmu semata-mata tiadalah tertegak Islam itu seandainya tidak diiringi dengan amalan yang menzahirkan kewujudan ilmu.

KEBERANIAN

Ketika umat Islam ramai meninggalkan pembayaran zakat, Saidina Abu Bakar dengan beraninya mengisytiharkan perang berdasarkan ilmu dan ijtihad beliau dan demi menjaga agama.

Saidina Ali radhiyallahu anhu berkata:
حين سكت أهل الحق عن *الباطل فتوهم أهل الباطل أنهم على الحق
Seandainya orang yang berada di jalan kebenaran mendiamkan kebenaran, maka di waktu itu ahli batil akan menyangka merekalah yang berada di jalan kebenaran (dengan kebatilan yang dibawa)”

KESABARAN

Rasulullah ketikamana berdakwah di Thoif, baginda disambut dengan balingan batu sehingga mengalir darah baginda memenuhi kasut. Malaikat Jibril bertanya, “Apakah mahu aku hancurkan mereka?” Rasulullah menjawab “Sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengetahui.”

Satu sabda Rasululah bilamana ditanya bilakah akan datang pertolongan dan kemenangan dari Allah, baginda menjawab:
Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang sebelum kalian ada yang ditanam hidup-hidup, digergaji dari atas kepalanya sehingga tubuhnya terbelah dua dan ada yang disikat dengan sikat besi sehingga mengenai dagingnya hingga memisahkan ia daripada tulangnya, semua itu tidak menggoyahkan mereka. Bahkan kalian orang yang tergesa-gesa”

Kebanyakan pendakwah gugur dari jalan dakwahnya kerana berada di medan masa yang terlalu panjang. Maka beruntunglah mereka yang kekal  istiqamah dan mengakhiri hidupnya dengan kemenangan mengekalkan posisi di medan dakwah yang beronak liku.

KEZUHUDAN

Syefa pernah berkata, “Tidak aku melihat orang yang lebih zuhud dari Saidina Umar Al-Khattab namun aku tidak melihat beliau berjalan seperti seorang yang lemah.”

Zuhud yang dimaksudkan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi disebutkan di dalam kitab Risalah Azhar bukanlah  zuhud itu bererti tidak boleh memiliki harta, tetapi zuhud itu ialah tidak melebih-lebih dalam mengambil dunia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah, Abu Bakar Assiddiq dan Abdur Rahman bin Auf hartawan yang hebat dalam perniagaan namun seluruh kehebatan dan hartanya digunakan untuk jalan Allah.



‘’Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”

Disediakan oleh:

Saaddah binti Abdul Rahim
Timbalan Ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2015/2016

BORANG PERMOHONAN DANA MAHABBAH FASA KEDUA


Berikut merupakan Borang Permohonan Dana Mahabbah Fasa Kedua.
Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016


Sila tekan pada gambar untuk memuat turun borang (save image as...)
Sila tekan pada gambar untuk memuat turun borang (save image as...)
Sila tekan pada gambar untuk memuat turun borang (save image as...)

Selesai memuat turun borang ini, sila hantar maklumat lengkap borang kepada Email pentadbiranbkasm@gmail.com. 

Khamis, Ogos 25, 2016

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI



Sambutan Hari Kemerdekaan Anak-Anak Negeri

24 Ogos 2016, Kaherah- Satu perbincangan bersama yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron  selaku yang dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah diadakan di Wisma Sultan Muhammad ke V . Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi menyelaraskan satu program secara bersama  bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan.

Program yang bakal dilaksanakan ini adalah bertujuan meningkat kesedaran dan semangat patriotism dan kecintaan kepada negara menurut acuan Islam  dalam kalangan mahasiswa/wi. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk memupuk semangat ukhuwah dan kesatuan sesama ahli BKAN melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Semoga program yang bakal dilaksana ini diharapkan dapat memberi satu semangat kepada kalangan ahli yang menginginkan program yang dapat menyatukan ukhuwah di kalangan mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini. 


HADIR,
MUHAMMAD ARIFF BIN HARON
(YANG DIPERTUA BKPJM)

AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN
(YANG DIPERTUA KPP)

ASRAF BIN ALIAS
(YANG DIPERTUA BKASM)

MOHAMMAD AINUDIN BIN MOHD ISHAK
(YANG DIPERTUA KPIPM)

MOHAMMAD HANIF BIN SYED HASSAN
(YANG DIPERTUA KPKM)

MOHD FARID BIN AZMI
(YANG DIPERTUA KPT)

AHMAD RAZIN BIN MOHD FAUZI
(YANG DIPERTUA BKKIMM)

AMIR NORDIN BIN A.RAHIM
(YANG DIPERTUA BKMIP)

AMMAR MUJAHID BIN AB RASHIDI
(YANG DIPERTUA MKKK)

MUHAMAD IMAN BIN FADZIL
(YANG DIPERTUA BKPPPM)

TIDAK HADIR,

ADAM SYUKRI BIN MOHAMAD

(YANG DIPERTUA BKAWM)

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Selasa, Ogos 23, 2016

KETELUSAN PENGAGIHAN ZAKAT



            Sejarah peradaban tamadun menyaksikan telah berlaku kezaliman terhadap golongan yang lemah. Antaranya adalah sistem kasta di antara orang kaya dan orang miskin yang tersebar dalam tamadun-tamadun sebelum kedatangan Islam.

            Seorang penulis Al-Marhum Muhammad Farid Wajdi telah menceritakan tentang keadaan beberapa pemerintah yang jelas adanya dua peringkat dalam satu masyarakat; golongan senang dan golongan susah.
           
            Mesir pada zaman dahulu merupakan tempat yang Allah kurniakan dengan kebun-kebun yang boleh mencukupi daripada tumbuhannya untuk penduduk-penduduknya. Apa yang berlaku adalah golongan fakir tidak dapat makanan daripadanya kerana golongan kaya kerana mereka tidak meninggal apa-apa terhadap golangan miskin melainkan sisa-sisa sahaja. Begitu juga pemerintahan Babylon dan Parsi.

            Apabila datangnya Islam, Islam membasmi permasalahan tersebut. Ini dapat dilihat jelas di dalam ayat Al-Quran menerangkan tentang keadaan orang yang berada di dalam neraka disebabkan mengabaikan orang-orang miskin. Sebagaimana Allah berfirman:

            كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِين فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءَلُونَ عَنِ الْمُجْرِمِينَ مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ

 “Tiap-tiap diri terikat tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. Kecuali puak kanan. Mereka ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat, mereka bertanya-tanya, tentang tempat tinggal orang-orang yang bersalah, “apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?” Orang-orang bersalah menjawab, “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak pernah memberi makan orang miskin”. (Surah Al-Muddathir: 38-44)

            Melalui ayat Al-Quran kita dapat memahami prinsip Islam terhadap orang memerlukan adalah mereka sepatutnya tidak dipinggirkan. Bukan ayat ini sahaja, selepas itu datangnya pensyariatan zakat mengkhususkan harta apa yang perlu diberi kepada orang yang memerlukan. Terdapat beberapa jenis harta dan kadarnya yang perlu dikeluarkan zakat antaranya hasil tanaman. Ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah Taala :

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”

            Terdapat beberapa golongan Allah khususkan sebagai orang yang mustahak menerima zakat. Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman:        

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah: 60)

            Golongan-golongan ini adalah golongan yang berhak menerima zakat. Namun begitu, ulama berselisih pendapat  dari sudut makna golongan di atas. Sebagai contoh dalam perbahasan orang fakir dan miskin, di sisi Hanafi orang fakir merupakan orang yang memiliki sesuatu yang bukan nisob syari`e manakala orang miskin orang yang tidak memiliki apa-apa. Adapun di sisi mazhab lain memandang dua golongan ini tidak memiliki kifayah (kecukupan).

             Juga dalam perbahasan fi sabilillah ulama ada menghadkan orang berjihad sahaja. Ada juga yang meluaskan makna fi sabilillah sehingga semua perkara yang membawa maslahah (kepentingan) umum seperti orang yang mempelajari agama atau institusi yang ditubuhkan untuk berhadapan dengan institusi yang lawan dengan agama.

            Zakat merupakan suatu hukum yang thabit dan jelas daripada agama. Maka, tanggungjawab mengambil zakat merupakan tanggungjawab pemerintah dalam melaksanakannya. Firman Allah taala:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

            “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(Surah At-Taubah: 103)

            Ayat ini didatangkan dengan lafaz mufrad (singular/tunggal) pada suruhan mengambil zakat sedangkan di dalam ayat Al-Quran lain berkenaan pembayaran zakat Allah datangkan dengan lafaz jamak (plural/berbilang-bilang) menunjukkan bahawa wajib ke atas pemerintah untuk mengambil zakat daripada rakyat.

            Ingkar akan kewajipan zakat, mereka boleh diperangi sepertimana tindakan Saidina Abu Bakar mengisytiharkan perang ke atas penduduk yang enggan membayar zakat. Adapun keengganan yang berbentuk individu Nabi menyebut:

ﻣَﻦْ ﺃَﻋْﻄَﺎﻫَﺎ ﻣُﺆْﺗَﺠِﺮًﺍ ﺑِﻬَﺎ ﻓَﻠَﻪُ ﺃَﺟْﺮُﻩُ , ﻭَﻣَﻦْ ﻣَﻨَﻌَﻬَﺎ ﻓَﺈِﻧَّﺎ ﺁﺧِﺬُﻭﻫَﺎ ﻭَﺷَﻄْﺮَ ﻣَﺎﻟِﻪِ ﻋَﺰْﻣَﺔً ﻣِﻦْ ﻋَﺰَﻣَﺎﺕِ ﺭَﺑِّﻨَﺎ


            “ Barangsiapa memberinya (zakat) kerana mengharap pahala maka ia akan mendapat pahala. Barangsiapa menolak untuk mengeluarkannya, kami akan mengambilnya beserta separuh dari hartanya kerana ia merupakan perintah keras dari Tuhan kami.” (Disebut oleh As-Syirazi dalam Al-Muhazaab)
            Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab berjaya memperkasakan zakat yang ada sehingga Yaman dalam masa tiga tahun tiada lagi orang yang berhak menerima zakat. Pemerintahan Saidina Umar bin Abdul Aziz pula telah menyaksikan keberjayaan zakat dalam membasmi kemiskinan. Zaman Khalifah tidak ada yang lagi yang layak menerima zakat bahkan harta di dalam Bait Maal melimpah.

            Dari sudut realiti, kuasa membeli yang kurang akan menyebabkan terjejasnya pertumbuhan ekonomi seterusnya boleh menyebabkan inflasi. Sekiranya kuasa membeli meningkat, maka pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan. Zakat antara yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan diberi kepada yang memerlukan untuk memberi kuasa membeli kepada mereka. Dalam masa sama, ia memudahkan kepada syarikat atau kedai untuk menjual barang-barang mereka disebabkan ada kuasa membeli daripada pembeli.

            Ini adalah kesan-kesan positif mengikut lipatan sejarah yang boleh kita simpulkan bahawa apa yang Islam bawa adalah wahyu daripada Yang Maha Mengetahui akan kebaikan hamba-hambaNya. Sistem-sistem ekonomi yang diguna sekarang nampaknya tidak menyelesai masalah bahkan merumitkan lagi keadaan.

            Kesimpulannya, institusi zakat yang jauh dari korupsi sekiranya diperkasakan dengan betul, dengan izin Allah akan menunjukkan hikmah yang baik dan kesan yang baik kepada masyarakat. Tanggungjawab pemerintah dalam memastikan institusi zakat supaya betul-betul dikuatkuasakan dengan betul dan jauh dari sebarang penyelewengan adalah mesti. Wallahua`lam.


Rujukan:-

1) Al-Quran
2) Fathul-Qorib Al-Mujib fi Syarhi Alfaazi At-Taqrib au Al-Qaul Al-Mukhtar fi Syarhi Ghayati Al-Ikhtisar, Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Qasim bin Muhammad Al-Ghazzi
3) Feqh Zakat, Dr Yusuf Al-Qardhawi
4) Al-Islam, Saed Hawwa

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Unit Pengkajian
Unit Thaqafah
BKASM sesi 2015/2016

#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

Sabtu, Ogos 20, 2016

Learn By Sight in Matruh



15-18 OGOS 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah ke Matruh yang diberi nama Matruh In Real Creatures 2016 (MIRACLE '16). Objektif MIRACLE '16 adalah untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli
 BKASM melalui aktiviti yang diadakan dan meningkatkan tarbiah dan thaqafah ahli di samping mentadabbur ciptaan Allah SWT.

MICRACLE '16 ini telah diadakan selama dua hari satu malam iaitu pada 15 dan 16 Ogos bagi akhawat, manakala 17 dan 18 Ogos bagi ikhwah. Antara tempat yang dilawati  seperti Pantai Cleopatra, Pantai Ajibah, Pantai Abyadh dan Suq Libya. Pelbagai aktiviti riadah dan pengisian rohani telah diadakan untuk para peserta. 

Semoga melalui jaulah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM dan dapat menambahkan iman dan taqwa disamping menjadi salah satu wasilah tarbiah kepada ahli.

"Learn By Sight"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

MIRACLE '16
BKASM sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, Ogos 19, 2016

ISLAM PENYELAMAT KEHIDUPAN - Tinta Jumaat siri ke 34


"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu serta aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

( Surah Al Maa’idah : ayat 3)

Islam adalah adalah agama yang agung dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta diiktiraf disisi Allah.

Sebagai mana firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"
(Surah Ali Imran : ayat 19 )

Islam juga merupakan cara hidup yang sempurna mencakupi pelbagai aspek. Baik dari sudut ibadah, cara bermuamalat sesama manusia, akhlak, aqidah, kepimpinan dan pentadbiran, dakwah, ketenteraan, ekonomi, dan politik.

Islam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Ini kerana Islam didasari dengan perlembagaan Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW untuk ummatnya.

Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
( Surah Al Baqarah : ayat 208 )

Oleh kerana itu, segala ideologi atau pemikiran selain dari Islam mesti dijauhkan. Antara bentuk-bentuk ideologi barat yang telah meresap masuk ke dalam ummat Islam pada hari ini seperti:

Sekularisma - Memisahkan agama daripada kehidupan,
Liberalisma - Memberi kebebasan kepada akal semata-mata untuk membuat keputusan,
Hedonisma -  Hiburan secara melampau,
Feminisme - Memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan,
Pragmatisme - Mengambil agama separuh. Lebih mementingkan hasil kajian atau praktikal atau logik akal tanpa pertimbangan nas.

Justeru itu, bersama-sama kita mempertingkat diri dalam memahami ajaran Islam secara mendalam serta mengenali siapakah musuh-musuh Islam supaya kita tidak terperangkap dengan jerat musuh yang akan membinasakan ummat Islam. 


Wallahu A'lam.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Disediakan oleh :
Mohamad Badrul Annuar bin Mahbob
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016


Ahad, Ogos 14, 2016

JAULAH '16 - Menelusuri Sejarah di Kota Seribu Menara



13 Ogos 2016, KAHERAH - Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi baru Selangor (USMB'16) dengan kerjasama Lajnah Sambutan & Rehlah BKASM 2015/2016 telah mengadakan aktiviti jaulah ke lima tempat perlancongan sekitar Kaherah Mesir. 

Antara objektif utama diadakan JAULAH'16 ini bertujuan mngukuhkan lagi ukhwah antara mahasiswa/wi baru serta menghayati sejarah peradaban Mesir sebagai kota peradaban terawal dunia.

Seramai 128 orang mahasiswa/wi baru sesi 2016/2017 diiringi beberapa Jawatankuasa Pelaksana JAULAH '16 dan AJKT BKASM telah menyertai jaulah ini.

Untuk Jaulah ini, pergerakan peserta ikhwah dan akhwat adalah pada waktu yang sama tetapi berbeza kerana urutan destinasi. Perjalanan di belah ikhwah bermula dari Kubu Salahuddin Al Ayubi hingga ke Masjid Amru al As, manakala di belah akhwat bermula dari Masjid Amru al As hingga Masjid ibn Tulun. Untuk belah ikhwah, destinasi yang pertama adalah Kubu Salahuddin Al Ayubi. Di sana, para mahasiswa baru dapat mengetahui perjalanan sejarah yang hebat serta dapat melihat pelbagai senjata peperangan yang yang digunakan sama ada di darat, udara mahupun air. Seni binaan bangunan di sana juga amat menarik dan strategik dengan sejarah yang tersendiri. Di belah akhwat pula, mereka menuju ke Masjid Amr al As. Di sana, mereka dihidangkan dengan pemandangan bersejarah yang mana masjid tersebut merupakan masjid tertua di Mesir yang dibina oleh sahabat Nabi iaitu Amr al As.

Kemudian peserta ikhwah meneruskan perjalanan ke Masjid lmam Hassan & Masjid Rifaie, manakala peserta akhwat bergerak ke Kubu Salahuddin Al Ayubi dan terus sahaja ke Masjid lmam Hassan & Masjid Rifaie, sementara peserta ikhwah berada di Masjid ibn Tulun.

Selepas itu, peserta akhawat singgah di Masjid ibn Tulun untuk mendirikan solat zohor dan makan tengah hari sambil ziarah masjid yang mana seni binanya amat unik sekali untuk dilihat. Peserta ikhwah pula berbuat demikian di Masjid Amru al As.

Tepat jam tiga petang pelajar-pelajar bersiap menuju ke Asrama Selangor Hayyu Asyir untuk perjalanan pulang dan telah sampai sebelum asar dengan selamat.


"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

JAULAH '16
Urus Setia Mahasiswa Baru (USMB '16) dengan Kerjasama Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2015/2016

Jumaat, Ogos 12, 2016

PENYAKIT SIBER ZAMAN MODEN - Tinta Jumaat siri ke 33


Kita sentiasa mengambil berat tentang isu semasa yang sentiasa berlegar di alam dunia kepada kita. Isu-isu tersebut perlulah disandarkan kepada agama agar kita tidak terjerat dalam lembah yang boleh membawa kita kepada kemudaratan.
Oleh itu, benarlah sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.

Pokémon Go   merupakan applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan Teknologiaugmented Reality (Realiti Berperantara) dan Location-based (Perisian berasaskan lokasi).

Bermula pada bulan Julai 2016, Para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go yang mana permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua dan rantau Asia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia dan lain-lain. Adapun negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.

Di samping itu, berleluasa atas yang mempunyai kuasa dan menambahkan juga yang boleh membawa kepada perjudian, maka kita berpandangan bahawasanya adalah  hujah yang dikemukakan tentang hukum. Manakala Pokemon Go pula,  kita berpandangan atas dasar kes-kes yang sudah berlaku yang membawa kepada kesan-kesan yang buruk seperti pencerobohan ruang peribadi, menyebabkan kelalaian dan ketagihan melampau terhadap gajet. Selain itu, ia boleh menyebabkan kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling dan juga gangguan emosi. Akhir sekali ia boleh membawa kepada keruntuhan akhlak  dalam kalanagan masyarakat di negara kita.

Oleh itu, kita berharap pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut. Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan hukum  Syarak.

''Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan''

Disediakan oleh:

Muhammad Alauddin bin Mohd Zulkifli
Ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2015/2016


Khamis, Ogos 11, 2016

PROGRAM KEMBARA AZHARI ANAK SELANGOR - UKHUWAH ANTARA DUA BENUA

5-7 OGOS, BANTING - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan JKKK Kampung Labohan Dagang telah berjaya mengadakan satu program baktisiswa yang dinamakan Kembara Azhari Anak Selangor ( KAAS'16 ) selama tiga hari bermula pada 5 Ogos hingga 7 Ogos. Program ini merupakan program kedua kalinya selepas tahun 2010 dan disertai seramai beberapa orang ahli BKASM yang pulang ke Malaysia.

Bagi menjayakan program ini pihak penggerak meletakkan beberapa objektif. Antaranya, mewujudkan ukhuwah antara ahli BKASM bersama penduduk kampung tersebut, menyebarkan dakwah dan nilai-nilai akhlak serta mendedahkan ahli BKASM pengalaman berkhidmat kepada masyarakat.

Pada 5 Ogos pagi Jumaat, para peserta berkumpul di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk bergerak beramai-ramai menuju ke tempat program.Sebanyak 6 buah kereta yang terlibat dan tiba di tempat program sekitar jam 12 tengahari. Selepas zohor, diadakan taklimat program bersama peserta yang dikendalikan oleh pengarah program iaitu saudara Muhammad Faez Ehsan bin Supian .Perasmian program diadakan sejurus selepas solat Asar di Masjid Mutmainnah  dengan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sulor bin Tohiron, Ketua Kampung Labohan Dagang. Program berakhir  pada hari pertama dengan pembahagian keluarga angkat yang melibatkan 10 buah keluarga.

Pada keesokkan harinya di sebelah pagi, peserta telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, yang mana peserta ikhwah diberi tugas  mengecat dinding pagar di sekolah kebangsaan Kampung Labohan Dagang. Manakala peserta akhawat dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk operasi pembersihan. Antara kawasan yang terlibat Masjid Mutmainnah, Masjid Ar Rahman(masjid lama), Markaz Tarbiyyah Idrissiyyah dan Balai Raya. Di sebelah petang pula, peserta turun untuk rewang bersama masyarakat kampung atau nama Jawanya dipanggil 'sinoman'. Apa yang menarik di kampung ini adalah 'lemper' iaitu salah satu kuih Jawa yang pasti akan dihidangkan ketika majlis perkahwinan. Cara membungkus 'lemper' salah satu ilmu baru pada petang itu. Manakala di sebelah malamnya, diadakan satu forum khas yang bertajuk, "Merdekakah Kita?". Pengisian disampaikan oleh panel  yang hebat iaitu Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal, Pengerusi ILMAM dan Ustaz Muhammad Labib bin Abd Jalil, Pengetua Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS). Forum malam itu merupakan penutup program bagi hari yang kedua.

Hari terakhir hari ketiga merupakan hari bersama warga kampung atau dipanggil Hari Keluarga. Beberapa pertandingan dan sukaneka telah dijalankan. Antaranya pertandingan melukis, mewarna, lumba basikal paling lambat, boling kelapa dan lain-lain. Sukaneka ini telah diceriakan dengan kedatangan adik-adik daripada pelajar PASTI dan sekolah rendah.Selain itu, terdapat juga persembahan cara membuat kerepek sukun yang disampaikan oleh puan Norita. Akhir sekali, majlis penutupan telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Selangor.Berakhirnya program dengan bergambar bersama penduduk kampung.

Jutaan terima kasih kepada JKKK kampung Labohan Dagang, ketua kampung, semua tenaga penggerak yang membanting tulang, peserta-peserta yang komited,keluarga angkat yang banyak memberi tunjuk ajar dan warga kampung Labohan Dagang yang sudi menerima kunjungan pelajar Selangor yang menuntut di Mesir.Tidak lupa juga kepada penyokong dan pendokong baik secara langsung mahupun tidak langsung. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang program. Semoga ukhuwah antara dua benua ini terus tersemai dan subur hingga di syurga sana.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Kembara Azhari Anak Selangor 2016

BKASM 2015/2016 dengan kerjasama ILMAM Selangor dan JKKK Labohan Dagang

PROGRAM KEMBARA AZHARI ANAK SELANGOR - UKHUWAH ANTARA DUA BENUA

5-7 OGOS, BANTING - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan JKKK Kampung Labohan Dagang telah berjaya mengadakan satu program baktisiswa yang dinamakan Kembara Azhari Anak Selangor ( KAAS'16 ) selama tiga hari bermula pada 5 Ogos hingga 7 Ogos. Program ini merupakan program kedua kalinya selepas tahun 2010 dan disertai seramai beberapa orang ahli BKASM yang pulang ke Malaysia.

Bagi menjayakan program ini pihak penggerak meletakkan beberapa objektif. Antaranya, mewujudkan ukhuwah antara ahli BKASM bersama penduduk kampung tersebut, menyebarkan dakwah dan nilai-nilai akhlak serta mendedahkan ahli BKASM pengalaman berkhidmat kepada masyarakat.

Pada 5 Ogos pagi Jumaat, para peserta berkumpul di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk bergerak beramai-ramai menuju ke tempat program.Sebanyak 6 buah kereta yang terlibat dan tiba di tempat program sekitar jam 12 tengahari. Selepas zohor, diadakan taklimat program bersama peserta yang dikendalikan oleh pengarah program iaitu saudara Muhammad Faez Ehsan bin Supian .Perasmian program diadakan sejurus selepas solat Asar di Masjid Mutmainnah  dengan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sulor bin Tohiron, Ketua Kampung Labohan Dagang. Program berakhir  pada hari pertama dengan pembahagian keluarga angkat yang melibatkan 10 buah keluarga.

Pada keesokkan harinya di sebelah pagi, peserta telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, yang mana peserta ikhwah diberi tugas  mengecat dinding pagar di sekolah kebangsaan Kampung Labohan Dagang. Manakala peserta akhawat dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk operasi pembersihan. Antara kawasan yang terlibat Masjid Mutmainnah, Masjid Ar Rahman(masjid lama), Markaz Tarbiyyah Idrissiyyah dan Balai Raya. Di sebelah petang pula, peserta turun untuk rewang bersama masyarakat kampung atau nama Jawanya dipanggil 'sinoman'. Apa yang menarik di kampung ini adalah 'lemper' iaitu salah satu kuih Jawa yang pasti akan dihidangkan ketika majlis perkahwinan. Cara membungkus 'lemper' salah satu ilmu baru pada petang itu. Manakala di sebelah malamnya, diadakan satu forum khas yang bertajuk, "Merdekakah Kita?". Pengisian disampaikan oleh panel  yang hebat iaitu Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal, Pengerusi ILMAM dan Ustaz Muhammad Labib bin Abd Jalil, Pengetua Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS). Forum malam itu merupakan penutup program bagi hari yang kedua.

Hari terakhir hari ketiga merupakan hari bersama warga kampung atau dipanggil Hari Keluarga. Beberapa pertandingan dan sukaneka telah dijalankan. Antaranya pertandingan melukis, mewarna, lumba basikal paling lambat, boling kelapa dan lain-lain. Sukaneka ini telah diceriakan dengan kedatangan adik-adik daripada pelajar PASTI dan sekolah rendah.Selain itu, terdapat juga persembahan cara membuat kerepek sukun yang disampaikan oleh puan Norita. Akhir sekali, majlis penutupan telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Selangor.Berakhirnya program dengan bergambar bersama penduduk kampung.

Jutaan terima kasih kepada JKKK kampung Labohan Dagang, ketua kampung, semua tenaga penggerak yang membanting tulang, peserta-peserta yang komited,keluarga angkat yang banyak memberi tunjuk ajar dan warga kampung Labohan Dagang yang sudi menerima kunjungan pelajar Selangor yang menuntut di Mesir.Tidak lupa juga kepada penyokong dan pendokong baik secara langsung mahupun tidak langsung. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang program. Semoga ukhuwah antara dua benua ini terus tersemai dan subur hingga di syurga sana.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Kembara Azharai Anak Selangor 2016

BKASM 2015/2016 dengan kerjasama ILMAM Selangor dan JKKK Labohan Dagang

Ahad, Ogos 07, 2016

Taalim Mutaalim - Adab - Adab Dalam Menuntut Ilmu



3 OGOS 2016, KAHERAH - Unit Thaqafah di bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan Daurah kitab Taalim Mutaalim bermula 31 Julai 2016 hingga 3 Ogos 2016 di Musolla Darul Ehsan.

Daurah ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal khususnya untuk mahasiswa baru tentang adab-adab dalam menuntut ilmu.

Kitab Taalim Mutaalim dibentangkan oleh saudara Ahmad Fariz Mohd Zaini, Timbalan Yang Dipertua BKPPPM sesi 2015/2016 berlangsung selama 4 hari selepas solat Maghrib

Daurah ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakan khusus mahasiswa baru dan juga ahli luar.

Semoga pengisian daurah ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mahasiswa dalam memulakan perjalanan mereka sebagai penuntut ilmu agama.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

Unit Thaqafah
BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Khamis, Ogos 04, 2016

KETEGUHAN HATI MERAWAT KELUHAN DIRI - Tinta Jumaat siri ke 32


Bila ditelusuri sirah-sirah terdahulu banyak ibrah & pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman kehidupan seharian. Antara contoh yang dapat kita ambil adalah bagaimana Rasulullah dan para sahabat terdahulu menghadapi pelbagai mehnah & ujian demi menegakkan agama Islam itu sendiri.

Antaranya Bilal bin Rabah yang pernah ditimpa batu besar di tengah padang pasir yang terik. Seterusnya, Abu Bakar diinjak-injak kaum Quraisy. Dan Rasulullah, yang pernah dicekik, diludahi, dan dilemparkan dengan batu juga kotoran.

Tepuk dada, tanya diri. Mengapa mereka tetap thabat dan tabah menghadapi pelbagai tekanan, penderitaan dan siksaan tersebut? Sedangkan mereka boleh sahaja untuk mengalah dan berundur jika mereka mahu dengan mengikut hawa nafsu   mereka.

Antara faktor yang membawa mereka teguhnya hati dalam perjuangan ini :

Keimanan kepada Allah Taala

*Firman Allah dalam Surah Ar Ra’d ayat 17 :

 “ Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi
  manfaat kepada manusia maka ia tetap di bumi”

Kepimpinan Rasulullah yang dapat menyatukan hati manusia

*Abu Bakar ada menyebut ketika beliau disiksa, namun pertanyaan yang keluar daripada lisannya, “Apa yang terjadi pada Rasulullah?”. “Demi Allah aku tidak akan makan dan minum, kecuali setelah bertemu Rasulullah”.
Besar rasa tanggungjawab

*Mereka menyedari akan tanggungjawab yang besar terpundak pada bahu mereka, tanggungjawab kemanusiaan yang  tidak mampu dielakkan di dalam apa jua keadaan. Jika mereka lari dari tanggungjawab besar itu, mereka mengetahui akibat yang akan menimpa mereka di kemudian hari akan lebih berat dari apa yang mereka hadapi saat itu.

Keimanan pada hari akhirat

*Keyakinan mereka bahawasanya mereka akan bangkit kembali menghadap pada Yang Esa. Setiap amalan akan di perhitungkan, baik yang tersembunyi mahupun yang nyata, baik yang kecil mahupun yang besar. Mereka juga lalui kehidupan mereka dengan rasa takut kepada siksaanNya dan penuh harap akan redhaNya.

Justeru, ingatlah bahawa Allah telah menyediakan buat hamba-hambaNya yang beriman, kedudukan dipersada kemuliaan dan membuka peluang dengan menyediakan sebab-sebab, iaitu ujian dan fitnah hingga dengannya mereka berupaya sampai ke sana (syurga).
Usah mencari waktu rehat andai tidak melangkah bermujahadah”.
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”
Disediakan Oleh :
Wan Putri Fairuz Binti Kamal
Timbalan Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2015/2016